Showing posts with label nota. Show all posts
Showing posts with label nota. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Tonik Hati Al Jabar

FOR SALE






pertengahan bulan April aritu abah dikenalpasti ada masalah hati. so, kami cuba produk Tonik Hati Al Jabar....pi dkt HQ Al Jabar di Kajang.

tapi abah hanya makan 6 kapsul je....lepas tu dia dah tak nak makan. and last month doctor dpt kesan rupa2nya abah ada kanser hati. so, skrg dalam proses perawatan.....hanya makan ubat2 dr hospital je.

masa kami beli satu set ni RM 1800.00...ada 10 botol. cuma satu botol saja yang dah bukak...tapi makan 6 kapsul je.

so, pada siapa2 yang nak beli tonik hati ni...aku nak jual RM 1500.00 (negotiable). kalau area puchong, subang, pj, seri kembangan, putrajaya....aku boleh hantar. apa2 email aku kat ami_ameerul@yahoo.com 


ni resit pembelian sebagai bukti.....ada diberikan cd sekali utk testimoni.




so, sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dgn aku melalui email....TQVM.

Monday, August 6, 2012

Pemeriksaan Kesihatan

Last Friday ada buat pemeriksaan kesihatan kat Carrefour Subang Jaya. Dikendalikan oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia dengan bayaran minima RM 5 je. Lepas solat jumaat, aku terus berlari ke Carrefour sebab pemeriksaan ni sampai jam 3 ptg je.

So, resultnye...

Indeks Jisim tubuh : 25.8
Tinggi                    : 1.71m
Berat                    : 75.5 kg

#dalam kelas pra kegemukan! deym!! so, aku dinasihatkan untuk dptkan berat badan antara 55- 66kg. boleh ke?? i'll try!

Urinalisis
Glukos        : Negative
Protein        : Negative
Darah         : Negative

#everything under control...sihat la. hehe

Glukos darah : 4.6 mmol/L

#kemungkinan diaetes adalah rendah...amin.

Kolestrol total darah : 5.92mmol/L

#dalam kelas sempadan risiko tinggi (5.17 - 6.19). kolestrol aku tinggi....dinasihatkan kurang mkn fast food, berminyak & banyakkan bersenam....ermmmm


Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan
Jadikan amalan puasa di bulan Ramadhan ini sebagai IBADAT, bukan ADAT.

Sunday, June 19, 2011

Terima kasih abah


selamat hari abah! especially to my dad Mr Mohamad B. Salam. kami adik beradik panggil abah. bulan satu thn ni dah pencen. thn ni 58 tahun. actually abah ni mmg garang....tp ms kami kecil2 dulu la. tp skrg ni dah kurang, myb sbb anak2 dah besar. tp kalau dia marah skrg, dia akan senyap je. so, paham2 la.

tp kami adik beradik lelaki mmg kurang rapat dgn abah. maksudnya mcm kurang mesra. kalau di tanya sepatah, sepatah je la jawab. dunno why? tp mmg kalau tgk anak2 lelaki mmg kurang rapat dgn ayah, sebaliknya lebih senang berkongsi apa2 dgn ibu. betul tak? kalau anak perempuan baru blh masuk dgn ayah. mmg hukum alam kot. ada sapa2 penah buat research ttg perkara ni?

bagi aku sejujurnya tak pernah nak peluk or cium pipi abah. ntah la, maybe perkara tu nampak janggal. sbb tu tak pernah buat. sampai satu tahap tu aku pernah terpikir kenapa susah sngt kita nak tunjukkan kasih sayang terhadap seorang bapa? so, raya thn lepas aku berani kan utk peluk abah ms sesi bersalaman di pagi raya. for sure satu perasaan yg puas lps tu. pastu semua ikut peluk, sampai kan abah cium pipi cucunye ms bersalaman. kenapa aku buat mcm tu? sbb aku rasa sementara abah masih ada kat dunia ni....aku kena ambil kesempatan ni. aku tak mau menyesal nnti terutamanya bile abah dah takde. omg!!! i'm touching right now.....huhu.

sepanjang hidup ni mmg bnyk yg abah buat utk aku dan sangat hargainya. sampaikan nak buat cermin mata pun abah yang bawakkan. dia la yg deal dgn tauke kedai. aku cuma angguk je. sampai kan sampai ke hari ini aku tak tau berapa power cermin mata aku! hahha.

