Thursday, November 25, 2010

Sis's wedding

lama tak update apa2 kat blog ni. kemalasan yg melampau. anyway, tgh cuti sampai weekend ni dr raya haji aritu, sbb ade final exam. arini last paper, english for higher education. selamat sudah.. cume paper managerial math je mcm hampeh. ntah lagu mn la result nnti. geram sngt sbb soalan matriks tak kuar!!!

anyway, nak kongsi pic adik perempuan ms kawin 30/10/2010 aritu.....belah laki 6/12/2010 kat Sg. Petani.

di Bandar Bkt Puchong 2




di Sg. Petani









Monday, October 25, 2010

Selamat Hari Lahir Mak!!



dikesempatan yang ada ini, aku nak wish heppi besday to my mom yg ke 53 tahun (25 October 1957). dah besaq dah!!! hehehe. semoga mak dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.... Amin Ya Rabbal Alamin.


p/s: sejak dua menjak sehingga la akan datang, kesibukan melampau akan melanda. fail dah mula menimbun2 atas meja, dengan kes itu, kes ini, program sana, program sini. sampai kan weekend pun kena keje gak. mmg tension kepala otak ni. tu la kan..elok2 duduk opis kecik, nak mintak transfer. merasa la aku!! ni bulan depan nak final exam dah....buku dok selak2 je....tak sempat nak beramah mesra lg. ntah la.....biul gak otak ni. dgn keje biasa lg...belum tambah keje2 bodoh lg. argghhhhh!!!! redha je la.

Monday, October 11, 2010

Welcome to Kepala Batas, Penang


sudah terlewat utk ucapan selamat dtg....huhu. so, dah seminggu bermastautin di Kepala Batas, Penang. buat ms ni, everything under control. pekan kepala batas ni pun lebih advance la dr Serian. ohhh...rindu plak sama Serian!!! kat sini bnyk yg nak membangun...ye la ms Pak Lah berkuasa dulu, kira mcm2 projek la kat sini. tp bile Pak Lah dah berundur, mcm tak semangat la Kepala Batas ni. Projek pun ade yg mcm hampeh je.

diri ni sudah lama tidak online disebabkan masalah teknikal yg berlaku. so, blk Puchong aritu, pi dptkan Limited Edition Prepaid Internet by DiGi. harga RM 25 sekali dgn internet access utk 5 hari, dah abis nnti top up je lg. akaun lama yg guna bil dah tutup..sbb mcm hampeh!! menindas pengguna. ni pun terpaksa gak ambik sbb terpaksa, dr mati kebosanan kat umah ni sorang2.

keje pun so far ok, walaupun saat2 meja menimbun belum hadir lagi...tunggu je nnti. opis kali ni meriah. hampir 30+ manusia dgn berbagai kerenah. tp yg pasti nnti, mesti hebat gosip2 nye. hehe.

rumah pun mcm ok la...walaupun tak best sngt. tp ok la, asalkan boleh duduk berteduh. dengan sewa RM 250 sebulan. rumah kos rendah, dgn 3 bilik. malas nak sewa ngan org, takut kalau dpt teman serumah yg mcm cilaka! dengan pengotor nye....geli la. baik duduk sorang je. aman dan tenteram je. cuma busan la... tp alah bisa tegal biasa. kalau kat srwk boleh plak hidup. ni kan kat penang.

jumaat lps blk puchong sbb ade kelas. mlm smlm balik Penang balik. lps kelas, blk Puchong dulu...agak2 lps maghrib ingat nak tolak balik. alih2 mak aku tak bg balik sorang2. huhuhu. dia mmg tak caya aku drive sorang2. alasan nye sbb letih br abis kelas. dpt plak ptg tu kelas managerial math, mmg pecah kepala otak ni. kesudahannye, adik aku jd mangsa kena follow merangkap driver pd mlm smlm. sepanjang perjalanan aku mmg mengantuk gile, tersenguk2....ingat tak nak terlelap. kejap lelap, kejap sedar. aku takut nak tidur...huhu. ni ade hati nak drive blk penang sorang2??? kirim salam...alamatnye mmg menyelinap bwh lori balak la gamaknye!! nasib la mak aku tak bg drive blk sorang2 smlm. so, slmt smpai dlm jam 1 pagi. agak2 dlm 3 jam setengah kot adik aku bawak. kami tolak dr Puchong pun dlm 9 lebih. nasib baik selamat smpai, jejak je kat tol Bertam, terus calling2 mak...hehe. kalau tak bg tau, mmg tak sng hati bonda ku itu. tu pun dlm jam 12 , 3 kali dia cube call...tp sbb xde line. masuk msg je.

ok la..dah ngantuk ni. penat smlm tak abis lagi. bye2..




