Showing posts with label ekspresi. Show all posts
Showing posts with label ekspresi. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Tutti Fruitti



(pic frm FB TF)

sapa penah makan Tutti Fruitti?? Cik Cempaka sila jgn angkat tangan!! haha. so smlm ada kes kat area Auto City Juru.......lps lunch tu singgah la Tutti Fruitti seorang diri. setelah sekian lama mendengar dan melihat kehangatan Tutti Fruitti ni, akhirnya dpt la merasa. daripada kajian yg dibuat.....cewah, harganya agak meriah jugak.

so, aku pilih dua flavour.....vanilla & banana strawberry. ambik la sikit (sikit jeee...) strawberry, longan, kiwi (masam!), m&m sikit. sekali timbangggggg.....RM 13.80! ambik ko.. mkn kfc td pun br RM 10.05 je! mak datok mahal gile.... aku rs tak berbaloi dgn harga. setakat yogurt & fruits yg tak seberapa tu.

mmg la tak dinafikan Tutti Fruitti ni mmg tgh in @ trend org2 kota skrg ni...umpama Cik Cempaka yg siang malam dok berTutti Fruitti je. hahaha. tp jgn la set harga mcm tu sngt. skrg myb product tgh meletop.....so berduyun2 manusi menuju utk mendapatkannya. bagi aku, bile depa buat mcm ni....product cycle Tutti Frutti ni akan cepat menuju ke tempoh kejatuhan.....tak sempat lg nak menuju tempoh kematangan. tu cuma andaian sy dr perspektif ekonomi je.... ye la, org2 malaysia ni lain mcm sikit.... suka mengikut trend terkini. sume dok Tutti fruitti je. tunggu la 6 bulan nanti.....aiskrim Mat Cool lagi sedap gamaknya.

ok...tu je nak komen.

Monday, February 7, 2011

Bas Ekspres

sapa pernah naik bas ekspres? confirm majoriti dari anda semua penah naik bas ekspres.... aku? adalah dlm beberapa kali (boleh bilang guna jari tangan). but, last sunday merupakan pengalaman paling lahanat sekali!!!

aku beli tiket on saturday aritu, mark up harga tiket gile babai ok! aku terpaksa beli tiket pd harga RM 45 (yg lain jual RM 50). balik ni aku naik Mayang Sari Ekspress. ikut pada tiket tu bas bertolak jam 1.30 ptg. dgn nombor kerusi takde pd tiket. dlm jam 1.15 ptg aku dah ade kat bukit jalil tu. lagi satu nak cite, terminal sementara kat bukit jalil tu sngt la *#@*^> (takde perkataan sesuai nak aku umpamakan!) ok enough!

so tunggu la 1.30 tu....nan ado bas nye. apa lagi, aku pi la serang kaunter tiket nye. alasannya ;

1) bas rosak...kena ganti bas lain.
2) highway tersangat la jam.

and then depa habaq bas dlm jam 3.30ptg baru sampai kat platform 7. ok fine! ade pulak sekor betina ni, sngt la kerek nak mampos, dia blh ckp "kalau tak nak tunggu, kami pulangkan duit!" mcm sial!!!!

aku masih bersabar lagi. so, nak buat apa lagi 2 jam ni?? pi la lepak kat pondok polis....but, before that...slps serang kaunter bas tu. aku mencari tempat membuat aduan. ada satu khemah yg menempatkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). suruhanjaya ni under LPKP kot. so, apa lg.......mencapai pen dan mendapatkan borang aduan!! ambik ko.. aku mmg akan follow up aduan ni. depa habaq, biasanya pengusaha2 bas ni akan dikompaun jika bersalah. just wait & see. another 2 weeks aku akan follow up. I WILL. so, sapa2 yg nak buat aduan blh pi www.spad.gov.my.

after that, lepak la kat pondok polis tu. selamba je aku duduk sana. ada aku kesah? berani depa halau.... i dun care k! sbb dah tgh panas. sepanjang aku duduk kat pondok polis tu, mcm2 cerita.

1) seorang lelaki cina dtg kerana dompet hilang semasa dlm khemah yg menempatkan kaunter2 tiket. last2 dia jumpa dompet dia, tp duit sume xde. nasib dokumen2 lain ade. sialan tu curi duit je.

2) seorang lelaki cina dtg kerana iPhone hilang semasa di dlm khemah kaunter tiket gak! dia ltk telefon dlm poket seluar depan. dia bg tau ada org langgar dia, then tanpa disedari iPhone dia hilang....sedih ok.

3) seorang cina yg berasal dr sarawak yg dtg dr LCCT dgn harapan dpt tiket bas ke JB. tapi nan ado... dia student kat maktab perguruan kat johor. melilau2 dia mencari org yg nak share taxi ke johor. tp most of the taxi taknak pi, sbb jauh sngt. kalau ade pun...nauzubillah beratus2 hinggit!! last2 dia ambil keputusan pi KL Sentral..... apa lah nasib dia.

4) seorang pelancong dari Saudi Arabia dtg sambil emo2 bg tau leher dia kena cekak ngan drebar bas. srg polis pi follow dia konon nak selesaikan.... lps settle tu polis tu habaq yg drebar bus tu angin satu badan dgn pak arab tu...dah la drebar tu tgh penat2 br sampai dr Png, yg pak arab ni pi tanya soalan berdas2 tanpa kasihan. apa lagi....kasi bakar line la. hahahaha. aku yg dok pasang telinga ni dah nak ketawa terbahak2 kat situ.

5) dtg srg security membuat aduan ada pasangan Myanmar dok beromen kat kawasan terminal bas ni. wtf!! apa lg....pi la si abg polis ini. dan dibawa la pasangan merpati dua sejoli ini ke dalam khemah polis itu. ntah apa la dia buat kat pasangan tu. aku tak nampak sbb ada khemah khas. apa2 pun muka pasangan serasi tu mmg cuak gile. hahaha. padan muka!