sama gak utk kereta. dia la yg pi show room, dia yg pilih itu ini, dia yg keluarkan down payment (pastu byr blk la), dia la yg ambik kete. sume abah yg buat. aku cuma sign perjanjian je. seingat aku, hanya sekali je aku sendiri yg pi hantar servis kete. tu pun ms dok penang ni. selama ini abah yg pi. tp FYI, bukan aku yg suruh...abah dgn sendirinya yg bantu nak buat. sbb tu sampai skrg aku tak tau nak check kereta.

kdg2 tu bile blk Puchong then nak blk Penang blk, abah akan tanya ada duit tak? siap nak bg duit belanja. haha. nasib baik la aku ni anak yg baik tak mau nyusahkan mak bpk. hehe. bile abah dtg Penang plak, asal rumput dah tinggi....dia la yg dok pagi2 dah mencabut rumput sampai bersih halaman rumah ni. ni pun aku tak suruh pun, tp abah dgn rela hati. dah larang pun ttp nak buat jugak.

anyway, terima kasih abah sbb membesarkan aku, memberi didikan yang secukupnya. mungkin aku tak mampu nak membalas jasa abah selama ini. semoga abah dirahmati dan bahagia di dunia dan akhirat nnti. amin.

p/s; nenek kat melaka tak sihat sejak kebelakangan ni. aritu mak call bg tau abah kat kampung dok jaga nenek. semoga nenek cepat sembuh.

Monday, May 9, 2011

Walimatulurus







bukan aku punye walimatulurus...huhu. ni sume dari kawan2. setakat ni dah terima 5 jemputan kawin. musin mengawan ke skrg ni? hehe. lupa plak ek....musim cuti sekolah, tu yg sume dok nak buat kenduri kawin.



yg ni majlis kawin ex classmate ms kat Sg. Bert, Klang dulu... Zaidi. majlis pd 28 mei 2011 kat Telok Gadong, Klang. congrats Eddy!!




yg ni juga dari ex classmate ms kat Sg. Bert, Klang. Majlis kawin pd 22 May 2011 kat seksyen 18 Shah Alam. tahniah Mai!!


yg ni pun dari ex classmate ms kat Sg. Bert, Klang. Majlis pd 5 Jun 2011 kat Kg. Tengah, Puchong. congrats atok!!



yg ni plak kad kawin Fathi, ex classmate masa kat KUIS dulu. dah kawin ko....majlis pd 21 May 2011 kat Ampang, Selangor. tahniah bro!!



yg ni plak si Eina, classmate UUM (PLK). majlis pd 4 Jun 2011 kat Sg Siput, Perak. tahniah gak makcik!!


ramai kawan2 yg dah kawin....nasib la aku ni muda lg. hehe. pastu plak, bdk opis pun ade yg kawin pd 5 Jun 2011 kat Penang. Anak CC kat opis tu pun kawin gak pd ari yg sama. penuh jadual kalau mcm ni gayanya....haha.

tp kan.....sume undangan aku tak dapat hadir. huhu. rindu nak jumpa kwn2 lama. tapi apa kan daya, aku ade induksi dari 20 Mei - 3 Jun 2011 kat Terengganu. blh pegi kenduri bdk opis je kot. insyallah kalau tak penat. hehe.

anyway, nak ambik kesempatan nak ucapkan selamat pengantin baharu buat teman2 sekalian, semoga kekal ke akhir hayat. amin...

Sunday, April 24, 2011

Selamat hari minggu!

dah lama rasanya tak mencoret apa2 di lembaran blog ini....cewah!! poyo! ari minggu yg damai arini saya rajin2 kan diri utk bekerja. gitu kan! last week pun saturday & sunday aku keje. ada je program2 merepek. tp ok je kan....aku tak kisah punye kena keje ari minggu. yg penting dpt cuti gantian! kalau takde cuti gantian ni, tak kuasanya aku nak keje. baik tidur sampai matahari mencanak atas kepala!! so kenalah rajin2 kan...sampai pi habaq satu opis, sapa2 yg tak leh keje ari sabtu & ahad.....pass saje pd saya! haha...so, bnyk la yg booking aku! cit! tp kalau aku nak kuar dating...sorry la ye kengkawan (percaya je la...;p)

last week ms event kat tapak ekspo seberang jaya, jab. kesihatan pun ade join sama. so, apa lagi kan... menyibukkan la diri menghadap misi2 utk pemeriksaan kesihatan. sakit gile masa ambik darah....huhu. nasib baik tak pitam! hahaha. dan hasilnya.....



nmpk tak? tentunya tak nmpk kan...sbb kabur. harap maaf la. ni aku kasi tulis..