Sunday, September 26, 2010

Menghitung hari.



yeah....4 hari lagi aku nak meninggalkan bumi kenyalang ini. mcm2 perasaan ada....gembira, suka, duka, pilu, mcm2 la. setelah bermastautin disini untuk 1 tahun 1 bulan, mcm2 benda yg aku belajar kat sini. yg paling pedih sekali bila berjauhan dengan famili (mmg poyo!!), sdgkan tiap2 bulan balik...hehehe.

anyway, bila first time aku dpt surat tawaran.....bila buka surat tu sbb nak tau posting kat mn. tgk2 Serian, Sarawak. omg!!! terkejut beruk kan....ni sume pasal mulut aku yg celupar sbb gurau2 ngan mak aku, mintak dpt posting kat Sarawak or Sabah. ambik ko!!! sejujurnya aku mmg tak tau Serian tu kat bhgn mn di sarawak ni. setakat kuching, miri, sibu..tu aku tau la. tp sumpah aku tak penah dgr nama Serian sebelum ni. dlm otak dah dok terbayang yg Serian ni kat hulu pedalaman....kena naik rakit (hahaha). ada lg ke org naik rakit?? suka hati je aku ni..zaman dah moden kan...of course la naik bot. paling cikai pun naik sampan.

esok nye tu, terus pi kedai buku popular semata2 nak cari map sarawak. punye la semangat. balik umah aku tebar map tu, alih2 tak jumpa pun Serian!! berdebar ok... setiap sudut map sarawak tu aku tinjau...last2 jumpa la serian, sebesar zarah je kedudukannya....huhu. lagi lah bertambah seram aku.

tapi aku kuatkan semangat gak nak pegi. ms tu tak terpikir nak buat rayuan ke kat kementerian. sbb aku tak depa cop aku mengada2! aku nekad je pi. so, on 31 july 2009....aku ngan mak bapak aku bertolak ke sarawak. of course parents aku mmg akan ikut. nak pi penang next week pun depa ikut. even aku pi london pun depa nak ikut hantar sekali kot...hehe. finally bile jejak kat bumi kenyalang ni...biasa2 je perasaan tu. rupe2 nya, serian ngan kuching, jarak perjalanan 1 jam je. lega ko!!! ok la tu kan, walau pun bandar koboi je. at least boleh la hidup....



so, aku nak coretkan serba sikit kehidupan kat bumi Serian ni...

  1. takde kesesakan lalu lintas....aman la dr bingit2 kenderaan. tenteram je rasa nye. kdg2 bile aku blk puchong & drive pi kelas...dgn jam nye, tension giler!! tu la keistimewaan serian.
  2. kat serian ni aku boleh hidup tanpa brg2 elekrik yg amat penting seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk.....sempoi tak?? lama- kelamaan dah terbiasa. tiap2 hari hadap siling ngan dinding je. hahaha..
  3. pi salon gunting rambut pun baru rm 6 sahaja. service 1st class!! lps gunting siap cuci ngn syampoo biasa lagi. kat KL ade?? of course takde.... so, ptg td aku pi gunting rambut lg utk kali terakhir, walaupun rambut aku taklah pjg mn...hehehe.
  4. kedai2 kat sini, normally jam 6 dah tutup. so, malam mmg totally gelap gelita. no life!! tp tak tau la aku xtvt org2 serian ni mlm2. aku tak penah intai...
  5. satu2nya restoran fast food yg ada kat sini ialah KFC. so, mmg seminggu sekali kena pegi. janji mesti pekena tiap2 minggu. nak cr MCD mmg xdo. tp serius....ayam original kat sini sngt tak sedap mcm kat tmpt lain.


dan macam2 lagi la...kalau korang nak rasa hidup kat serian ni, amatlah dialu- alukan.






Friday, September 24, 2010

Nurhayati Taib


anda kenal makcik ini? atau lebih dikenali dgn nama makcik karaoke, makcik merrry, makcik petir, etc. she's rock!!! aku suke gile ngan makcik ni.....diva gile!!

so, dr smlm aku dok abiskan tgk drama Syurgamu Ramadhan. bulan pose aritu tak berkesempatan nak menonton. dr smlm dok hadap youtube tgk cite tu smpai abis.....kelakar betul makcik merry ni. tp kan...series dia tak sesuai pegang watak datin2 ni. mcm janggal....hehe. tp dia ttp kelakar.... bile part skrip dia.....meletop!! dgn suara dia yg mcm petir....hahaha.

tp kan, dia ni selalu berlakon drama2 radius one, yg pasti dibwh arahan shahrulezad tu. mcm sinderella, tari tirana, dottie, etc. makcik merry ni demand ke? atau dia ade kontrak dgn radius one je?? confius tau......

anyway...i luv u makcik merry!!! sngt best.. teringin gak nak tgk makcik merry pegang watak mak ayam. hahaha...pasti box office!!



ni part yg plg aku suke dlm drama syurgamu ramadan. tp series aku nak gelak, walaupun dia tgh marah...hehehe..




Rumah Oh Rumah!!

pergghh!!! susah betul nak cr umah sewa kat kepala batas ni. setakat minggu ni ade 5 info pasal umah sewa. call 2, dah ade org sewa. email 1, dah ade org sewa gak. ni tinggal 2 lagi, dua-dua tu akan bg latest info by ptg ni. hopefully dpt la umah sewa by this week. mls nak pening2 kan kepala. so, next week pikir nak pack barang je.....

plz la tuan umah di area jln bertam, kepala batas.....tlg sewakan umah anda!! saya akan menjaga dengan baik. sy juga seorang pembersih dan membayar sewa tepat pada masanya. bil2 juga akan dibyr sebelum due date. saya janji!!!

kan.....letih nak cr2 umah ni. hampir sume org dok tlg carikan......tq so much!!! harap2 minggu ni ade la berita baik.

td ada dok google opis baru....hehe.

jeng....jeng...jeng....


tq tuan punye blog..lupe nama.