6) datang segerombolan pendatang asing dari Myanmar or Nepal kot.....lebih kurang 10++. tak dpt naik bas, tiket dah beli...tp konduktor bas tak bg naik. depa dah tunggu berjam2. sian giler.

dan macam2 lagi la cerita sepanjang 2 jam kat situ, termasuk la abg2 polis mengayat gadis2 sarawakian yg hendak blk ke Melaka. huhu.

FYI khemah yg menempatkan kaunter2 jualan tiket adalah seperti NERAKA! myb ms tu waktu sesak, tp mmg xde ruang utk berjalan....korang akan berhimpit dan bercantum antara satu sama lain seperti kembar tak seiras. kalau korang nak meraba ke, meragut ke, mencopet ke, apa2 je la yg sewaktu dgnya, org mmg tak perasan @ tak kuasa nak ambik tau. dpt2 plak pendatang asing lebih kurang 60% dr org malaysia. can imagine?? sngt harum semerbak....

ok, dlm 3.30 ptg tu aku pi la terminal 7 spt yg dijanjikan oleh pihak2 sialan itu. about 15 minutes, nan ado gak!!! really make my blood go upstairs!! hahaha. apa lagi, pi la serang lagi.......dan dgn alasan yg sudah dijangka..."jalan jam dan bas dijangka akan tiba sebentar lg". ok fine! aku terus berlalu tanpa argue apa2. buang karan!!

ms tu dah tension dah....takut smpai mlm nnti tak dpt bas ke kepala batas. gapai la tepon dan menghubungi ibunda ku. setelah berdiskusi hampir 5 minit dan memikirkan faktor2 yg perlu diambil kira. maka terpaksa la menunggu bas itu!!! huhu...... :(

so, duduk la kat platform tu bersama2 warga2 myanmar, nepal, indonesia. terasa aku pun seperti pendatang gak. oh tidak!! alih2 dlm jam 4.30ptg baru nak nmpk batang hidung bas itu. jam 5 ptg br dpt naik dan bertolak ke butterworth.

hang pa nak tau....highway tak la jam mn pun. 4 jam gak sampai butterworth. tak tersadai pun kat highway tu. mmg depa tu kaki gebang, kencing kuat!!! pastu plak bile lps tol Juru, blh plak dia berpakat dgn bas ekspress lain, yg Mayang Sari nak ambik penumpang ke Penang, yg bas satu lg ni ambik penumpang ke Butterworth. mcm sial ok!!!

sampai Png sentral dlm 9.25 mlm. bus rapid png ke kepala bts last jam 10. pikir2 blk, nak tunggu sampai jam 10, pastu dr k.bts plak nak dptkan taxi ke bertam. mmg azab sngt! so decide ambik taxi terus ke pintu rumah. sng citer. walaupun depa charge RM 30 hengget! redha je la...

kesimpulannya, sykt bas ekspress ni penipu besar......depa pi tambah lagi trip! sbb tu tiket tak tulis nombor seat, main issue je tiket. pastu waktu bertolak blh delay sampai 3 jam lebih. watch out ok Mayang Sari Ekspress!!!

lagi satu, ade srg makcik ni siap bg komen....relax la, setakat bas delay je, inikan flight pun blh delay..(lbh kurang mcm ni la ayat dia)

ni aku nak jawap....kalau flight delay 10 jam pun aku tak heran!!! sbb aku dok menunggu kat balai menunggu tu ade air cond, ade tv, leh cuci mata lagi. ni kalau bas delay??? dgn panas terik, kipas pun xde...dah la tak leh cuci mata, buat sakit mata lg adalah! hahahhaa.

ok...nanti kita sambung lagi cite pasal bas ekspress ni.

Sunday, January 23, 2011

Duhai wanita...

pg td singgah kedai nak beli paper....nmpk la muka dpn paper Metro Ahad kot, artis suam2 kuku... Syella Kamaruddin kot namanya. mak datok!!! seksi gile... sungguh daring! tergugat keimanan perogol2 seluruh malaysia....tak gitu?

apalah nak jadi, tu namanya mengundang musibah....kalau kena rogol camane? nak salahkan sapa? perogol? diri sendiri? atau masyarakat? tepuk dada tanya selera la oit! aku rs ni mmg masalah artis2 dan wanita2 kat malaysia ni.... kalau pasal aurat tu, mcm2 alasan yg diberi. tapi yg pasti mmg tak relevan la. antaranya.....

"saya tak nak jadi hipokrit, sy selesa pakai mcm ni" - Siti Zabedah.

"jgn nilai pada pakaian, ini antara sy dengan Tuhan. sy tak kisah orang nak cakap apa" - Mimi Faridoh.

"belum sampai seru, doakanlah semoga sy sampai seru" - alisia batrisia.

"suka hati aku la aku nak berbikini kat somalia, bkn kat malaysia. mak aku tak bising pun!!" - farisha sendat.

"akak tak selesa tutup2 ni, kat malaysia ni panas..." - kak timah.


*sekadar gambar hiasan (tiada kena mengena dgn sesiapa yg hidup @ mati)


tu la antara komen2 kebanyakan wanita2 di malaysia ni.....aku mmg tak paham! dah mmg termaktub dlm Quran yg menutup aurat tu WAJIB. bukan kena tunggu sampai seru!! pastu blh plak bg dalil2 yg yg membuatkan mereka kelihatan dungu! wtf!

lagi satu jenis pompuan2 yg kejap bertudung, kejap tak bertudung. mcm main magic2 plak ek? sebab apa ek?? boleh wanita2 diluar sana beri penjelasan? pi pejabat pakai tudung, blk rumah terus campak tudung ntah kemana..... adakah hanya di opis shj perlu tutup aurat?? pening..... aku penah gak membuat research (cewahhh...) pasal isu ini. antara sebab nye ialah makcik2 opis ramai yg bertudung, so depa pun kena la pakai tudung pi opis. takut kena kutuk. senario ni biasa dpt dilihat di pejabat2 kerajaan atau pejabat swasta yg majoriti org melayu. ntah la...

mungkin kah penghuni neraka kebanyakan wanita disebabkan isu ini? wallahua'lam.

so, pikirkan dan slmt beramal.