Berat : 74 kg
Tinggi : 172 cm
BMI : 25.1
Tekanan darah/BP: 120 /70
Darah/RBS : 7.4

ms dpt result....OMG!!!!!!!! buat2 terkejut la. huhu. sebenarnye dah tau pun. terutama tang berat tu. tak leh nak buat apa dah...penat berdiet (tipu je), tp mcm tu jugak hasilnya. puan misi suruh turunkan berat badan. sbb BMI ideal ialah 18-25. so, BMI aku lebih 0.1!! siul je. yg lain ok. darah pun ok sbb kurang dari 12. tak tau la mcm mn lg nak turunkan berat badan ni...walaupun keje yg stress, tp mkn ttp berselera! tu la padahnye duduk kat penang ni....menci!!

note: bos, saya nak mintak transfer!!!

matila kan...baru 6 bulan ko transfer nak transfer lg! tak pasal2 kena buang je jang. hahaa. ok. tok sah citer pasal keje.....nyampah!!

baik citer pasal justin bieber...hehe. aku teringin benor nak tgk wayang citer Never Say Never. haha...cam sial je kan. sapa nak teman kan aku???? sila tinggal msg ek. sy belanja pop corn nnti.

ok...ni citer siang td. ada la sumber2 ni citer pasal satu kes orang gaji. identiti negara asal pembantu rumah tu terpaksa dirahsiakan. haha. ok serius! begini kisahnye.......

aku lakon semula la ek. pada suatu hari.....

Madam : Kris Dayante (bkn nama sebenar) , bikin apa kamu?
Kris Dayante: ada dirumah ibu bersama anak2, sebentar lagi mau masak.
Madam : mau masak apa kamu?
Kris Dayante: masak daging bu...
Madam : ok, bye.

begitu la perbualan pembantu rumah dan madam besar. selepas meletak ganggang telefon, madam terasa pelik kerana selama ini Kris Dayante tidak pernah masak dan bila pula madam mahupun tuan besar ada beli daging. sngt musykil madam........lantas menelefon tuan besar dipejabatnya. setelah diceritakan tentang kegundahan hatinya, tuan besar mengambil keputusan utk pulang ke rumah dlm keadaan segera....

korang pikir apa? cecite...cecite...

sesudah sampai nya tuan besar di rumah, alangkah terkejutnya tuan besar apabila daging yg hendak dimasak oleh pembantu rumahnya adalah anak kecilnya!! nauzubillah.... anak kecil itu sudah dilumurkan dengan rempah ratus, garam, kunyit dan telah bersedia utk digrill...

omg... aku yg dok dgr cite ni, terlopong abis! nasib baik la naluri keibuan dan kepantasan bapa telah menyelamatkan anak kecil. kalau tidak...jd hidangan lunch sekeluarga la gamaknya.

setelah disiasat rupenya si pembantu rumah ni kurang waras! seram gile.... ni kisah benar ok! bkn rekaan, tak caya sudah!

ok, nak pi bersenam sat. bye!!

Sunday, January 23, 2011

Matlamat Hidup

tetiba plak dok terpikiq pasal matlamat hidup ni. yg penting untuk duniawi dan ukhrawi. umur pun makin lama makin lanjut, bukan makin muda!! so kena la beringat dari sekarang. hari ini mungkin kite senang, esok lusa siapa yg tahu. tu sume kuasa Tuhan. so, dlm beberapa saat td, aku dah set beberapa matlamat sebelum ...................................(isi tempat kosong).