Thursday, September 23, 2010

Buaya??


focus pd papan tanda itu!! gambar ini merupakan tasik a.k.a tempat rekreasi di serian. tak silap aku, papan tanda tu baru pasang last month. korang nampak tak binatang apa tu?? buaya ok!! aku tak sure la mmg wujud ke tak buaya kat tasik ni. tp kalau tak wujud manakan depa dok pasang papan tanda AMARAN ni.... tak gitu??

tp org2 serian ni mmg hebat, tasik ada buaya pun selamba je. ada korang nmpk benteng kat tasik tu? nan ado..... sekali buaya tu menyelinap, sekali ngap je. tak dapat nya ko nak lari kemana.

siap ada bangku lg disediakan tepi tasik tu, sapa yg berniat nak merendek kat tepi tasik ni.....lupakanlah hasrat korang tu. tak pasal2 jd arwah nnti.

tapi, buat masa ni takde kes org kena baham buaya lagi kat tasik tu......hehe.

aritu ade buat inspection kat kebun durian.....sngt cantik pemandangannya...;p







tapi tak berbuah lg.....tauke tu kata cuaca tak menentu sekarang ni. tu yg lambat sikit tahun ni. selalu dlm bulan 10 or 11 dah musim durian kat sini. tak merasa aku durian serian sebelum berambus nnti. huhuhu....






The Amazing Race Asia 4



yeahh.....TARA kembali lagi. smlm aku dah tgk first episode TARA 4 kat web axn-asia. superbbbbb, tak silap aku mlm ni start ditayangkan kat axn.....kali ni race bermula kat malaysia. and of course team malaysia mng utk first episode ni. maklumlah tuan rumah....setakat area batu caves ngan georgetown je.

musim 4 ni, malaysia dgn 2 team...Ethan & Hairie (friend) dan Ivan & Hilda (married). tp aku sokong Ethan & Hairie, sbb depa ada harapan nak mng. menurut observation aku, sejak musim pertama hingga ketiga TARA, sume yg menang mesti FRIEND. tak pernah plak yg ada hubungan kekeluargaan or kekasih or laki bini yg menang. myb sbb bile ade hubungan2 mcm tu mereka sngt EMOSIONAL. betul tak?? time race tu la nak gaduh2, nak merajuk2..... baik tak yah race. so, itulah punca kekalahan mereka.



tema malaysia barisan atas, plg hujung ke kanan (Ivan & Hilda), dan barisan bawah, yg first (Ethan & Hairie).

so, berharap sngt tema malaysia akan mengembalikan kegemilangan juara musim pertama, Zoe & Zabrina. beat the Indonesian!!! hahaha.




Thursday, September 16, 2010

Hari Raya!!


salam semua.........dah masuk raya ke 8 dah. kejap je masa berlalu....hehe. raya thn ni mcm biasa la. pulang ke kampung halaman di Jasin, Melaka. nasib baik kampung mak & abah sama kampung, cuma lain jalan je. tak yah gaduh2 nak balik raya mana.... aku ngan 3 org adik blk kmpung sehari sebelum raya. pagi tu sempat singgah jln tunku abdul rahman, nak cr baju melayu...disebabkan malas2 nak rayau2, terus pi Jakel je cr baju. rempat je baju melayu color merah...pastu terus balik kampung. jalan pun tak jam sngt aritu, dlm satu jam dah sampai tol air keroh.

thn ni tak tolong masak apa2 pun, sbb sampai ptg tu sume dah siap masak kecuali ketupat. thn ni masak rendang itik, kari daging, kuah lodeh, kuah kacang, etc. lps solat jumaat, kami pi raya ke Palong & Bukit Jalor yg terletak di N9. dan kesudahannya di raya pertama....majoriti mengalami cirit birit, myb dah mcm2 makanan yg disumbat.....perut aku dah masuk raya ke 3 br ok....minum bnyk Yakult or Vitagen.



lps blk puchong, rayau2 la umah sedara & jiran2 lama.....selebihnya menghadap TV. walaupun eosk ngan sabtu ni ada mid term exam....langsung tak menghadap buku!! ntah setan mn yg rasuk ni pun aku tak tau, mls gile nak study....ni pun buku dah bersepah atas katil, tp hampeh nak bukak....kenapa????

oh ye....ari senin aritu, bdk opis aku call bg tau, surat pertukaran dah sampai. so, secara rasmi nye....saya akan meninggalkan bumi kenyalang..yahoooooo!!!

ok...memandangkan jam hampir jam 12 tgh mlm, aku akan cube bukak buku ni....atau melelapkan mata. huhu....




Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


ni nak buat ucapan raya awal2....takut tak sempat nanti. insyallah pd 8 hb (rabu) aku akan pulang ke kampung halaman. flight nnti jam 6.30 pm...merasa la berbuka di awan biru. korang ado? walaupun ada mulot2 yg mengatakan raya hari khamis....huhu. harap2 raya hari jumaat gak. aku tak nak mcm thn lepas blk di mlm raya....seksa batinku. huhu.

anyway, di hari yg mulia lagi berbahagia ini....aku nak memohon sejuta kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. andai ada tersilap kata, terkasar bahasa, terkutuk, terngumpat, termaki, terkecik hati, termakan, terminum, tersepak, dan sume yg ter...... walaupun mulot aku ni kdg2 jahat, tp hati aku baik...hehehe.

yg plg utama, memohon ampun pada Allah dulu...seterusnya buat ayahanda dan bonda tercinta, andai anakanda ada silap dan salah (confirm mmg bnyk kan..). ampun kan la anakanda ini, halal kan segala makan dan minum selama ini. huhuhu... (kalau pg raya mmg dah melalak ni, menci tau!!) tak lupa juga buat kaum famili tersayang.....kak long, abg long, angah, kak ina, cua, amin, ali, dan sanak saudara yg lain tak kira dimana jua anda berada.

juga buat rakan2 yg dikasihi....dari zaman sekolah rendah dulu, SRK (L) Bukit Bintang (1) (1990-1995), SRA Kawasan Melayu, PJ (1991-1995), SAM Hisamuddin, Sg. Berteh, Klang (1996-200), Kolej Universiti Islam Antarabangsa S'gor (KUIS) (2001-2004), UUM (PLK) Kuala Lumpur. juga yg dihormati guru2, dan pensyarah2 sekali...rindu kamu!!

yg dirindui selalu, bekas rakan2 sekerja....semua staff SYABAS PJ. selamat hari raya, maaf zahir batin. nnti aku singgah opis ye!! juga buat rakan2 di JTK Sarawak....mintak maaf banyak2. raya nnti dtg la opis...hehe.

siapa lagi??? ok, buat semua yang mengenali diriku ini (mcm glamour je!!), selamat hari raya ek. raya nnti dtg la umah.

sapa yg nak dtg rumah tu, sila buat appointment ek...takut xde rumah. raya pertama, aku balik melaka. tak tau sampai bile, kena ikut boss besar. 20hb br balik sarawak semula...

so, akhir kata....selamat hari raya, maaf zahir batin. berhati2 di jalan raya, ingatlah org tersayang.







Friday, September 3, 2010

Persiapan raya

aku yakin hangpa semua dah berkobar2 nak raya. mesti dah siap sume persiapan. aku satu pun tak siap lagi. dah tua2 ni dah tak semangat mcm zaman muda belia dulu...huhu. baju melayu pun dah lama tak berganti. aku rasa lebih dari 3 tahun tak penah beli baju raya. mls ok...setakat pakai sekali dua je, mcm tak berbaloi nak beli. siul je kan. selalu aku rembat je baju2 melayu adik2 aku. nasib baik saiz lebih kurang je.

so, thn ni aku nekad (cewahh..) nak beli baju melayu. color merah lagi!! hahaha. itu pun kalau sempat pi beli. ye la...hari terakhir puasa je sempat pi shopping. ingat nak pi jalan masjid india. gamaknya bukak lagi ke kedai Den Wahab tu?? atau agak2 depa sume dah tutup kedai? kalau kedai2 kat masjid india tu dah tutup, nmpknye kena la pi Gulatis ke cr baju melayu. harap2 ada la. lagi satu nak beli songkok. walaupun aku ni tak gemar pakai songkok, nak beli gak thn ni sbb dah bertahun2 tak pernah beli songkok...rasa2 lebih 5 thn kot.

kasut2 sume tak payah....beraya pakai selipar je. bukan org nak tgk pun kalau pi beraya berkasut bagai. t-shirt ngan jeans pun mcm mls nak beli. pakai je la yang ada. tp kalau sempat pi Topshop, nak gak rembat satu @ dua helai t-shirt...hehee.

sempat ke gamaknya nak cr barang2 ni sume sehari sebelum raya? harap2 sempat la... bukannya tak nak pi shopping kat Kuching, tp aku tak berkenan.....mcm tak bnyk pilihan kat sini. tak menarik la sng citer. kat sini cuma beli brg2 makanan je. arini dah kirim member beli barang2 ni:-

ikan terubuk masin. yg ni mak aku dah pesan dr last week. aku pun tak paham dia nak buat apa dgn ikan terubuk masin ni di hari raya yg mulia. gamaknya nak makan ketupat ngan ikan terubuk kot..hahaha. so, aku beli 6 ekor yg sederhana besar je. mls nak beli bnyk2, berat!




aku tak tau org srwk panggil kuih ni nama apa? kalau ikut pic ni kuih cincin. tp yg jual kat pasar satok dlm bungkusan. aku pun tak penah rasa kuih ni. so, aku beli 10 bungkus je...




mak aku pesan last week, tok sah beli kek lapis. tp dia ckp kalau nak beli tak usah bnyk2. bukan best sngt pun...hehe. so, aku beli 5 ketul je. beli bnyk2 nnti takut berkulat. sapa yg pi srwk jgn beli kek lapis yg dijual kat kaki lima kedai, sbb cepat berkulat. myb yg dah nak expired depa jual murah.....pegi je kedai2 kek lapis.




Filem Bodoh

marek kamek naggar filem Paper Man & Vampires Suck. mmg suck gilak!! buang ms kamek ja mendownload filem tu. mmg sengal filem2 tok. so, sik mau buang duit & masa kitak org naggar filem tok.