Monday, August 30, 2010

Salam Kemerdekaan ke 53

atas semangat kemerdekaan ini, sy ingin mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan ke 53 buat negara Malaysia yg tercinta. semoga ulang tahun ke 53 ini akan mematangkan lagi semua rakyat2 jelata dan pemimpin2 negara khususnya. Amin!!

so, ayuh kibarkan jalur gemilang....tanda kebanggaan anda sebagai rakyat Malaysia.



amacam?? korang ado? haha.....org lain sibuk kibar jalur gemilang kat kete, kat luar rumah....aku kat dlm rumah lagi. hebat tak? makan hati rais yatim kan kalau tgk...huhu.

seperti kebiasaan, sy ingin membuat permintaan demi kecemerlangan Malaysia...

  • semua ahli politik muhasabah diri dan bersatu demi penyatuan kaum dan membina negara bangsa yg hebat. lupakan segala sengketa, bermaaf- maafan... hentikan segala tohmahan dan prasangka buruk. ketepikan segala kepentingan individu yg tidak membawa manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
  • hadkan tahap kekayaan setiap individu....boleh ke macam tu? tak pun, mana yg kaya raya tu, diwajibkan untuk membantu mereka yang fakir miskin. ini untuk memastikan perhubungan sosial yang seimbang.
  • dlm apa2 jua keputusan yg melibatkan projek besar berjuta or berbillion, perlu la ditimbang sebaiknya dan mengutamakan rakyat yg susah. bak kata tok jib, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. br la cakap serupa bikin kan......
  • hapuskan rasuah!!! dari gejala rasuah ni la, benda2 yg negatif boleh muncul, mula la belambak PATI2....betul tak abg2 imigresen??
  • bersederhana la wahai pemimpin2 negara....jgn ingat hangpa ada duit, ada harta, ada kuasa....dunia ini bukan milik anda!! ingat Tuhan tu Maha Berkuasa. tak payah la buat apa2 majlis grand2, buat bazir duit je....apa kata sebelum sign proposal tu, ingat la pd fakir2 miskin yg kat hulu2 yg makan pun susah, hidup sehelai sepinggang...huhu.
  • banteras aktiviti2 yg boleh mengundang gejala2 sosial yg negatif. hentikan la konsert2 kat tmpt awam smpai larut malam....sana hiburan, sini hiburan. ni la yg mempengaruhi anak2 muda skrg ni. dah pi berhibur.....pastu touching2, pastu kissing2, pastu ****ing2, dan akhirnya bunting!! sapa nak jawap?? mereka dan keluarga mereka......

ok...setakat itu je la harapan saya semperna merdeka thn ni. saya doakan agar Malaysia akan kekal harmoni, sejahtera dan yg paling penting diberkati Allah...


"1 Malaysia, Menjana Transformasi"
(betulke tema hari merdeka thn ni??)


p/s: lagi 9 hari nak balik "Malaysia" sambut raya....yahooo!!!!


















Tuesday, August 17, 2010

Hospital Serian

pagi td aku pi Hospital Serian....dah tak larat sngt, dr last week dgn batuk, demam yg kejap on, kejap off....kalau mlm lagi menjadi2 batuk ngan demamnye. so, ari ni tekad je pi hospital. ikutkan malas nak pi hospital. tp pikir blk kalau pi klinik mahal gile depa charge...kalau demam je...dlm RM 30+. bagi pi yg free....tp takut sejarah tahun lps kat hospital bengong tu berulang lagi..huhu.
sapa yg penah bc blog sebelum ni, aku ada citer mcm mana M.A yg bengap ditambah dgn tukang ambil darah yg bengong. just imagine, nak ambik sample darah aku je sampai 3 org dan 6 injection!! siul tak?? org yg ke 3 dan injection ke 6 br dpt ambik darah...seksa gile!


pi pg ni nasib baik tak lama sngt, thn lepas pi lebih 3 jam.....kalau buah kuih raya dah dpt 5 balang. FYI kat bhgn pesakit luar ni ada dlm lebih kurang 8 bilik consultation. 4 drpd nya ditugaskan kepada M.A (medical assistant). and of course M.A yg kat hospital ni mmg tak berkaliber. M.A yg rawat aku arini pun ngok jugak. aku pantau sebelum time aku masuk, pesakit yg dirawat kurang dari 2 minit... ni mmg jenis malas tahap cipan!! mentang2 la org kmpg yg tak tau apa2...blh la ko buat keje ala kadar.


ms aku masuk tu aku bg tau la yg batuk, demam, selsema. pastu dia tulis la sikit2 kat kad tu...pastu dia periksa tekanan darah. dia kata ok. aku dok ckp la kat dia yg mlm2 demam pastu batuk lg teruk....dia tak layan...langsung takde komunikasi! pastu dia dok tulis ubat yg nak bg kat perskrepsi (betul ke aku eja ni??). sambil mulut berlagu riang...cam cibai!

aku pun pelik la, dia ni tak check pun suhu badan aku?? pastu aku ckp la kat dia..."boleh tlg check suhu badan saya???' boleh gitu aku yg request nak check? apa tak tau buat keje ke M.A ni...geram aku. nasib baik puasa...kalau tak mmg nak je aku maki.

satu lagi, masa dia nak check tekak aku dgn lampu suluh.....bukan main jauh lg dia suluh!!! dlm jarak selengan....boleh nmpk ke anak tekak aku tu merah ke?? mmg cari nahas je M.A ni...sngt sengal!

pastu...lps dia tulis senarai ubat2 kat perskrepsi tu, blh plak dia padam satu jenis ubat tu....ayoyo..mmg dia tak confident nak bagi pesakit ubat apa....kondem la hospital serian ni wei!!!

aku tak tau nak ckp camane?? so, pd Tuan Pengarah...tlg la latih M.A2 anda ini agar lebih berwibawa....


p/s: selamat berbuka puasa...arini panggang kambing. nyaman gilak!!

