Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Hangpa pi jua.

akhirnya, aku kehilangan dua bof (best opismate forever). lps ni dah tak dpt nak berjimba2, melalak2, jalan2 cari makan bersama2 lagi. minggu ni minggu terakhir depa kat opis. selamat tinggal cik lulu cinta a.k.a LC & cik yati omar a.k.a HO. sedihnya bile yang pergi sekali dua. pasni terpaksa la dok ngan org tua2. huhu. LC akan blk kmpg halaman di Taiping. seronoknya opis dkt umah pasni. HO pun dpt blk kmpg halaman gak di Johor Bahru. AKU SANGAT DENGKI!! sok aku nak buat surat mintak transfer gak. lala~~~ [hi boss!!!]

so, to both of u.....good luck girls! may u success always. kalau rs2 nak wat kenduri kendara, jgn lupa jemput cheq ok!

bye- bye.. :((((((





LC & HO: cheq pinjam gambo hangpa ek. nnti cheq byr royalti.

Monday, June 20, 2011

Today is my birthday!

selamat ulangtahun yang ke 23 tahun!! hehehe... bnyk gile yg wish birthday, tak menang tangan and dah rs mcm selebriti plak arini. hahaha. tp mmg thn ni lain mcm sikit. entah la kenapa..... mlm smlm aku tak blh tidur. masuk bilik then dah baring atas katil dlm jam 11pm. pusing kanan, pusing kiri, tak lelap2 gak. pastu ambik keputusan tidur kat ruang tamu je. same thing! tetap tak boleh tiduq. alih2 dlm jam 3.25am aku pi bukak lappy then online la. siap leh layan film korea......abis gak tgk. hehe.

dlm jam 4.30am siap masak air bagai & goreng telur 2 butir. kapit dgn roti. hidangan utk sahur. mmg dah niat dr minggu lepas nak puasa arini. buat puasa nazar sbb lulus cemerlang utk final exam yg lepas. hahaha...korang percaya je la. tp serius mmg dah niat utk bernazar kalau lulus sume paper sem lps. alhamdulillah.

lps subuh sume, nak cube tiduq sat. tu pun tiduq2 ayam je takut terlajak nnti, tak pasal2 aku EL arini. dan kesan dr tak tidur semalaman, arini mcm mayat hidup kat opis tu. terpelosok dlm bilik. dgn separuh sedar. nak drive pun takut sbb mcm dialam fantasi ms drive. tp aku tahan gak dgn on radio pastu nyanyi2 sekuat hati.

knapa la aku punye tidur ni. myb sbb ms aku lahir dulu jam 2.25 pagi. tu yg rs mcm kelahiran semula. hahha. skrg ni yg jam dah menunjukkan jam 11.40 pm pun aku tak rs nak tiduq lagi. adakah aku akan cipta rekod utk tidak tidur melebihi 48 jam??? oh tidak!

td nak buka beli kat luar je. pg td mak aku call bg tau adik aku yg pompuan tu masuk wad mlm smlm. patut la aku tak leh tidur, sbb dah dpt tau. tu yg risau. kemarin depa blk melaka tgk nenek yg tak sihat. smlm nak blk ke puchong dia pi singgah la putrajaya nak pi makan. alih2 seluar dia basah......air ketumban dah pecah! omg! risau gile aku. dah la br je masuk 6 bulan. tak paham aku camane leh pecah air ketumban tu. ni skrg kad hospital serdang, doc tgh pantau. tp mak aku ckp doc dah check baby ok. jantung sume ok. insyallah takde apa2. kalau ada apa2, mmg aku seligi kepala ketua jabatan dia. dah tau org preggy, suruh buat itu, buat ini, naik turun. mmg bengong punye ketua jabatan. pompuan plak tu!

selang 2 jam pastu, mak aku call blk & wish happy birthday....huhu. touching lagi. pastu dia siap pesan pi celebrate. hahaha. aku nak celebrate dgn sapa?? dah la awek2 aku kat opis sume cuti arini. alih2 sbb tak nak derhaka, pi la secret recepi beli kek black forest cheese. satu slice je, buat syarat celebrate besday sorang2. huhu.