1) nak habis kan study ni sebelum umur 30 tahun. dah feed up dgn study ni. ntahlah , malas gamaknya. so, mmg kena lupa kan hasrat nak ambik master sbb aku rs aku ni bkn ahli akademik. kesimpulannya, tak nak buang masa, tenaga & wang ringgit. tp kalau ada rezeki, jgn ditolak. hehe.

2) nak ada rumah sendiri sebelum 32 tahun. berapa la gamaknya harga rumah pada 2016 ek? agak2 rumah teres 3 bilik pun dah sampai juta2 kot. kalau la lagu tu...menjelang 2020 akan lahirlah pengemis2 di Malaysia, itu pun kalau rate gaji masih ditakuk lama!! harga barang & perkhidmatan mmg sah2 akan melambung2 dari tahun ke tahun. hidup BN!

3) ni pengakuan jujur....kalau boleh nak kahwin sebelum umur 35 tahun. hehe. (sila jgn ketawa @ terkejut @ suka @ duka @ benci). aku rs tu ms plg ideal kot. blh bajet anak pun dpt sepasang je. kawin muda2 susah sikit, sbb family aku ni jenis subur...takut kalau anak berderet2. bkn apa, sian plak kalau kita tak mampu nak bg makan. tapi kalau sampai 35 thn, xde jodoh gak....hidup membujang la. mls nak pikiq lg.

4) nak tunaikan haji di mekah sebelum umur 4o tahun. aku rs dah bersedia kot pada umur itu. kalau boleh tak mau dah bongkok tiga br nak pi buat haji. takut tak larat sbb dah uzur sngt.

5) aku nak bekerja sampai umur 55 tahun sahaja! tak mau smbg sampai 56 or 58 or 60. dr penelitian yg aku buat, org2 yg umur lbh 55 thn ni mmg dah xde mood nak keje, buat keje pun dah tak ikhlas, bnyk curi tulang je. better bersara dari kena kutuk ngan teman sepejabat. kalau blh aku nak libatkan diri dgn kerja2 amal lps pencen. insyallah.

6) nak aim mati bile blh x? huhu... just kidding!!

tu je kot maklamat aku utk duniawi dan ukhrawi....semoga termakbul dan tercapai. Amin.

Saturday, January 22, 2011

Oh Jiran!

sy bangun awal arini.....disebabkan oleh jiran sebelah yang memekak + bingit + sakai + bengong + whatever. ingat hari sabtu ni blh la beradu diatas katil yg empuk lama sikit, tp hampeh! masalah ni mmg dah kritikal! aku sampai dok pikir nak cr rumah baru, tp pikir2 blk.....mcm bnyk plak halnye nnti. nak sewa lori lg, nak kemas umah tu, mcm2 la. so, lupakan lah hasrat suci murni itu. duduk je la rumah ni. aku rs duduk setinggan lg aman.

actually depa br pindah sebulan lebih. mcm family zoo, ada gajah, harimau, singa, beruang n tenuk! seawal subuh smpai la gelap gelita....memekak je. ckp mmg tak guna volume rendah.....alwayz high pitch! kalau blh satu kawasan perumahan ni nak dgr "nyanyian" merdu depa tu! tension aku!!

dari anak laki, anak pompuan, mak, bapak.........sama je! yg anak laki dok merengek 24 jam + hempas2 pintu & grill, kakak nya dok jerit2, mak nye lagi la......suara kalah ziana zain! nyaring smpai blh telinga bikin pekak, bapaknye plak kalau dah start membebel, nauzubillah. nak je aku letupkan rumah depa!!

ingat nak je sound direct, tp pikir2 blk, org2 mcm ni bukan makan saman pun kan.. lg pun kalau ikut ajaran Islam, tak baik sakiti hati jiran....tak bau syurga nanti. tapi kan kalau jiran yg tak respect jiran lain mcm mana???

mals dah nak pikiq @ ambik tau....lantak depa la. jgn sampai pekak sudah...


nota: ni muka tension sbb kena bangun seawal pagi!! tension tak??? huhu

Monday, October 25, 2010

Selamat Hari Lahir Mak!!



dikesempatan yang ada ini, aku nak wish heppi besday to my mom yg ke 53 tahun (25 October 1957). dah besaq dah!!! hehehe. semoga mak dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.... Amin Ya Rabbal Alamin.


p/s: sejak dua menjak sehingga la akan datang, kesibukan melampau akan melanda. fail dah mula menimbun2 atas meja, dengan kes itu, kes ini, program sana, program sini. sampai kan weekend pun kena keje gak. mmg tension kepala otak ni. tu la kan..elok2 duduk opis kecik, nak mintak transfer. merasa la aku!! ni bulan depan nak final exam dah....buku dok selak2 je....tak sempat nak beramah mesra lg. ntah la.....biul gak otak ni. dgn keje biasa lg...belum tambah keje2 bodoh lg. argghhhhh!!!! redha je la.