Tuesday, August 10, 2010

Now Every Flight Will Delay


harus aku nak kutuk Air Asia ni...blk hari tu mmg sakit hati...dr Kuching- KL delay... KL- Kuching pun delay smlm. mmg kasi aku naik hantu!!!


ms nak blk KL aritu pd 6/8/10, ikut jadual berlepas jam 9.50 pm. bile dah masuk lps check in terus pi gate 8. dah duduk situ lbh setengah jam....ada announcement tukar ke gate 2 plak. pastu pb tau flight delay...flight tu sampai kuching 11 pm. dah dok tunggu kat gate 2 tu, ada plak announcement tukar ke gate 9. mcm sial!! sakit kaki aku...sampai terseliuh nak jalan. dah la jauh!! alih2 jam 11.15 br berlepas...sampai KL dalam hampir jam 1 am. ngantuk tau!!!


pastu smlm plak, nak balik kuching...ikut jadual berlepas jam 5pm. delay jugak.....jam 6 lalu br berlepas...

alasan yg dibagi....masalah operasi!! tu je la alasan ko. mcm p**d** je!!! geram aku... so aku nak cadangkan motto air asia ditukar....

"Now Everyone Can Fly"

to

"Now Every Flight Will Delay"

baru la sesuai sngt kan!!!!!!!!!

Wednesday, July 21, 2010

Teh Tarik


wassup! pagi td aku turun Kuching utk ikuti trial, then singgah minum kat kedai sat....order la teh tarik....tau berapa harga skrg?

RM 2.00

mana janji pengusaha yg tidak akan naikkan harga?? dusta semata2....


p/s: terima kasih kerajaan!

Saturday, June 26, 2010

Ramalan karut..

AMARAN!

"post ini bkn lah perkara serius yg perlu dipercayai 100% mahupun 0.01%...sama ada oleh saya atau pun anda! anggap la ini sbg hiburan dimasa lapang......hehe"



ni ada satu lagi aplikasi bodoh yg aku try...pasal kita ni jenis laki camane? benda alah ni suruh masukkan tarikh lahir dan keluarlah analisis bodoh ini.....

"Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik, adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.(menarik kah aku?? biasa2 je...wink*) Dia seorang yang bijak berfikir, ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.(ye...sy sngt berdikari tp tak la bijak sngt....tp sy seorang yg analytical...) Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruhi orang lain.(sy bukan seorang jurujual...huhu) Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri, yang tidak pendiam dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamannya.(aik...suka ati je...sy suka pd kecantikan ok!! cantik no. 1...juga pada yg berfikiran matang dan cerdik) Dia suka kepada luahan emosi, kerana ia anggap kebudakan dan remeh dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta, dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya dan kerana itu pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal, bukan hati.(sy tak suka pd luahan emosi ok!! geli ar...tp mmg sy bermasalah tuk jatuh cinta..oh tidakkk!!) Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin, dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan. (ayoyo statement!! suka ati je kan...sy No COMMENT! hehe)Dia mengetahui hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan kerana dari rasa berahi. Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh, kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya, yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya. (hahaha..sialan je...tp mmg sy jenis yg tak bersungguh...huhu...dan kemungkinan akan berkahwin lmbat...dan mmg sy suke kpd pasangan yg tua dr sy....dan takde kena mengena dgn nafsu ok!!)Wanita yang ideal ialah yang banyak harta, lebih tua, tetapi dia juga boleh memlilih wanita muda yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya." (sngt ideal....haha..pandai pak nujum ni..mcm tau2 je kan...tp kalau yg tua tu...biar la HOT mcm rozita che wan ke...hehe. apa2 pun aku mmg kurengg ngan yg muda2 ni...gedikk sngt...pikiran pun tak matang...)

nota: statement color ungu itu adalah komentar aku...




*amacam?? sesuai tak?? hehe


p/s: rasa2 nya mak aku leh terima tak kalau dapat menantu camni?? hehee...;p

Friday, June 25, 2010

Pening kepala ku!!

wassup guyz........aku tgh pening a.k.a biul jap ni. smlm dah dpt jadual kelas utk sem depan july 2010/2011.


*aku sdg cube berlagak kewl sat.....huhu


  • Pertemuan 1 - 10 & 11 Julai 2010
  • Pertemuan 2 - 7 & 8 Ogos 2010
  • Pertemuan 3 - 17 & 18 September 2010 (mid term exam)
  • Pertemuan 4 - 9 & 10 Oktober 2010
  • Pertemuan 5 - 9 hingga 13 November 2010 (final exam)

Semalam aku cube utk plan cuti.......dgn berbekalkan baki cuti lagi 23 hari sahaja aku cuba memastikan cuti pi kelas ngan perayaan2 lain boleh ngammmmm. secara kasar, aku memerlukan 20 hari cuti... oh tidak!! agak2 bos aku luluskan tak cuti itu??? berani dia tak kasi lulus....mmg aku bakar ofis tu!! aku serius ok!! haha..

dah la tiket belon bkn main mahal skrg ni....kalau dulu Air Asia gua leh dpt tiket pegi balik Kuching- KL dlm RM 160+, skrg tidak lagi!!!! even harga promo pun dah RM 200++ pegi balik... kejamnya mereka!!! MAS lagi la.....dulu pegi balik Kuching - KL dgn harga rendah leh dapat RM 300+, skrg mencecah hampir RM 400+. cibai betul depa ni....nak cover kerugian la tu...