hancur dah kek nye. pastu kek SR kat kepala batas ni mcm tak sedap. aku rs mcm dah expired kot...semacam je rasanye. dah tak laku pi simpan lama2.




pastu singgah kiosk pi beli laksa johor. harga rm 4 shj. not bad la...kuah dia pekat gile. sngt sedap!!!




kerana sikap tamak, maklum la org puasa kan. on the way nak sampai rumah, singgah kedai makcik yg jual nasi lemak plak. beli la 2 bungkus je...satu Rm 1. alih2, bungkusan yg ke 2 dah tak larat..




air bandung special ni pun beli kat kiosk gak. nikmatnye dpt air sejuk utk berbuka. ni mmg dah berniat awal pagi nak buka dgn air sejuk. nikmat!!


anyway, terima kasih bnyk2 pada sesiapa yg wish birthday aku dgn diiringi doa2 yg hebat. semoga Allah akan makbulkan doa2 anda sekalian..... Amin.


p/s; bile dah mcm2 berlaku ni, aku dah tak sng duduk. kepala dok ingat nak blk Puchong je. so aku decide jumaat ni nak blk puchong. aku dah hantar borang cuti sampai senin. blh blk kampung tgk nenek. takut nanti menyesal tak sempat jumpa....huhu.

Sunday, February 6, 2011

Cuti Tahun Baru Cina






Xinnian kuaile uols...gong xi fa cai!! seronok gile cuti raya cina tahun ni. sbb nye jatuh pada hari khamis dan jumaat....terus cuti 4 hari berturut2!! so my family dah rancang nak balik kampung di Melaka. lagi pun dah lama aku tak balik kampung, last balik masa raya puasa thn lepas.

so bertolak hari khamis tu, dlm jam 10 am lebih bertolak dari puchong. sampai jasin, melaka lebih kurang jam 12 pm lebih. certain area yang jam sikit. RnR kat Seremban jgn cerita la...punye sesak dgn lautan manusia. kat tol alor gajah pun sesak gak.

mlm hari tu pi Alai, Melaka utk pekena ikan bakar & seafood yg lain. tmpt ni aku tak penah pi lg, sbb biasanya kalau nak makan seafood biasa pi kat Umbai. dekat2 je antara Alai ngan Umbai. Kami pergi lebih kurang 7 org dewasa dan 2 org kanak2. antara hidangan yg dipilih ikan bakar (siakap & jenahak), kupang masak cili, sotong goreng tepung, udang bakar, sayur kailan ikan masin, otak2, nasi lemak. bagai disyurga ok!! harga makanan sume dgn 2 jug jus tembikai & oren lebih kurang RM 190 sahaja. ok la tu kan...makan mcm nak gile! alih2 tak larat nak bangun ko...nak bernafas pun susah sbb kekenyangan tahap maksima!! kat Alai tu mmg la sngt sesak, nak cr parking pun susah gak...myb time cuti kot. tp mmg ok la sngt..pic pun tak ambik sbb tersngt taksub tgk makanan2 itu!!

ikut perancangan nak blk puchong semula hari jumaat. alih2 perancangan ditukar ke hari sabtu. so, ptg jumaat tu lps solat jumaat, bersiap2 ke Pengkalan Balak. pantai u ols. dekat2 area Tanjung Bidara gak. mak oiii....ramai gile org. even ms kami nak blk dekat2 maghrib tu pun org makin ramai yg dtg. best gak la berendam dan berjemur. gelap kulit aku...menci!! huhu.

anyway nak cerita pasal naik Banana Boat. mula2 mcm tak nak naik....sbb takut mati kelemasan kat tgh laut tu. tp hati ini ingin juga mencuba...alih nak gak la kami bertujuh. depa charge RM 5/ kepala. ok la tu kan...3 kali jatuh. kalau setakat naik banana boat tp pusing2 je mcm tak adventure je kan...huhu. cuak ok! ms jatuhan pertama, sngt mendebarkan...siap pegang benda pemegang tu tak lepas walau dah jatuh. seram ok!! mengucap bnyk2.. dgn terkapai2 tgh laut tu mencari pertolongan...hahaha. padahal pakai jaket keselamatan!! drama sngt! apa2 pun sngt seronok!!

