Monday, October 25, 2010

Selamat Hari Lahir Mak!!



dikesempatan yang ada ini, aku nak wish heppi besday to my mom yg ke 53 tahun (25 October 1957). dah besaq dah!!! hehehe. semoga mak dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.... Amin Ya Rabbal Alamin.


p/s: sejak dua menjak sehingga la akan datang, kesibukan melampau akan melanda. fail dah mula menimbun2 atas meja, dengan kes itu, kes ini, program sana, program sini. sampai kan weekend pun kena keje gak. mmg tension kepala otak ni. tu la kan..elok2 duduk opis kecik, nak mintak transfer. merasa la aku!! ni bulan depan nak final exam dah....buku dok selak2 je....tak sempat nak beramah mesra lg. ntah la.....biul gak otak ni. dgn keje biasa lg...belum tambah keje2 bodoh lg. argghhhhh!!!! redha je la.

Monday, October 11, 2010

Welcome to Kepala Batas, Penang


sudah terlewat utk ucapan selamat dtg....huhu. so, dah seminggu bermastautin di Kepala Batas, Penang. buat ms ni, everything under control. pekan kepala batas ni pun lebih advance la dr Serian. ohhh...rindu plak sama Serian!!! kat sini bnyk yg nak membangun...ye la ms Pak Lah berkuasa dulu, kira mcm2 projek la kat sini. tp bile Pak Lah dah berundur, mcm tak semangat la Kepala Batas ni. Projek pun ade yg mcm hampeh je.

diri ni sudah lama tidak online disebabkan masalah teknikal yg berlaku. so, blk Puchong aritu, pi dptkan Limited Edition Prepaid Internet by DiGi. harga RM 25 sekali dgn internet access utk 5 hari, dah abis nnti top up je lg. akaun lama yg guna bil dah tutup..sbb mcm hampeh!! menindas pengguna. ni pun terpaksa gak ambik sbb terpaksa, dr mati kebosanan kat umah ni sorang2.

keje pun so far ok, walaupun saat2 meja menimbun belum hadir lagi...tunggu je nnti. opis kali ni meriah. hampir 30+ manusia dgn berbagai kerenah. tp yg pasti nnti, mesti hebat gosip2 nye. hehe.

rumah pun mcm ok la...walaupun tak best sngt. tp ok la, asalkan boleh duduk berteduh. dengan sewa RM 250 sebulan. rumah kos rendah, dgn 3 bilik. malas nak sewa ngan org, takut kalau dpt teman serumah yg mcm cilaka! dengan pengotor nye....geli la. baik duduk sorang je. aman dan tenteram je. cuma busan la... tp alah bisa tegal biasa. kalau kat srwk boleh plak hidup. ni kan kat penang.

jumaat lps blk puchong sbb ade kelas. mlm smlm balik Penang balik. lps kelas, blk Puchong dulu...agak2 lps maghrib ingat nak tolak balik. alih2 mak aku tak bg balik sorang2. huhuhu. dia mmg tak caya aku drive sorang2. alasan nye sbb letih br abis kelas. dpt plak ptg tu kelas managerial math, mmg pecah kepala otak ni. kesudahannye, adik aku jd mangsa kena follow merangkap driver pd mlm smlm. sepanjang perjalanan aku mmg mengantuk gile, tersenguk2....ingat tak nak terlelap. kejap lelap, kejap sedar. aku takut nak tidur...huhu. ni ade hati nak drive blk penang sorang2??? kirim salam...alamatnye mmg menyelinap bwh lori balak la gamaknye!! nasib la mak aku tak bg drive blk sorang2 smlm. so, slmt smpai dlm jam 1 pagi. agak2 dlm 3 jam setengah kot adik aku bawak. kami tolak dr Puchong pun dlm 9 lebih. nasib baik selamat smpai, jejak je kat tol Bertam, terus calling2 mak...hehe. kalau tak bg tau, mmg tak sng hati bonda ku itu. tu pun dlm jam 12 , 3 kali dia cube call...tp sbb xde line. masuk msg je.

ok la..dah ngantuk ni. penat smlm tak abis lagi. bye2..