so, skrg ni kalau nak book tiket balik.....guna Air Asia je la...."every flight will delay" menci tau!! dah la stewardess x cun........tak mesra alam plak tu!!! tp next mnth balik aku naik MAS..dah book awal last mnth.....;p

then arini, book tiket utk ogos & september......total sume pegi balik utk 2 bulan RM 501...duet lagi...huhu. balik hujung okt sampai nov nnti nak guna waran udara je....;p

utk kelas bulan september (17 & 18) gua pening ni....seminggu lps raya aidilfitri. sib baik 16hb tu public holiday....hari malaysia (tq tok jib!!) then hari jumaat tu aku leh apply cuti tanpa rekod sbb ms tu ade mid term exam..save cuti aku satu hari...hehe. so aku balik raya satu hari sebelum raya.....nak save cuti punye pasal....then balik srwk plak 20 sept (senin) sbb tiket 19 sept mahal gileeeeeee!! yg penting aku tak nak mcm thn lepas...blk mlm raya!!! sedih siul....x dpt berpuasa ngan family...huhuhu

pastu bulan oktober & november plak.....kelas on 9 & 10 okt. pastu adik aku kawin on 31 okt.....pastu final exam on 9 hingga 13 nov....pastu raya haji 17 nov.... adoi pening kepala den!!! aku rs mcm nak ponteng je kelas on okt tu..tp risau plak kalau ada kuiz or presentation kan.....tp tgk la camane nnti. yg penting aku dah decide tuk cuti 29 okt hingga 21 nov......gila tak??? almost a month ok!! mati la aku...kena buang keja nnti..huhu. ni mmg keputusan terpaksa...takan la aku nak turun Kuching - KL every 2 weeks kan...ingat aku ni cop duit....kalau ye pun tunggu pi rompak mn2 bank....main2 je ek..... ;) so...aku kena apply cuti 11 hari...sib baik ms final exam dpt cuti tanpa rekod...kalau tak masak aku!!

kalau ikut hati aku lps final exam on 14 sept tu nak balik je srwk...tp tu la kan raya haji plak menyusul 17 sept.....mcm tak sedap plak...ye la...mak aku ni jenis very ibu2 prihatin & sensitif....aku br sebut tak blk raya....dah mula emosi...banjir lagi tu...huhu. kang mula la tak lalu makan la...tak lalu tidur la....raya haji je kan...bkn ade apa pun. so sbg anak mithali..ahaks...terpasksa la sambung cuti tu........aku peduli apa bos aku nak marah...siap la aku maki blk kang!!! hehe...

mcm thn lps.....aku blk raya puasa ms mlm raya.....so dr airport adik2 aku jemput, terus balik melaka.....dlm hampr jam 2 pagi kot br sampai.... nak tau?? mak aku tak tidur2 lg...selagi tak nmpk muka aku...selagi tu dia x leh lelap..huhu. gini la gaya mak aku....so, kalau korang..agak2 sanggup tak balik raya??? of course tak nak jd anak derhaka kannnn.....hehe. tapi nasib baik la org melayu ni sambut raya puasa ngan raya haji je yg meriah.....kalau la maulidur rasul, awal muharam, israk mikraj, etc disambut dgn meriah.....tak ke naya aku kena balik!!! oh tidakkk..


aku sudah melalut ni.....anyway aku harap2 bos aku leh terima la permohonan cuti2 ku...amin.


p/s: jam menunjukkan 11.08pm...dah ngantuk ni....sok nak pi KFC...huhu. babai...

Sunday, June 20, 2010

Happy Birthday to Me!!



salam semua!! today is my birthday.........yg ke 27 tahun. merasa thn ni berseorangan di malam ulangtahun kelahiran....sngt sedih!! cewah....selama ni mcm la celebrate sngt besday.....never ok! meh bagi mukaddimah sikit.......

"tanggal 20 Jun 1983............telah lahir seorang bayi lelaki pada jam 2.25 pagi di Hospital Besar Kuala Lumpur. bayi comel (*wink*) tersebut diberi nama Amerrul Anuar......"


hahaha...tak boleh blah ok!! patutla aku gelap sikit dr adik beradik ku...rupe2nye lahir tgh2 mlm buta! huhu. anyway, ms mak aku bersalinkan aku masa bulan Ramadhan....suci sngt. i loike! hehe..patutla aku sngt baik budaknye.......(sila muntah!!) apa2 pun syukran pd Illahi kerana dgn izinNya aku dilahirkan ke muka bumi ini. terima kasih juga pada abah & emak, kerana tanpa mereka, aku tak mungkin lahir.. (ooohh....mau touching!!)

oklah.....mls la nak layan perasaan ketika ni...nanti diri ini akan emo dan aku akan melalak ok!!really miss my mom n dad. luv u guyz!!




tgk pic aku tu mcm budak umur 27 thn tak? tak kann....... aku rasa mcm bar 23 tahun! hahaha...sngt kelakar ok!! apa2 pun aku rasa muda lagi......27 hanya la angka!!


p/s: tq to "you" yg send sms & wish hepi besday to me, eventhough i hate to receive ur sms!!! also tqvm to bidin yg wish besday br sat td sambil mendedikasikan lagu Happy Birthday to You secara LIVE! sngt hebat vokal anda..............;p

Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Abah

hey sume org!!!

hari bapa muncul kembali......walaupun org2 kita ni mcm tak berapa layan hari bapa ni, kalau hari ibu tu........mcm2 celebrationnye!! beruntung jd ibu.....sian pd bapa2. huhu.

anyway, pada 20 Jun 2010........merupakan Hari Abah (kami panggil Abah...) aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Abah buat Abahku, Mohamad Bin Salam.... terima kasih untuk segalanya, walaupun tak terbalas segala jasamu......aku doakan Abah bahagia dan diberkati di dunia dan akhirat. Aminn.....


this is my dad.........takut tak??? hehe



p/s: Abah seorang yg garang ok!! tp bile org2 luar yg pernah jumpa Abah pasti akan ckp yg Abah seorang yg kelakar........huh??? r u sure? hehe.........