Monday, August 30, 2010

Saya sudah, anda bila lagi?


saya telah membayar zakat fitrah...anda bila lagi? hehehe... br sebentar td keluar sat pi cr amil utk byr zakat fitrah. kat srwk ni murah je..hanya RM 5.20! kalau kat selangor sampai RM 7. mahal giler kan.....sapa yg nak byr kat srwk leh hubungi aku...hahaha. (gurau je..)

so, pada mereka yg masih tak membayar zakat fitrah lagi.....pi la cepat. jgn dok tunggu lama2. mcm susah benor nak pi byr zakat tu, kalau pi bazaar ramadhan tiap2 ari tak kisah pun, sanggup meredah hujan dan panas terik. huhu.

kadang2 tu aku pelik bile ade jenis manusia yg sebelum solat sunat aidilfitri baru la terkedek2 nak jumpa amil byr zakat.....mcm buzy gile sepanjang 30 ari ramadhan tu kan. sbb apa? sbb ambik remeh benda2 gini.

rasa2 ada ke org yg tak byr zakat fitrah? nauzubillah.... jgn la kedekut sngt, harta kalau menggunung tinggi pun, tp takde "penyucian", tak guna gak....so, ayuh menunaikan kewajipan anda!!

"1 Malaysia, 1 Zakat Fitrah"

p/s; pesanan masyarakat ini dibawakan oleh Aku!!





Salam Kemerdekaan ke 53

atas semangat kemerdekaan ini, sy ingin mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan ke 53 buat negara Malaysia yg tercinta. semoga ulang tahun ke 53 ini akan mematangkan lagi semua rakyat2 jelata dan pemimpin2 negara khususnya. Amin!!

so, ayuh kibarkan jalur gemilang....tanda kebanggaan anda sebagai rakyat Malaysia.



amacam?? korang ado? haha.....org lain sibuk kibar jalur gemilang kat kete, kat luar rumah....aku kat dlm rumah lagi. hebat tak? makan hati rais yatim kan kalau tgk...huhu.

seperti kebiasaan, sy ingin membuat permintaan demi kecemerlangan Malaysia...

  • semua ahli politik muhasabah diri dan bersatu demi penyatuan kaum dan membina negara bangsa yg hebat. lupakan segala sengketa, bermaaf- maafan... hentikan segala tohmahan dan prasangka buruk. ketepikan segala kepentingan individu yg tidak membawa manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
  • hadkan tahap kekayaan setiap individu....boleh ke macam tu? tak pun, mana yg kaya raya tu, diwajibkan untuk membantu mereka yang fakir miskin. ini untuk memastikan perhubungan sosial yang seimbang.
  • dlm apa2 jua keputusan yg melibatkan projek besar berjuta or berbillion, perlu la ditimbang sebaiknya dan mengutamakan rakyat yg susah. bak kata tok jib, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. br la cakap serupa bikin kan......
  • hapuskan rasuah!!! dari gejala rasuah ni la, benda2 yg negatif boleh muncul, mula la belambak PATI2....betul tak abg2 imigresen??
  • bersederhana la wahai pemimpin2 negara....jgn ingat hangpa ada duit, ada harta, ada kuasa....dunia ini bukan milik anda!! ingat Tuhan tu Maha Berkuasa. tak payah la buat apa2 majlis grand2, buat bazir duit je....apa kata sebelum sign proposal tu, ingat la pd fakir2 miskin yg kat hulu2 yg makan pun susah, hidup sehelai sepinggang...huhu.
  • banteras aktiviti2 yg boleh mengundang gejala2 sosial yg negatif. hentikan la konsert2 kat tmpt awam smpai larut malam....sana hiburan, sini hiburan. ni la yg mempengaruhi anak2 muda skrg ni. dah pi berhibur.....pastu touching2, pastu kissing2, pastu ****ing2, dan akhirnya bunting!! sapa nak jawap?? mereka dan keluarga mereka......

ok...setakat itu je la harapan saya semperna merdeka thn ni. saya doakan agar Malaysia akan kekal harmoni, sejahtera dan yg paling penting diberkati Allah...


"1 Malaysia, Menjana Transformasi"
(betulke tema hari merdeka thn ni??)


p/s: lagi 9 hari nak balik "Malaysia" sambut raya....yahooo!!!!


















Tuesday, August 24, 2010

Kad Raya Pertama!!!

arini dapat kad raya yang pertama....

korang ado????





p/s; terima kasih bank rakyat.....hahahaha.