Monday, October 11, 2010

Welcome to Kepala Batas, Penang


sudah terlewat utk ucapan selamat dtg....huhu. so, dah seminggu bermastautin di Kepala Batas, Penang. buat ms ni, everything under control. pekan kepala batas ni pun lebih advance la dr Serian. ohhh...rindu plak sama Serian!!! kat sini bnyk yg nak membangun...ye la ms Pak Lah berkuasa dulu, kira mcm2 projek la kat sini. tp bile Pak Lah dah berundur, mcm tak semangat la Kepala Batas ni. Projek pun ade yg mcm hampeh je.

diri ni sudah lama tidak online disebabkan masalah teknikal yg berlaku. so, blk Puchong aritu, pi dptkan Limited Edition Prepaid Internet by DiGi. harga RM 25 sekali dgn internet access utk 5 hari, dah abis nnti top up je lg. akaun lama yg guna bil dah tutup..sbb mcm hampeh!! menindas pengguna. ni pun terpaksa gak ambik sbb terpaksa, dr mati kebosanan kat umah ni sorang2.

keje pun so far ok, walaupun saat2 meja menimbun belum hadir lagi...tunggu je nnti. opis kali ni meriah. hampir 30+ manusia dgn berbagai kerenah. tp yg pasti nnti, mesti hebat gosip2 nye. hehe.

rumah pun mcm ok la...walaupun tak best sngt. tp ok la, asalkan boleh duduk berteduh. dengan sewa RM 250 sebulan. rumah kos rendah, dgn 3 bilik. malas nak sewa ngan org, takut kalau dpt teman serumah yg mcm cilaka! dengan pengotor nye....geli la. baik duduk sorang je. aman dan tenteram je. cuma busan la... tp alah bisa tegal biasa. kalau kat srwk boleh plak hidup. ni kan kat penang.

jumaat lps blk puchong sbb ade kelas. mlm smlm balik Penang balik. lps kelas, blk Puchong dulu...agak2 lps maghrib ingat nak tolak balik. alih2 mak aku tak bg balik sorang2. huhuhu. dia mmg tak caya aku drive sorang2. alasan nye sbb letih br abis kelas. dpt plak ptg tu kelas managerial math, mmg pecah kepala otak ni. kesudahannye, adik aku jd mangsa kena follow merangkap driver pd mlm smlm. sepanjang perjalanan aku mmg mengantuk gile, tersenguk2....ingat tak nak terlelap. kejap lelap, kejap sedar. aku takut nak tidur...huhu. ni ade hati nak drive blk penang sorang2??? kirim salam...alamatnye mmg menyelinap bwh lori balak la gamaknye!! nasib la mak aku tak bg drive blk sorang2 smlm. so, slmt smpai dlm jam 1 pagi. agak2 dlm 3 jam setengah kot adik aku bawak. kami tolak dr Puchong pun dlm 9 lebih. nasib baik selamat smpai, jejak je kat tol Bertam, terus calling2 mak...hehe. kalau tak bg tau, mmg tak sng hati bonda ku itu. tu pun dlm jam 12 , 3 kali dia cube call...tp sbb xde line. masuk msg je.

ok la..dah ngantuk ni. penat smlm tak abis lagi. bye2..