Thursday, June 17, 2010

1001 cerita

holla u ols!!

aku sngt buzy ketika ini..........keje tgh menimbun2, kena buat sorang skrg ni!!! pening kepala otak aku. dgn inspection nye, AP lg, kes2 buruh yg tak selesai lg, etc. bengang pun ada gak ni...sume aku je nak buat!! ni yg nak ngadu sama emak ku.............;p

ni bukti nye!!!


sila tgk keadaan meja ku...berselerak gile!! ni x cukup lagi...ada satu meja lg dgn fail2 yg menggunung!! nak pitam rasanya........... ;(

sudah.......lupakan citer2 tension ni, meh aku habaq cite yg seronok cikit. hehe..

1) result exam sem lepas dah kuar smlm.........walaupun tersasar jauh dari target aku 4.0 (berangan!!) tp ok la...aku dpt 3.42 je. yg aku geram paper communication II dpt B je...penat aku jawap paper tu dgn pantas!! (tak sampai satu jam lbh aku dah kuar dewan....hehe) apa2 pun aku bersyukur pada Allah..... :)

2) minggu depan nak pindah keluar dari rumah sewa....kerana akan berpindah ke satu unit rumah di KC Inn........sngt seronok sbb opis kat bawah je!! hehe.... tak yah penat2 jalan kaki dr umah ke opis lg... anyway TQ pd tauke besar Koh Su Ming (betul ke nama ko ni tauke??) kerana membenarkan aku stay situ......dgn 2 bilik tidur, 1 stor, 1 tandas, 1 dapur, ruang tamu yg amat luas!! dan siap ada balkoni lg yg amat sesuai utk berjemur smbil menikmati cahaya matahari...hehehe...i loike. semua itu PERCUMA!!! lagi la aku suka.........;p

apa lagi?? sudah2 la tu..takan cite dlm kain pun nak habaq jugak kan...huhu.

p/s; 28/6 - 1/7 ada kursus undang2 kat ILP Kota Samarahan.....mesti bosan kan???

Wednesday, May 5, 2010

Simpati....

Pagi ni aku tlg sorang budak ni, br 20 tahun tuk register jobsmalaysia. bdk ni mcm jenis lurus bendul sikit....tanya sikit tak ingat!! ms isi akademik dia....sian gile ngan result periksa dia. gred 7,8,9 je memanjang..... SPM dia pun kantoi sbb bm dpt 9 (x layak dpt sijil)


Ms dia tgh register tu, aku tanya dia.....kenapa x ambik blk SPM or ambik paper july? dia ambik ms nak jwb....pastu perlahan je suara dia jwb....takda bajet! ya Allah.....aku mmg kesian gile. ikutkan hati nak tolong je....aku mmg terharu gile time tu.. mcm tu bile hidup kite tak berharta....huhu


Ni bkn kes pertama, dah selalu jumpa mcm ni kat Srwk ni...susah nak ckp pasal akademik dorang ni. tak tau nak salah kan sapa...........nak salahkan bdk2 ni...terlalu bnyk perkara yg kita kena teliti, nak salahkan ibu bapa, most ibu bapa yg susah ni.....depa pun x paham pasal perkara2 mcm ni....entah lah!! something yg kena buat oleh gomen tuk membantu bdk2 kat srwk ni yg jauh kebelakang dr sudut akademik....plz somebody!!!


tp ada satu kes yg cukup memeranjatkan aku....last month tgk application sorang bdk pompuan ni........result sngt teruk!! SPM dia....bnyk gred 7, 8, 9. tp bile tgk subjek yg dia ambik ms SPM....nauzubillah...mmg betol2 menyiksa pelajar. kalo korang nak tau, bdk ni bkn je ambik subjek teras...............malah subjek elektif yg lain such as Prinsip Akaun, Matematik Tambahan, Biologi, etc. aku pun x tau samada bdk ni yg nak ambik subjek2 tu atau pihak sekolah yg tetapkan.........aku mmg terkejut gile!! camane benda mcm ni blh terjadi?? pihak sekolah tak tau ke keupayaan seseorang pelajar? subjek teras pun dia terkapai2, ni kan subjek yg sukar!!! wtf!! so, sapa yg harus dipersalahkan..... why dont pihak sekolah tetapkan, bg mana2 pelajar yg kurang kemampuan dr segi akademik, just ambik subjek teras je ms SPM. so, ia x membebankan pelajar.....(abisla...aku dah mula nak bg lecture!!)


berbalik pada mamat yg register tu, apa la nasib dia.......thn lepas dia keje kat Kuching dgn satu katering company. nak tau berapa gaji dia sebulan? rm 350 je!!! bayangkan camane nak hidup...... cam tu la kat srwk ni. kadang2 tu ada yg keje supermarket gaji sebulan rm200++. so, aku harap la human resource ministry kaji cepat2 pasal isu gaji minimum ni!! plz babe......


so, to orang2 penting a.k.a Y.B kat malaysia...........plz look into this matter!!! plzzzzzzzzz... lupakan kan la sekejap pasal pembangunan fizikal... jenguk la sekejap perkara2 yg insaniah...

sekian, terima kasih.

Tuesday, February 16, 2010

Tanda- tanda kematian....


setiap yang hidup pasti akan menemui Penciptanya semula......itu satu kenyataan yang pasti! telah didatangkan tanda- tanda kematian oleh Yang Maha Adil....

100 hari sebelum kematian....

tanda pertama dari Illahi buat hambaNya. sama ada kita sedar atau tidak.....tanda ini akan berlaku selepas Asar. seluruh anggota dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seolah2 menggigil.

40 hari sebelum kematian....

juga datang selepas Asar...bahagian pusat kita akan berdenyut2. pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita di Arash Allah S.W.T akan gugur. malaikat maut akan mengutip dan membuat persediaan.