Tuesday, August 17, 2010

Hospital Serian

pagi td aku pi Hospital Serian....dah tak larat sngt, dr last week dgn batuk, demam yg kejap on, kejap off....kalau mlm lagi menjadi2 batuk ngan demamnye. so, ari ni tekad je pi hospital. ikutkan malas nak pi hospital. tp pikir blk kalau pi klinik mahal gile depa charge...kalau demam je...dlm RM 30+. bagi pi yg free....tp takut sejarah tahun lps kat hospital bengong tu berulang lagi..huhu.
sapa yg penah bc blog sebelum ni, aku ada citer mcm mana M.A yg bengap ditambah dgn tukang ambil darah yg bengong. just imagine, nak ambik sample darah aku je sampai 3 org dan 6 injection!! siul tak?? org yg ke 3 dan injection ke 6 br dpt ambik darah...seksa gile!


pi pg ni nasib baik tak lama sngt, thn lepas pi lebih 3 jam.....kalau buah kuih raya dah dpt 5 balang. FYI kat bhgn pesakit luar ni ada dlm lebih kurang 8 bilik consultation. 4 drpd nya ditugaskan kepada M.A (medical assistant). and of course M.A yg kat hospital ni mmg tak berkaliber. M.A yg rawat aku arini pun ngok jugak. aku pantau sebelum time aku masuk, pesakit yg dirawat kurang dari 2 minit... ni mmg jenis malas tahap cipan!! mentang2 la org kmpg yg tak tau apa2...blh la ko buat keje ala kadar.


ms aku masuk tu aku bg tau la yg batuk, demam, selsema. pastu dia tulis la sikit2 kat kad tu...pastu dia periksa tekanan darah. dia kata ok. aku dok ckp la kat dia yg mlm2 demam pastu batuk lg teruk....dia tak layan...langsung takde komunikasi! pastu dia dok tulis ubat yg nak bg kat perskrepsi (betul ke aku eja ni??). sambil mulut berlagu riang...cam cibai!

aku pun pelik la, dia ni tak check pun suhu badan aku?? pastu aku ckp la kat dia..."boleh tlg check suhu badan saya???' boleh gitu aku yg request nak check? apa tak tau buat keje ke M.A ni...geram aku. nasib baik puasa...kalau tak mmg nak je aku maki.

satu lagi, masa dia nak check tekak aku dgn lampu suluh.....bukan main jauh lg dia suluh!!! dlm jarak selengan....boleh nmpk ke anak tekak aku tu merah ke?? mmg cari nahas je M.A ni...sngt sengal!

pastu...lps dia tulis senarai ubat2 kat perskrepsi tu, blh plak dia padam satu jenis ubat tu....ayoyo..mmg dia tak confident nak bagi pesakit ubat apa....kondem la hospital serian ni wei!!!

aku tak tau nak ckp camane?? so, pd Tuan Pengarah...tlg la latih M.A2 anda ini agar lebih berwibawa....


p/s: selamat berbuka puasa...arini panggang kambing. nyaman gilak!!

Monday, August 16, 2010

Mari memasak

smlm busan duk umah & tak tau nak makan apa utk berbuka. so rayau2 pi market cr la apa brg2 tuk masak. kira nak masak special arini...pi la beli ayam, sayur2 dan apa2 yg patut. so, memandangkan kat sini takde Kenny Rogers....aku nak masak2 ala set yg kat Kenny Rogers tu...gitu kan!!

sapa yg duduk sorang2, kelengkapan masak pun tak cukup....leh lah try masak ni. senang jer!! ni dia hidangan ala2 Kenny Rogers ku...hehe



mesti keliur kan??? siap ada ayam panggang, kentang lenyek ngan pasta. yummy!! alamatnya solat mahgrib 7.30 sbb tak larat nak bangun..huhu.

korang mesti nak resepi kan????

Ayam Panggang

-1/4 ayam
-kicap
-sos tiram
-sos lada hitam

Cara2: bersihkan ayam dahulu....pastu kelar2 isi ayam tu. pastu tos ayam tu, jgn ada air2 ayam tu lg. pastu masukkan sos tiram 1 sudu teh sos tiram, 1/2 sudu teh kicap & 1 sudu besar sos lada hitam. peram ayam tu...lagi lama lagi bagus!! mcm aku, aku perap 2 jam lebih. bg org2 bujang yg takde microwave, jgn runsing.... tenggek kan kuali atas dapur. ltk minyak masak seminima mungkin. sila on dapur dgn api perlahan. mcm aku, aku guna dapur elektrik..so aku guna tahap 2 drpd 6. pastu aku tutup ngan kertas timah. so, tak yah tunggu dpn kuali tu...korang leh layan DVD dulu....lps agak2 dah masak both side, buang kertas timah tu & besar kan api dapur tu..sbb nak keringkan...because sah2 la wap2 air akan terhasil bile korang tutup ngan kertas timah tu. but make sure bile api dah besar..korang jaga ayam tu. kang tak pasal2 hangus..huhu. PERINGATAN: sila jgn guna garam!!!

Kentang Lenyek

-1 biji kentang sederhana besar
-1 sudu besar mayonise
-secubit garam

mula2 korang kupas kentang dulu..pastu potong kecil2 dan rebus kentang tu. bg org bujang, tak yah pening2..guna je rice cooker tu. cepat lagi mudah. agak2 kentang tu dah elok2 sesuai dilenyek, toskan air renehan tu dan lenyek kentang tu. lepas selesai lenyek...tabur secubit garam dan masukkan 1 sudu besar mayonise. kacau hingga sebati. pastu boleh hidang...