Thursday, September 23, 2010

Buaya??


focus pd papan tanda itu!! gambar ini merupakan tasik a.k.a tempat rekreasi di serian. tak silap aku, papan tanda tu baru pasang last month. korang nampak tak binatang apa tu?? buaya ok!! aku tak sure la mmg wujud ke tak buaya kat tasik ni. tp kalau tak wujud manakan depa dok pasang papan tanda AMARAN ni.... tak gitu??

tp org2 serian ni mmg hebat, tasik ada buaya pun selamba je. ada korang nmpk benteng kat tasik tu? nan ado..... sekali buaya tu menyelinap, sekali ngap je. tak dapat nya ko nak lari kemana.

siap ada bangku lg disediakan tepi tasik tu, sapa yg berniat nak merendek kat tepi tasik ni.....lupakanlah hasrat korang tu. tak pasal2 jd arwah nnti.

tapi, buat masa ni takde kes org kena baham buaya lagi kat tasik tu......hehe.

aritu ade buat inspection kat kebun durian.....sngt cantik pemandangannya...;p







tapi tak berbuah lg.....tauke tu kata cuaca tak menentu sekarang ni. tu yg lambat sikit tahun ni. selalu dlm bulan 10 or 11 dah musim durian kat sini. tak merasa aku durian serian sebelum berambus nnti. huhuhu....






Thursday, September 16, 2010

Hari Raya!!


salam semua.........dah masuk raya ke 8 dah. kejap je masa berlalu....hehe. raya thn ni mcm biasa la. pulang ke kampung halaman di Jasin, Melaka. nasib baik kampung mak & abah sama kampung, cuma lain jalan je. tak yah gaduh2 nak balik raya mana.... aku ngan 3 org adik blk kmpung sehari sebelum raya. pagi tu sempat singgah jln tunku abdul rahman, nak cr baju melayu...disebabkan malas2 nak rayau2, terus pi Jakel je cr baju. rempat je baju melayu color merah...pastu terus balik kampung. jalan pun tak jam sngt aritu, dlm satu jam dah sampai tol air keroh.

thn ni tak tolong masak apa2 pun, sbb sampai ptg tu sume dah siap masak kecuali ketupat. thn ni masak rendang itik, kari daging, kuah lodeh, kuah kacang, etc. lps solat jumaat, kami pi raya ke Palong & Bukit Jalor yg terletak di N9. dan kesudahannya di raya pertama....majoriti mengalami cirit birit, myb dah mcm2 makanan yg disumbat.....perut aku dah masuk raya ke 3 br ok....minum bnyk Yakult or Vitagen.



lps blk puchong, rayau2 la umah sedara & jiran2 lama.....selebihnya menghadap TV. walaupun eosk ngan sabtu ni ada mid term exam....langsung tak menghadap buku!! ntah setan mn yg rasuk ni pun aku tak tau, mls gile nak study....ni pun buku dah bersepah atas katil, tp hampeh nak bukak....kenapa????

oh ye....ari senin aritu, bdk opis aku call bg tau, surat pertukaran dah sampai. so, secara rasmi nye....saya akan meninggalkan bumi kenyalang..yahoooooo!!!

ok...memandangkan jam hampir jam 12 tgh mlm, aku akan cube bukak buku ni....atau melelapkan mata. huhu....




Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


ni nak buat ucapan raya awal2....takut tak sempat nanti. insyallah pd 8 hb (rabu) aku akan pulang ke kampung halaman. flight nnti jam 6.30 pm...merasa la berbuka di awan biru. korang ado? walaupun ada mulot2 yg mengatakan raya hari khamis....huhu. harap2 raya hari jumaat gak. aku tak nak mcm thn lepas blk di mlm raya....seksa batinku. huhu.

anyway, di hari yg mulia lagi berbahagia ini....aku nak memohon sejuta kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. andai ada tersilap kata, terkasar bahasa, terkutuk, terngumpat, termaki, terkecik hati, termakan, terminum, tersepak, dan sume yg ter...... walaupun mulot aku ni kdg2 jahat, tp hati aku baik...hehehe.

yg plg utama, memohon ampun pada Allah dulu...seterusnya buat ayahanda dan bonda tercinta, andai anakanda ada silap dan salah (confirm mmg bnyk kan..). ampun kan la anakanda ini, halal kan segala makan dan minum selama ini. huhuhu... (kalau pg raya mmg dah melalak ni, menci tau!!) tak lupa juga buat kaum famili tersayang.....kak long, abg long, angah, kak ina, cua, amin, ali, dan sanak saudara yg lain tak kira dimana jua anda berada.