Sunday, September 26, 2010

Menghitung hari.



yeah....4 hari lagi aku nak meninggalkan bumi kenyalang ini. mcm2 perasaan ada....gembira, suka, duka, pilu, mcm2 la. setelah bermastautin disini untuk 1 tahun 1 bulan, mcm2 benda yg aku belajar kat sini. yg paling pedih sekali bila berjauhan dengan famili (mmg poyo!!), sdgkan tiap2 bulan balik...hehehe.

anyway, bila first time aku dpt surat tawaran.....bila buka surat tu sbb nak tau posting kat mn. tgk2 Serian, Sarawak. omg!!! terkejut beruk kan....ni sume pasal mulut aku yg celupar sbb gurau2 ngan mak aku, mintak dpt posting kat Sarawak or Sabah. ambik ko!!! sejujurnya aku mmg tak tau Serian tu kat bhgn mn di sarawak ni. setakat kuching, miri, sibu..tu aku tau la. tp sumpah aku tak penah dgr nama Serian sebelum ni. dlm otak dah dok terbayang yg Serian ni kat hulu pedalaman....kena naik rakit (hahaha). ada lg ke org naik rakit?? suka hati je aku ni..zaman dah moden kan...of course la naik bot. paling cikai pun naik sampan.

esok nye tu, terus pi kedai buku popular semata2 nak cari map sarawak. punye la semangat. balik umah aku tebar map tu, alih2 tak jumpa pun Serian!! berdebar ok... setiap sudut map sarawak tu aku tinjau...last2 jumpa la serian, sebesar zarah je kedudukannya....huhu. lagi lah bertambah seram aku.

tapi aku kuatkan semangat gak nak pegi. ms tu tak terpikir nak buat rayuan ke kat kementerian. sbb aku tak depa cop aku mengada2! aku nekad je pi. so, on 31 july 2009....aku ngan mak bapak aku bertolak ke sarawak. of course parents aku mmg akan ikut. nak pi penang next week pun depa ikut. even aku pi london pun depa nak ikut hantar sekali kot...hehe. finally bile jejak kat bumi kenyalang ni...biasa2 je perasaan tu. rupe2 nya, serian ngan kuching, jarak perjalanan 1 jam je. lega ko!!! ok la tu kan, walau pun bandar koboi je. at least boleh la hidup....



so, aku nak coretkan serba sikit kehidupan kat bumi Serian ni...

  1. takde kesesakan lalu lintas....aman la dr bingit2 kenderaan. tenteram je rasa nye. kdg2 bile aku blk puchong & drive pi kelas...dgn jam nye, tension giler!! tu la keistimewaan serian.
  2. kat serian ni aku boleh hidup tanpa brg2 elekrik yg amat penting seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk.....sempoi tak?? lama- kelamaan dah terbiasa. tiap2 hari hadap siling ngan dinding je. hahaha..
  3. pi salon gunting rambut pun baru rm 6 sahaja. service 1st class!! lps gunting siap cuci ngn syampoo biasa lagi. kat KL ade?? of course takde.... so, ptg td aku pi gunting rambut lg utk kali terakhir, walaupun rambut aku taklah pjg mn...hehehe.
  4. kedai2 kat sini, normally jam 6 dah tutup. so, malam mmg totally gelap gelita. no life!! tp tak tau la aku xtvt org2 serian ni mlm2. aku tak penah intai...
  5. satu2nya restoran fast food yg ada kat sini ialah KFC. so, mmg seminggu sekali kena pegi. janji mesti pekena tiap2 minggu. nak cr MCD mmg xdo. tp serius....ayam original kat sini sngt tak sedap mcm kat tmpt lain.


dan macam2 lagi la...kalau korang nak rasa hidup kat serian ni, amatlah dialu- alukan.