Pasta

-1 genggam pasta (apa2 jenis je)
-1/4 cili benggala
-1/4 brokoli
-3/4 sudu besar sos tiram
-1 ulas bawang putih
-1/4 bawang besar

rebus pasta tu dulu...make sure tak overcooked ok!! lps tu tos kan pasta tu. potong dadu bawang besar ngan bawang putih. panaskan minyak atas kuali....dlm 1 sudu makan je cukup. masukkan bwg besar & putih dlm kuali....kacau2 dlm 2 minit pastu campakkan cili benggala ngan brokoli. selang seminit masukkan pasta yg telah direbus, then ltk sos tiram plak...pastu kacau sehingga sebati.....pastu tutup api. dah siappp.....

amacam?? sng je kan.....so, slmt mencuba!!! hidangan tersebut aku mkn dengan kombinasi 3 sos, cili, lada hitam & mayonise.

Friday, August 13, 2010

Berpuasa pd 11 Ogos....

salam semua, arini dah hari ke 3 ramadhan...kejap je kan??? sok lusa dah abis sebulan....sejak dua menjak ni masa cepat je berlalu....dah nak kiamat gamaknya..huhu. ok...thn ni hari pertama pose adalah sngt memenatkan!! tp ok lah...cuma tak pengsan je siang tu. pg2 masuk opis terus turun pi ladang- ladang sawit. bukan satu ladang ok!! 3 ladang...dengan panas terik nye. siap ade yg kena naik bot usang nak menyeberangi sungai sadong tu... seram gile! sib baik xde buaya yg muncul...kalau tak smlm keluar paper ngan tv.



sampai opis ptg tu, pastu dlm jam 4 pi cr makanan tuk berbuka. aku mmg x leh pi pasar ramadhan ni...rambang mata!! so hari pertama beli rojak ngan karipap rm1..dpt la 4 ketul. minum air mineral je.....huhu. actually, ms sahur smlm, masak nasi ngan goreng telur je...ltk kicap sikit....sedih kan?? huhu.

nak dijadikan cerita....lps maghrib tu...aku terpengsan!! tu la kan..letih sngt, aku dah tak mampu nak bertahan...alkisahnya...isyak jam 1 pagi...terawih hari ke 2 pun tak buat!! hari pertama buat ok!! smlm pun buat gak...hehe.

then smlm, cam tak berminat nak kuar cr hidangan buka. ntah la...sejak dua menjak ni nafsu mkn aku dah down! cam tak minat nak makan2 ni...asal ada je, ngap la. alih2 kirim kuih sampan je kat bdk opis..beli rm 2 dpt 6 ketul. kuih sampan tu mcm tepung pelita...tp dia 2 kali ganda dr yg kat kl..pastu dia putih je semata2...xde color hijau. last2...yg masuk perut secara sekarela 3 ketul, secara paksaan 1 ketul, masuk tong sampah 2 ketul...huhu. myb dah kenyang mkn roti butterscotch 3 keping ngan susu coklat. tu je dah cukup buat aku buka. arini pun ingat buka ngan roti je...sbb expired pd 14/8..rugi kalau tak abiskan.


credit to suanie.net

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan 1431H




selamat menyambut ramadhan al- mubarak. semoga ramadhan kali ini akan lebih bermakna.


p/s: aku tak beli buah tamar lagi....huhu. minggu ni sahur ngan roti je la dulu...tak plan apa2 lg.

Now Every Flight Will Delay


harus aku nak kutuk Air Asia ni...blk hari tu mmg sakit hati...dr Kuching- KL delay... KL- Kuching pun delay smlm. mmg kasi aku naik hantu!!!


ms nak blk KL aritu pd 6/8/10, ikut jadual berlepas jam 9.50 pm. bile dah masuk lps check in terus pi gate 8. dah duduk situ lbh setengah jam....ada announcement tukar ke gate 2 plak. pastu pb tau flight delay...flight tu sampai kuching 11 pm. dah dok tunggu kat gate 2 tu, ada plak announcement tukar ke gate 9. mcm sial!! sakit kaki aku...sampai terseliuh nak jalan. dah la jauh!! alih2 jam 11.15 br berlepas...sampai KL dalam hampir jam 1 am. ngantuk tau!!!


pastu smlm plak, nak balik kuching...ikut jadual berlepas jam 5pm. delay jugak.....jam 6 lalu br berlepas...

alasan yg dibagi....masalah operasi!! tu je la alasan ko. mcm p**d** je!!! geram aku... so aku nak cadangkan motto air asia ditukar....

"Now Everyone Can Fly"

to

"Now Every Flight Will Delay"

baru la sesuai sngt kan!!!!!!!!!

Anak buah baharu

ni anak buah aku yang ke- 7, anak abang no. 2....nama dia Nur Adriana. lahir pd 2 ogos 2010. ms lahir tu berat dia 3 kg plus....tembam!! hehe



Monday, August 9, 2010

Ulang tahun ke 36.

smlm kami plan satu party bg menyambut ulang tahun perkahwinan mak & abah yg ke 36. buat kat umah adik aku...so kira suprise la. dah siap2 sume br panggil mak & abah naik atas...hehe. so, jom tgk gambar2 smlm...

kali ni tak masak...just order sate ayam, sate daging, pizza, soto ayam & kek...yummy!!!