juga buat rakan2 yg dikasihi....dari zaman sekolah rendah dulu, SRK (L) Bukit Bintang (1) (1990-1995), SRA Kawasan Melayu, PJ (1991-1995), SAM Hisamuddin, Sg. Berteh, Klang (1996-200), Kolej Universiti Islam Antarabangsa S'gor (KUIS) (2001-2004), UUM (PLK) Kuala Lumpur. juga yg dihormati guru2, dan pensyarah2 sekali...rindu kamu!!

yg dirindui selalu, bekas rakan2 sekerja....semua staff SYABAS PJ. selamat hari raya, maaf zahir batin. nnti aku singgah opis ye!! juga buat rakan2 di JTK Sarawak....mintak maaf banyak2. raya nnti dtg la opis...hehe.

siapa lagi??? ok, buat semua yang mengenali diriku ini (mcm glamour je!!), selamat hari raya ek. raya nnti dtg la umah.

sapa yg nak dtg rumah tu, sila buat appointment ek...takut xde rumah. raya pertama, aku balik melaka. tak tau sampai bile, kena ikut boss besar. 20hb br balik sarawak semula...

so, akhir kata....selamat hari raya, maaf zahir batin. berhati2 di jalan raya, ingatlah org tersayang.







Friday, September 3, 2010

Persiapan raya

aku yakin hangpa semua dah berkobar2 nak raya. mesti dah siap sume persiapan. aku satu pun tak siap lagi. dah tua2 ni dah tak semangat mcm zaman muda belia dulu...huhu. baju melayu pun dah lama tak berganti. aku rasa lebih dari 3 tahun tak penah beli baju raya. mls ok...setakat pakai sekali dua je, mcm tak berbaloi nak beli. siul je kan. selalu aku rembat je baju2 melayu adik2 aku. nasib baik saiz lebih kurang je.

so, thn ni aku nekad (cewahh..) nak beli baju melayu. color merah lagi!! hahaha. itu pun kalau sempat pi beli. ye la...hari terakhir puasa je sempat pi shopping. ingat nak pi jalan masjid india. gamaknya bukak lagi ke kedai Den Wahab tu?? atau agak2 depa sume dah tutup kedai? kalau kedai2 kat masjid india tu dah tutup, nmpknye kena la pi Gulatis ke cr baju melayu. harap2 ada la. lagi satu nak beli songkok. walaupun aku ni tak gemar pakai songkok, nak beli gak thn ni sbb dah bertahun2 tak pernah beli songkok...rasa2 lebih 5 thn kot.

kasut2 sume tak payah....beraya pakai selipar je. bukan org nak tgk pun kalau pi beraya berkasut bagai. t-shirt ngan jeans pun mcm mls nak beli. pakai je la yang ada. tp kalau sempat pi Topshop, nak gak rembat satu @ dua helai t-shirt...hehee.

sempat ke gamaknya nak cr barang2 ni sume sehari sebelum raya? harap2 sempat la... bukannya tak nak pi shopping kat Kuching, tp aku tak berkenan.....mcm tak bnyk pilihan kat sini. tak menarik la sng citer. kat sini cuma beli brg2 makanan je. arini dah kirim member beli barang2 ni:-

ikan terubuk masin. yg ni mak aku dah pesan dr last week. aku pun tak paham dia nak buat apa dgn ikan terubuk masin ni di hari raya yg mulia. gamaknya nak makan ketupat ngan ikan terubuk kot..hahaha. so, aku beli 6 ekor yg sederhana besar je. mls nak beli bnyk2, berat!




aku tak tau org srwk panggil kuih ni nama apa? kalau ikut pic ni kuih cincin. tp yg jual kat pasar satok dlm bungkusan. aku pun tak penah rasa kuih ni. so, aku beli 10 bungkus je...




mak aku pesan last week, tok sah beli kek lapis. tp dia ckp kalau nak beli tak usah bnyk2. bukan best sngt pun...hehe. so, aku beli 5 ketul je. beli bnyk2 nnti takut berkulat. sapa yg pi srwk jgn beli kek lapis yg dijual kat kaki lima kedai, sbb cepat berkulat. myb yg dah nak expired depa jual murah.....pegi je kedai2 kek lapis.