7 hari sebelum kematian....

tanda ini diberikan kepada mereka yang ditimpa musibah akibat kesakitan dimana orang sakit yang tidak selera makan tiba2 mempunyai selera utk makan.

3 hari sebelum kematian....

ketika itu akan terasa denyutan ditengah dahi antara dahi kanan dan kiri. berpuasalah bagi mereka yang dapat mengesan supaya perut kita bersih dari sebarang kekotoran. manakala bg orang yg sakit, mata hitam tidak lagi bersinar. hidung akan perlahan2 jatuh, telinga akan layu masuk ke dalam, manakala tapak kaki akan jatuh kedepan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian....

akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan dibahagian belakang iaitu di kawasan ubun2.

tanda yang terakhir....

kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke halkum....ucapkanlah syahadah pada ketika ini. kita akan kembali kepada Yang Maha Esa.


begitu adil Illahi memberi tanda kepada hambaNya....tetapi adakah kita sedar tentang perkara ini? atau kita masih lalai dengan tanggungjawab kita..... waallahua'lam.


sejak dua menjak ni aku merasakan sesuatu kelainan......sesuatu yang sukar ditafsirkan...antaranya;

  • rasa rendah diri menerjah dan aku cuba menjadi seorang yang rasional.
  • terasa ingin mendekatkan diri pada Nya.
  • hati sayu pabila terkenangkan mengenai kehidupan duniawi.
  • ingin menjelaskan segala hutang piutang.
  • aku ingin menjadi hambaNya yang taat yang selama ini aku alpa.
  • aku teringin makan nasi himpit bersama rendang daging dan ayam masak merah. (seolah2 tiada lagi hari raya.....mmg teringin sangat)
adakah ini antara tanda2 dariNya??? Subhanallah.....


p/s: adakah aku insan yang dipilih??

Friday, January 29, 2010

Halimah Jongang

aku penah tertengok la cerita Halimah Jongang ni... masa tu bukan drama bersiri mcm yg sedang bersiaran sekarang ni. so mmg x sesuai btol cite ni kan.... sian pada mereka2 yang 'J' itu... apa2 pun cite tu mmg kelakar dan kawan2 aku (yg konon nye kelass...tp peminat setia drama bersiri ini!!) hahaha...sungguh ku tak percaya...

lagu Halimah Jongang by Eddie Hamid pun mcm siul dowh... mmg satu penghinaan. hahhaa... tp mmg layan lagu tu... sbb apa? sbb kelakar gile... "jongang...jongang..jongang...halimah gigi jongang..."







p/s: td aku download lagu Halimah Jongang....hahahaha...;p

Thursday, January 21, 2010

Dulu & Kini

ni takde keje la ni...saje buang2 masa..hahaha...meh tgk list DULU & KINI yang berlaku dalam hidup aku...

DULU basuh baju guna mesin....tu pun mak aku yang on kan mesin basuh tu. KINI kena basuh baju guna tangan....tak sukenye!! cincai2 je....rendam dulu....cuci...pastu rendak sat dgn softlan.

DULU suke benor minum air berais...sejuk je 24 jam...best sngt!! KINI amat jarang minum air berais....selalu minum air kosong / mineral tanpa ais....huhu..lama2 dah biasa...

DULU amat suke buang masa depan TV.....saluran kegemaran AXN, AFC, Starworld, RTM pun layan gak...hahaha.... KINI haram nak tgk TV.....hadap laptop je la dr siang ke malam...dah jadi rutin hidup.

DULU kalau makan mak masak, lauk pelbagai2 jenis...sedap nye!! KINI tiap2 ari nasi goreng, roti, sardin, maggi.........muak sudah...mkn luar pun jarang2...save bajet!

DULU selalu lepak2 ngan kwn2...pi Mid Valley, KLCC, Pavillion, Bangsar, Amcorp Mall plg cikai..hahhaa KINI duduk kat rumah kosong ni...memerap je dlm bilik...kalo kuar pun pi pasar atau kedai....bosan!!

DULU hidup happy je walau tertekan ngan keje....KINI hidup dalam kebosanan!!! dah mcm xde kehidupan....cam org asli...hahaha

apa lagi??? mcm la...malas nak ungkit.....aku yang pilih jalan hidup mcm ni..kena la terima.

but, harap2 DULU & KINI je...jgn sampai DULU, KINI & SELAMANYA!!!!


p/s: oh tidakkkkkkkkk!!!

Wednesday, January 6, 2010

Aku Pening....


arini aku mc, tak larat nak pegi keje.....smlm rs nak demam, pastu sakit kepala ni dah berlarutan dari hari ahad aritu....sampai la arini. even kalau telan panadol pun satu @ dua jam je ok...pastu datang balik benda alah ni....

aku mmg dari dulu sakit kepala ni datang....setelah berbulan2 tak dtg...tgk2 dia muncul...pastu berhari2 pulak...sebab apa tu ek?

pg td pi klinik...doc tu periksa...dia ckp classical headache, xde plak dia ckp migrain. but doc tu bg ubat yang kuat gile...ada 4 jenis ubat. then doc tu ckp jgn minum kopi & coke, mkn coklat, smoking (i'm not smoking doc!). lps mkn nasi ms lunch td, aku ambik laa ubat tu...aku dah mamai a.k.a lalok.....tahan jugak sbb mls nak tiduq....last2 jam 3 dah tersadai.....mcm di awangan....

ni nak citer plak, kelmarin aku pi la minum ptg ngan bdk2 opis ni.....order la air. pastu ms org kedai tu hantar air...dia kasi milo kat aku....dan seingat aku aku order kopi o td....pastu aku suruh la dia buat semula. pastu aku tanya kat bdk2 opis aku tu, aku order air apa? depa pun ckp aku order milo! aku rs otak aku ni dah mereng kot.....tp aku mmg confirm yg aku order kopi....atau aku ms tu di dunia lain......entahla....