Friday, July 30, 2010

3 Ogos 2010

ada apa dengan 3 Ogos 2010??

hari ni genap la setahun aku dgn keje baru ni... setahun gak la dah duduk kat sarawak ni. kejap je masa berlalu...pejam celik pejam celik...dah setahun!


dan hari ni pun genap la 36 tahun usia perkahwinan mak & abah..... alhamdulillah...semoga kekal ke akhir hayat. Amin....




p/s: 6 ogos ni nak balik malaya...tgh pikir nak bwk brg2 dulu tak? nnti nak pindah nnti tak lah bnyk sngt barang....kan??

Kedatangan Ratu


wawawa....hari Isnin ni seorang Ratu akan lapor diri kat opis ni!!! oh tidak!! org Sabah bah...tp dah duduk Srwk 3 thn lebih...dia ni dr jabatan lain..kena transfer.

aritu dia dtg opis ni nak tgk2 opis dulu sblum lapor diri...kekwat ok!!! rasa2 umur dia dah 30++ kot and single kot.....dia ada la mintak tlg carikan umah sewa...tp dgn unsur2 demand yg memualkan!! huhu..

antara ayat2 dia..

"kalau boleh i nak umah teres yg ada garaj....'boyfriend' i nak tidur sng.." (lbh kurang mcm tu la ayat dia)

boyfriend = kereta

"kalau boleh i nak cari satu rumah.....barang2 i penuh satu rumah....penuh satu rumah.." (lbh kurang mcm tu ayat dia)

poyo seh....dah la ckp kemain kuat!! ingat org2 kat sini pekak ke?? aku mmg x layan pun time dia dtg. cuma ms my bos introduce dia...br aku jumpa dia...and boleh plak dia yang hulur tangan nak salam dulu!! aku pun..huh?? mula2 pikir tak nak salam..and nak ckp je.."maaf sy ada wudhuk lg" hahha...tp sbb my bos ada...and tak mau kasi malu dia..hulur je la tgn tu. tp mmg x sesuai kan..dah la awak pompuan, bertudung plak tu..bkn main lg hulur2 tgn nak salam!!

camane leh dpt nama Ratu? hehe. mula2 bdk2 kat opis ni gelarkan Tuan Puteri...aku mcm rs tak berkenan dan tak sesuai...lain la kalau mcm Diana Danielle or Lisa Surihani boleh lah panggil Tuan Puteri, so aku buat keputusan panggil dia Ratu! dan dipersetujui 100%...hehehe.

nantikan je la ketibaan Ratu minggu depan...wawawa.


p/s: 2-3/8/2010 ada kursus kat kuching.......busan tul!!

Monday, July 26, 2010

PC baharu!!


arini dpt PC baharu....yeyeye. merasa la dpt guna PC baharu tuk beberapa bulan ni. PC lama tu mcm dah blh lupus...lembab gilak!! so happy la dpt PC baharu ni.

Rayau- rayau ke Pasar Satok


sabtu lepas aku pi Pasar Satok @ Kuching. dari lepak kat umah tu tiap2 minggu, busan gak. dlm jam 10 lalu gerak dari Serian naik kete sewa dan sampai pasar Kuching dlm 11 lalu. tunggu kwn aku miss Ritip kat dpn Electra House. dia dtg jemput aku pi Satok. panas gilek aritok.

mak kwn aku ni ada berjual kat pasar Satok tu....lepak kat sinun sat. dpt jagung manis sebungkus...hehehe. balik mlm tu aku rebus sume, mlm tu hadap jagung je!!

pastu pi jenjalan....penat ok. besar gilak pasar ni. sambil jalan2 tu capai la barang2 yg berkenan di hati...


yg atas tu, pesanan khas dr abah.... aku beli 9 ekor (RM 40) pastu siap pos laju terus, malas nak bwk ke hulur hilir...sib baik pejabat pos bukak. caj pos RM 41.6o utk 3.1 kg. mahal gilak!!

pastu cr la benda2 lain....mcm tabung buluh ni. nak bergaduh gak dgn apek tu...harga asal Rm 5.90 seunit. mintak kurang dpt Rm 5.oo je...hampeh betul!! tp sbb dia je ada jual tabung tu...maka terpaksa la beli 2 unit...hehe.




pastu nmpk la rantai manik ni...dr dulu nak beli satu...buat gantung kat kete. kalau tmpt lain, mahal gilak! ada sampai Rm 40 ++. tgk tempat yg jual tu la..kalau kat pusat kraftangan mmg mahal. tp kat satok jual Rm 28.00. aku tawar lagi...dpt la Rm 20 shj!! hehe... bab2 tawar menawar aku mmg power!! kalau blh siap nak gaduh2 lg..huhu.



pastu plak..mak aku ada pesan runner table, aritu ada beli satu color hijau kat waterfront kuching...harga RM 16, tp kasar sikit kain nya. yg ini kain ni syok sikit, harga asal Rm 28, tp dpt tawar Rm 25 je...sedih gilak...huhu. kedekut nyonya tu!!



pastu beli la set rantai mutiara ngan gelang tuk mak aku....dpt la dlm RM 50 je....dah x leh kurang. pastu beli gelang mutiara dgn harga rm 8 seunit. adik2 aku kirim 2 utk awek2 dia...pastu beli satu utk cik melati.... gambar sik dpt siar la...sik kacak kalau tangkap gambar.

ok..itu saje coretan sy seharian di pasar Satok...bulan 10 nnti nak pegi lagi. yahoo..