Monday, August 30, 2010

Saya sudah, anda bila lagi?


saya telah membayar zakat fitrah...anda bila lagi? hehehe... br sebentar td keluar sat pi cr amil utk byr zakat fitrah. kat srwk ni murah je..hanya RM 5.20! kalau kat selangor sampai RM 7. mahal giler kan.....sapa yg nak byr kat srwk leh hubungi aku...hahaha. (gurau je..)

so, pada mereka yg masih tak membayar zakat fitrah lagi.....pi la cepat. jgn dok tunggu lama2. mcm susah benor nak pi byr zakat tu, kalau pi bazaar ramadhan tiap2 ari tak kisah pun, sanggup meredah hujan dan panas terik. huhu.

kadang2 tu aku pelik bile ade jenis manusia yg sebelum solat sunat aidilfitri baru la terkedek2 nak jumpa amil byr zakat.....mcm buzy gile sepanjang 30 ari ramadhan tu kan. sbb apa? sbb ambik remeh benda2 gini.

rasa2 ada ke org yg tak byr zakat fitrah? nauzubillah.... jgn la kedekut sngt, harta kalau menggunung tinggi pun, tp takde "penyucian", tak guna gak....so, ayuh menunaikan kewajipan anda!!

"1 Malaysia, 1 Zakat Fitrah"

p/s; pesanan masyarakat ini dibawakan oleh Aku!!





Tuesday, August 24, 2010

Kad Raya Pertama!!!

arini dapat kad raya yang pertama....

korang ado????





p/s; terima kasih bank rakyat.....hahahaha.







Monday, July 26, 2010

PC baharu!!


arini dpt PC baharu....yeyeye. merasa la dpt guna PC baharu tuk beberapa bulan ni. PC lama tu mcm dah blh lupus...lembab gilak!! so happy la dpt PC baharu ni.

Tuesday, July 20, 2010

Trailer VCD Travelog Haji





aku ada jumpa trailer VCD Travelog Haji, VCD ni di datangkan bersama buku tersebut....

Coming Soon......

butterWORTH


SEE U SOON................ ;)



ada apa dengan butterworth??

tungguuuu...............



nasib baik ada ktm kat butterworth, tiap2 minggu aku blh balik Puchong...hehhee.


p/s; sedih plak nak tinggalkan Serian, bnyk memori tercipta di sini...huhuhu.

Friday, July 16, 2010

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman


saya sedang mencari buku ini!!! sesiapa yg ada jumpa boleh belikan dulu...nanti saya bayarkan!! plzzz..............


actually mcm ni, masa kursus kat ILP Kota Samarahan aritu, aku ada bc satu buku Travelog Iman.......(x ingat tajuk yg blkg tu..huhu). so, buku ni kesinambungan dari Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. sepanjang 4 hari tu, ari sempat baca dlm 50% je buku tu....x sempat nak abiskan. so aku dah niat nak cari buku2 tu masa balik semenanjung nnti.

Pi Ikano & The Curve last week, masuk la MPH ngan Borders nak cari buku tu. hampeh sngt....tak jumpa pun. masa kat MPH, aku refer kat org yg jaga tu...dia semak sisitem dia, masih ada 5 buah buku Travelog Iman... tapi bila cari kat rak2 buku...nan ado!!! penat ok aku ngan tambi tu cari...sampai teleng2 kepala aku mencari. alih2 tambi tu hilang...myb dia cr kat stor kot...pastu tak muncul2. sapa la maling yang ambik buku2 tu....org2 MPH pun satu, tak kira stok ke?? hampeh. pastu pi Borders plak.... semak sistem, takde kat tangan plak....sngt sedih ok. kalau nak cr kat bumi kenyalang ni lagi la susah....huhu.

buku tu berkisar pengalaman Prof. Muhd Kamil....sngt sng utk difahami dan dihayati. u ols kena try baca buku tu....hehe.

kat mana la aku nak cari buku tu??? aku dgr dia ada keluarkan buku Travelog Dakwah plak......


info:

arini dgr khutbah jumaat, pak khatib ckp Yahudi ni menggunakan "5F" untuk menjatuhkan Islam iaitu Film, Fashion, Family, Fun & Food. Renung2 kan...


p/s: sok kamek ada program kat Kem PLKN, malas betul nak pegi.....x suka!!