pic ihsan dr mr google


so, hari ni nak balik penang dgn bus ekspress Mayang Sari. smlm singgah bukit jalil pi beli tiket. sold out ok!!! dgn sesak nye.KL- butterworth sampai RM 50 depa tekan!! mcm sial je. last2 aku dpt gak tiket balik hari ahad RM 45 jam 1.30pm.aritu aku balik mlm raya cina naik bus Konsortium Bus Ekspres baru RM 31 tiketnye. nanti aku pi nak mengadu kat jabatan yg berkaitan pasal harga tiket ni. mmg ambil kesempatan mereka ini! aritu kwn aku book tiket utk JB- Butterworth sampai RM 100 depa tekan, sedangkan tiket biasa baru RM65 je.

ok. nak chow dulu...nak kemas barang2 apa yg patut. next week blk puchong semula sbb ade kelas dan terus cuti pjg sampai 22hb. hehe

Sunday, September 26, 2010

Menghitung hari.



yeah....4 hari lagi aku nak meninggalkan bumi kenyalang ini. mcm2 perasaan ada....gembira, suka, duka, pilu, mcm2 la. setelah bermastautin disini untuk 1 tahun 1 bulan, mcm2 benda yg aku belajar kat sini. yg paling pedih sekali bila berjauhan dengan famili (mmg poyo!!), sdgkan tiap2 bulan balik...hehehe.

anyway, bila first time aku dpt surat tawaran.....bila buka surat tu sbb nak tau posting kat mn. tgk2 Serian, Sarawak. omg!!! terkejut beruk kan....ni sume pasal mulut aku yg celupar sbb gurau2 ngan mak aku, mintak dpt posting kat Sarawak or Sabah. ambik ko!!! sejujurnya aku mmg tak tau Serian tu kat bhgn mn di sarawak ni. setakat kuching, miri, sibu..tu aku tau la. tp sumpah aku tak penah dgr nama Serian sebelum ni. dlm otak dah dok terbayang yg Serian ni kat hulu pedalaman....kena naik rakit (hahaha). ada lg ke org naik rakit?? suka hati je aku ni..zaman dah moden kan...of course la naik bot. paling cikai pun naik sampan.

esok nye tu, terus pi kedai buku popular semata2 nak cari map sarawak. punye la semangat. balik umah aku tebar map tu, alih2 tak jumpa pun Serian!! berdebar ok... setiap sudut map sarawak tu aku tinjau...last2 jumpa la serian, sebesar zarah je kedudukannya....huhu. lagi lah bertambah seram aku.

tapi aku kuatkan semangat gak nak pegi. ms tu tak terpikir nak buat rayuan ke kat kementerian. sbb aku tak depa cop aku mengada2! aku nekad je pi. so, on 31 july 2009....aku ngan mak bapak aku bertolak ke sarawak. of course parents aku mmg akan ikut. nak pi penang next week pun depa ikut. even aku pi london pun depa nak ikut hantar sekali kot...hehe. finally bile jejak kat bumi kenyalang ni...biasa2 je perasaan tu. rupe2 nya, serian ngan kuching, jarak perjalanan 1 jam je. lega ko!!! ok la tu kan, walau pun bandar koboi je. at least boleh la hidup....



so, aku nak coretkan serba sikit kehidupan kat bumi Serian ni...

  1. takde kesesakan lalu lintas....aman la dr bingit2 kenderaan. tenteram je rasa nye. kdg2 bile aku blk puchong & drive pi kelas...dgn jam nye, tension giler!! tu la keistimewaan serian.
  2. kat serian ni aku boleh hidup tanpa brg2 elekrik yg amat penting seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk.....sempoi tak?? lama- kelamaan dah terbiasa. tiap2 hari hadap siling ngan dinding je. hahaha..
  3. pi salon gunting rambut pun baru rm 6 sahaja. service 1st class!! lps gunting siap cuci ngn syampoo biasa lagi. kat KL ade?? of course takde.... so, ptg td aku pi gunting rambut lg utk kali terakhir, walaupun rambut aku taklah pjg mn...hehehe.
  4. kedai2 kat sini, normally jam 6 dah tutup. so, malam mmg totally gelap gelita. no life!! tp tak tau la aku xtvt org2 serian ni mlm2. aku tak penah intai...
  5. satu2nya restoran fast food yg ada kat sini ialah KFC. so, mmg seminggu sekali kena pegi. janji mesti pekena tiap2 minggu. nak cr MCD mmg xdo. tp serius....ayam original kat sini sngt tak sedap mcm kat tmpt lain.


dan macam2 lagi la...kalau korang nak rasa hidup kat serian ni, amatlah dialu- alukan.