Friday, September 24, 2010

Nurhayati Taib


anda kenal makcik ini? atau lebih dikenali dgn nama makcik karaoke, makcik merrry, makcik petir, etc. she's rock!!! aku suke gile ngan makcik ni.....diva gile!!

so, dr smlm aku dok abiskan tgk drama Syurgamu Ramadhan. bulan pose aritu tak berkesempatan nak menonton. dr smlm dok hadap youtube tgk cite tu smpai abis.....kelakar betul makcik merry ni. tp kan...series dia tak sesuai pegang watak datin2 ni. mcm janggal....hehe. tp dia ttp kelakar.... bile part skrip dia.....meletop!! dgn suara dia yg mcm petir....hahaha.

tp kan, dia ni selalu berlakon drama2 radius one, yg pasti dibwh arahan shahrulezad tu. mcm sinderella, tari tirana, dottie, etc. makcik merry ni demand ke? atau dia ade kontrak dgn radius one je?? confius tau......

anyway...i luv u makcik merry!!! sngt best.. teringin gak nak tgk makcik merry pegang watak mak ayam. hahaha...pasti box office!!



ni part yg plg aku suke dlm drama syurgamu ramadan. tp series aku nak gelak, walaupun dia tgh marah...hehehe..




Rumah Oh Rumah!!

pergghh!!! susah betul nak cr umah sewa kat kepala batas ni. setakat minggu ni ade 5 info pasal umah sewa. call 2, dah ade org sewa. email 1, dah ade org sewa gak. ni tinggal 2 lagi, dua-dua tu akan bg latest info by ptg ni. hopefully dpt la umah sewa by this week. mls nak pening2 kan kepala. so, next week pikir nak pack barang je.....

plz la tuan umah di area jln bertam, kepala batas.....tlg sewakan umah anda!! saya akan menjaga dengan baik. sy juga seorang pembersih dan membayar sewa tepat pada masanya. bil2 juga akan dibyr sebelum due date. saya janji!!!

kan.....letih nak cr2 umah ni. hampir sume org dok tlg carikan......tq so much!!! harap2 minggu ni ade la berita baik.

td ada dok google opis baru....hehe.

jeng....jeng...jeng....


tq tuan punye blog..lupe nama.



Thursday, September 23, 2010

Buaya??


focus pd papan tanda itu!! gambar ini merupakan tasik a.k.a tempat rekreasi di serian. tak silap aku, papan tanda tu baru pasang last month. korang nampak tak binatang apa tu?? buaya ok!! aku tak sure la mmg wujud ke tak buaya kat tasik ni. tp kalau tak wujud manakan depa dok pasang papan tanda AMARAN ni.... tak gitu??

tp org2 serian ni mmg hebat, tasik ada buaya pun selamba je. ada korang nmpk benteng kat tasik tu? nan ado..... sekali buaya tu menyelinap, sekali ngap je. tak dapat nya ko nak lari kemana.

siap ada bangku lg disediakan tepi tasik tu, sapa yg berniat nak merendek kat tepi tasik ni.....lupakanlah hasrat korang tu. tak pasal2 jd arwah nnti.

tapi, buat masa ni takde kes org kena baham buaya lagi kat tasik tu......hehe.

aritu ade buat inspection kat kebun durian.....sngt cantik pemandangannya...;p







tapi tak berbuah lg.....tauke tu kata cuaca tak menentu sekarang ni. tu yg lambat sikit tahun ni. selalu dlm bulan 10 or 11 dah musim durian kat sini. tak merasa aku durian serian sebelum berambus nnti. huhuhu....






The Amazing Race Asia 4



yeahh.....TARA kembali lagi. smlm aku dah tgk first episode TARA 4 kat web axn-asia. superbbbbb, tak silap aku mlm ni start ditayangkan kat axn.....kali ni race bermula kat malaysia. and of course team malaysia mng utk first episode ni. maklumlah tuan rumah....setakat area batu caves ngan georgetown je.

musim 4 ni, malaysia dgn 2 team...Ethan & Hairie (friend) dan Ivan & Hilda (married). tp aku sokong Ethan & Hairie, sbb depa ada harapan nak mng. menurut observation aku, sejak musim pertama hingga ketiga TARA, sume yg menang mesti FRIEND. tak pernah plak yg ada hubungan kekeluargaan or kekasih or laki bini yg menang. myb sbb bile ade hubungan2 mcm tu mereka sngt EMOSIONAL. betul tak?? time race tu la nak gaduh2, nak merajuk2..... baik tak yah race. so, itulah punca kekalahan mereka.



tema malaysia barisan atas, plg hujung ke kanan (Ivan & Hilda), dan barisan bawah, yg first (Ethan & Hairie).

so, berharap sngt tema malaysia akan mengembalikan kegemilangan juara musim pertama, Zoe & Zabrina. beat the Indonesian!!! hahaha.