Monday, January 4, 2010

Kembali ke sekolah....


arini semua budak2 dah kembali ke sekolah......kembali jam la jalan2 di malaysia!! yang pasti mendapat tumpuan...budak2 darjah 1 la....macam2 drama kite boleh tgk.....ada drama gembira, ada drama sedih, ada drama histeria....hahaha..

aku dulu ms masuk darjah 1 tak lah teruk sngt mcm segelintir budak ni.....masuk sekolah pun nak melalak....mak bapak pun satu....dimanjakan sangt anak tu!!! tlg la biaq anak berdikari sikit....mcm aku dulu....dah la x pi tadika...so first time jejak kaki ke alam persekolahan....cool je...xde la kecoh2...balik sekolah pun jalan kaki je.....huhu

ni pengalaman kwn aku kat kedah sbg guru kelas darjah 1......semalam depa dah start persekolahan.....mmg pening bile jadi guru kelas darjah 1.....riuh rendah kelas tu....plg hebat histeria bagai nak gila....siap budak2 nye sepak cikgu smbil melalak.....ada yg nyorok bwk meja guru.....macam2 peel!!! yg mak bpk ni pun satu...dok bertenggek kat tepi kelas tu....pi la balik!! mn la anak tak melalak....mak bpk nye dok tepi kelas....tunggu je anak tu..pi balik masak lagi ada hasil......

so....cikgu ni sabaq je la.....nak rotan anak orang....kang tak pasal2 naik court! nak tengking...mak bapak kat luaq......biarkan je la.....

macam mn la kalau aku jadi cikgu?? mmg lunyai aku keje kan budak2 ni.....hehe.

so, kepada cikgu2 seluruh dunia....tahniah kerana anda merupakan insan terpilih dalam mendidik anak2 di dunia ini....hanya Tuhan yang dapat membalasnya....Amin.

Thursday, December 31, 2009

Ada Apa Dengan 2010?


ada apa dengan 2010??

Yahooo......dah masuk 2010....bertambah setahun lagi usia aku....br 27 y.o...muda lagi tu... so apa azam tahun baru ni?? entah la...tiap2 tahun aku tak pernah berazam pun....tp mcm nak try plak tahun ni....mn tau ada ong!!

  • My life.....apa agaknya aku nak try buat thn ni?? kat sini ada satu dance class br open...aku rs mcm nak join je...saje nak isi ms lapang....bkn leh buat apa pun kat Serian ni...tp....persoalannya aku boleh menari ke??? ntah la.......;p
  • My health.....aku dah nekad thn ni aku kena turunkan berat badan (target = 55kg) tuk menjamin kesihatan yg sihat....perrgghh...(ni la azam kegemaran org ramai!) btul x?? aku nak amalkan pemakanan yang sihat....minum bnyk air kosong....pastu nak pastikan at least 2 kali sebulan mesti pi jogging......chaiyok!!
  • My study....aku nak study maut thn ni....nak make sure nak naikkan cgpa...setakat sem 3 ni br 3.23.....really bad!! so kena improve sngt.......insyallah..
  • My attitude....aku nak jadi budak baik....tp jahat sngt ke aku ni? Tuhan saje yang tahu....

apa lagi ek?? cukup la tu kan....bnyk2 pun bukan blh achieve sume.....so, to all my frenz...gud luck & moga ada kejutan2 menarik tahun 2010 ni....can't wait!!


p/s: lupa plak....satu lagi....aku nak saving baik punyeee thn 2010 ni....aku ingat hujung thn ni leh la holiday ke mana2.....jauh dari bumi malaya......

Ada Apa Dengan 2009?

ada apa dengan 2009??

nothing much happen in year 2009 in MY life.....tapi ada yang membawa impak besar dalam kehidupan aku..

  • MY new career.......aku pun tak tau nak describe perasaan bile dapat keje baru ni.....nak kata happy....tak jugak....nak kata sedih....tak jugak. cuma bosan sikit. pelik kan takde perasaan kat new job ni....ntah la....maybe aku quit keje lama dlm keadaan yg aku mmg nak berhenti...coz of pressure ngan ada manusia yang buat taik ms tu...yg membuatkan aku mmg sakit hati...really suck!! aku pun mmg x sangka dpt keje baru time2 mcm tu....aku bersyukur kpd Tuhan kerana memakbulkan doa ku.....
  • MY new life.....start from August...aku dah xde life mcm dulu.....dah x blh spend time with my family, my best frenz......really sad bout this...tinggal kat Sarawak ni mmg membosankan...rayuan aku minta tukar pun mcm senyap je....aku harap Tuhan mendengar permintaan ku...Amin.
  • MY study.....aku terpaksa tangguh penggajian bg semester 4 yg lepas..iaitu on July...coz kena pi Srwk...mmg dissapointed...lps ni dah x sekelas dgn my BBA frenz....i will miss u guyz....
  • MY weight.....hahaha...sejak awal tahun aritu..badan aku mmg naik menjadi...aku rs dah gemuk sikit...walaupun org kata aku x gemuk...blh mcm tu...whatever la. ms badan naik tu...aku kena pakai seluar size 34...OMG!! hate it.....tp menjelang akhir tahun ni aku rs dah dpt kurang sikit kot...
  • MY Ncup....smlm aku dpt berita yg Abi Ncup kena transfer Kelantan...that's mean Ncup pun kena pindah sekali...i'm really sad.....i will miss u Ncup...alwayz!!!
  • MY Journal......my first blog yg aku buat since duduk kat Srwk ni...start on August....tp ntah kenapa kena serang virus kutu babi....so...it's time to say Good bye to My Journal... http://myjournal-amerrul.blogspot.com

bnyk lagi sebenarnya...tp x kuasa aku nak tulis semua......but yg penting dan x pernah ada perubahan every year ialah MY status.....still single!! hahahhaa..... hope 2010 will be my lucky year....


p/s: tak sabar nak tunggu 2010...but this year merupakan tahun baru yg plg bosan sepanjang hidup aku 26 tahun.... ;(