Friday, July 30, 2010

3 Ogos 2010

ada apa dengan 3 Ogos 2010??

hari ni genap la setahun aku dgn keje baru ni... setahun gak la dah duduk kat sarawak ni. kejap je masa berlalu...pejam celik pejam celik...dah setahun!


dan hari ni pun genap la 36 tahun usia perkahwinan mak & abah..... alhamdulillah...semoga kekal ke akhir hayat. Amin....




p/s: 6 ogos ni nak balik malaya...tgh pikir nak bwk brg2 dulu tak? nnti nak pindah nnti tak lah bnyk sngt barang....kan??

Monday, January 25, 2010

Kenangan Persekolahan

buang tebiat gamaknya tiba2 nak mengimbas memori zaman persekolahan....hehehe. abis aku dok google sekolah2 ku....

zaman sekolah rendah.....

s.r.k bukit bintang (1) petaling jaya



ni la sekolah yang paling hampir dgn rumah aku....not bad la sekolah ni. aku sekolah kat sini dari tahun 1990 hingga 1995.....satu memori yang indah!! tp tahap memori aku mmg kureng sikit la nak ingat benda2 yg lepas.... ms darjah 1...aku masuk kelas 1(E). ms ni guru kelas aku namanya cikgu karu (x ingat la nama penuh dia...) tp dia ni mmg best...kalo time nak marah2 bdk ni...akan terpacul la kuar mulut dia...masyallah, ya allah, etc. myb sbb dah biasa bergaul ngan cikgu2 melayu....tp dia mmg best. aku penah la rs kena rotan ngan dia...hehe. tp aku budak baik ok! masuk darjah 2....kelas 2(E) ms ni cikgu azlina jd guru kelas...pergghh...mcm singa betina siul...muka mmg garang 24 jam...kalo menjerit...tak hengat....pembaris kayu yg pjg tu wajib ada..senang dia nak ketuk!!

masuk darjah 3 plak.....3(E). guru kelas ms ni cikgu srimathi...dia ni pun mmg best...aku suke btol tgk dia time marah...kelakar! dia suke pakai sari....so sexy...;p masuk darjah 4 plak...4(E), aku mmg tak ingat sapa guru kelas aku time ni (boleh cam tu??) pastu anjak darjah 5(E)... guru kelas cikgu zul azmi saad a.k.a zas.....dia mmg garang nak mampos...tp ngam ngan student..leh kamcing la..sporting gak... benda yg mesti ada kat tgn dia rotan buluh yg amat pjg....ukur lilit dalm besar jari org dewasa....sekali kena zasssssss.....smpi besok tak hilang kesan!!! aku penah gak dpt hadiah rotan itu.....tp aku ok je...kebal kan...hahhaha...pastu satu lagi denda yg dia suka kenakan ms kat kelas.....berdiri dlm keadaan separuh berdiri dengan 2 tangan angkat atas....pergghhhh..lenguh siul!!! tp dia mmg best..aku tak tipu...guru favourite aku ma.... tak silap aku smpi skrg dia masih mengajar kat s.rk. bukit bintang (1)....tgk muka dah dimamah usia dah...hihihi.... so dia antara cikgu veteran kat sn... masuk darjah 6...kelas 6(E)..teka sapa guru kelas aku?? cikgu zul azmi saad lagiii.......apa kes la suka ikut aku je ni!! hehehe....tp aku suka dia jd guru kelas aku...dia mmg best...sngt2 best!!

ms sekolah rendah ni nak kata aktif...biasa2 je...aku ade masuk koir...hehehe....suara aku mmg gemersik ms dulu2...buktinya kau juga ada masuk pertandingan nyanyian kat sekolah....hehehe. so mmg sah suara aku sedap sngt dulu....tp selepas akhil baligh...suara ku terus berubah....sungguh mendukacitakan...tidakkk!!!!

pastu ade sorang ustazah tu..nama dia ustazah zawiyah a.k.a awi....dia mmg rock gile!! mmg ngam la ngan dia ni....kat mn la dia ni skrg.....rindu.... tp kalo dia dah bukak mulut....bergegar satu sekolah...wawawa.

member2 lama pun mmg dah lost contact..... langsung tak dengar khabar berita...kecuali yg idup lg.... V & A (bukan nama sebenar)...hehehhe. rindu la ngan sume kwn2 lama....

so, kalau ade bdk2 s.r.k bukit bintang (1) nak tau keadaan sekolah sekarang, leh pi kat http://skbbl.zoom-a.com

s.r.a kawasan melayu, petaling jaya



ni la sekolah rendah agama yg aku pegi dulu (skrg dah tukar nama s.r.a ibn rusyd)....tak silap aku, aku start masuk sekolah ni ms darjah 2 (1991-1995). best la pi sekolah ni, relax je...takde la beban sngt mcm s.r.k. hehehe..aku mmg malas kan?? FYI aku mmg tak ingat sapa guru2 kelas aku dr darjah 2 sampai darjah 6...hehehe. tp yg aku ingat guru2 kat sn mcm us. aishah, us. rohana, ust. zul, ust. yazid.....sapa lg ek??

masuk darjah 6 aku mmg otai la....haha..aku la pengawas...aku jugak la ketua kelas!! bolah plak mcm tu....bkn aku gile pangkat a.k.a gipang ok!! aku terpaksa terima sbb pelajar2 lelaki ms darjah 6 tak lebih 10 org pun.....sian kan.... so aku yg berdedikasi terpaksa la terima...

kwn2 kat sini pun dah lost contact....mcm azizul dulu ade la jumpa (sama study kat kuis dulu), bdk2 yg lain mcm zaid, afendi, ain, diana, alia, marissa....sapa lg??? dah tak ingat la....

so, ni link s.r.a kawasan melayu..... http://srakmpj.blogspot.com


zaman sekolah menengah....


s.a.m hisamuddin, sg. berteh, klang



aku tak tau mcm mana leh masuk sekolah ni....sama ada dipaksa, terpaksa, memaksa, berpaksa... hehehe. aku mmg x apply pun masuk sekolah ni... aku di offer oleh JAIS tuk masuk sekolah agama ni bersandarkan keputusa SPRA (periksa ms kat s.r.a kwsn melayu). so..nak tak nak kena la masuk....myb parents aku dulu nak aku jadi ustaz.....tapi....lain plak yg jadi... i'm sorry....

so dr tingkatan 1-3 aku duduk hostel.....pastu aku keluar...sbb apa? sbb kotor sngt dan selalu takde air. pastu aku ulang alik la dr pj-klang tiap2 ari...penat seyhh... berpeluh gak la jln kaki ptg2 blk sekolah...dah la pakai seluar putih....

pasal asrama....sedih la nak citer... barang2 hilang tu dah biasa... selipar dah berdozen rsnye aku beli....hilang je memanjang....last2 siap mangga lagi selipar tu..tu pun hilang gak!!! mmg siul.. lagi satu yg aku tak suke bile waktu prep...busan siul... nama je bwk buku bagai...tp dok layan tidur...hahahaha. tu yg tak menjadi manusia....ms kat s.r.a kwsn melayu dulu..aku mmg suke subjek bahasa arab...tp bile msuk je sek men....really complicated!! sejak tu aku terus putus kasih ngan bhs arab ni..... tp masa SMA(sijil menengah agama, diambil ms ting. 4)..periksa dlm bahasa arab...100%... aku dapat makbul...tu kira lulus la..jenuh aku nak menghafal kitab2 tu...

tp kwn2 kat sana mmg best la... masih lagi contact la....melalui FB..tq fb.....;0) mcm2 kenangan ms sekolah ni... so pd kwn2 sg bert (nama glamour sekolah ku) ni link laman sesawang sekolah... samhisamuddin.wordpress.com


p/s: bnyk nye aku membebel mlm ni...tp kalo ikut hati bnyk lagi nak cite ni...tp lain kali je la.....hehehe