Wednesday, April 21, 2010

L.U.L.U.S


arini result peperiksaan perkhidmatan yg aku duduki 3 & 4/12/2009 dah kuar.........dan saya

LULUS

tq pd pemeriksa yg kasi lulus dan dgn izin dr Nya...

Monday, March 22, 2010

Wassup!!




dah lama tak jenguk benda alah ni....so busy...(ye ke??). last thursday aku blk semenanjung. sbb apa? ada kelas, mid term exam & community service kat sg. congkak. so jadual aku balik semenanjung kali ni sngt padat.....so x dpt jumpa my beloved frenz...huhuhu. balik kali ni terus menuju ke Bkt Puchong 2...my family dah duduk sana...no more PJ.

mid term exam dah lepas...sib baik senang...confident je aku ni. idup mmg perlu yakin. tq la pada pembuat soalannye...hehe. asssgmnt lagi 2 yg tinggal (marketing)...ade tempoh 2 minggu nak siapkan sebelum pertemuan ke4 on 10th april....

so, on sunday tu ade community service....wajib pi sbb ade 1 jam kredit...huhu. malas gile nak pi...tp ok gak la..sbb aku angkut satu family..hehe. sg. congkak tu sngt2 la kotornye....mmg xde org yg jaga sngt....nak harapkan kami2 yg datang tuk buat keje amal. masa aritu pun ade student dari UKM gak...depa buat kat atas...kami UUM buat kat bwh.... berguni2 sampah yg dapat....



tapi aku tak dpt mandi hari tu....ye la busy buat pembersihan kan...family aku pi naik atas mandi...best la depa. tak aci!!! yg best tu mak aku siap masak nasi himpit ngan kari ayam & sambal ikan bilis tuk bekal kami...yummy!!


so, ari ahad tu gak kena blk srwk....flight aku pukul 7 mlm aritu....smpai Serian dekat 10.30mlm....sngt penat smlm....

p/s: aku dah booking tiket blk tuk final exam bulan mei nnti dari 7/5- 16/5/2010... ambik AirAsia (every flight will delay..hehehe) tiket harga RM 183....tp bile smpai final price (skrg ni aku tgk mcm2 charge depa ni kenakan...cam siul je!!) final price terus smpi RM 208. (tanpa insurans)

Monday, March 1, 2010

My Name is Khan




filem yang dinanti2kan oleh ku....hehehe... rindu gile ngan lakonan Shah Rukh Khan & Kajol. Pasangan paling serasi dimuka bumi ini...huhu. aku mmg dah lama tak menonton filem hindustan..sbb filem2 sekarang ni bnyk yg merepek2.....tayang itu...tayang ini.... nilai filem tu...KOSONG!!

aku mmg suke bebenor kolabarasi SRK & Kajol ni...sejak filem Kuch Kuch Hota Hai sampailah Kabhi Kushi Kabhi Gham..... sngt syokkkkkk!!!

tgk pada komen2 org ramai...sngt2 positif. kali ni filem My Name is Khan mempunyai tarian dan nyanyian yg paling minima dalam sejarah perfileman hindustan.... tapi totap 3 jam!!! hehehe.

so, selamat menonton........

p/s: this week nak turun Kuching...........nak layan My Name is Khan!! yahooo....

Tuesday, February 23, 2010

Akhirnya...

ceritera 1

syukur Alhamdulillah..... setelah menanti akhirnya doaku dimakbulkan..
setelah bercuti smlm, arini br masuk opis....jejak je kaki, bdk opis aku dah tersengih2.....mcm ada berita baik punye...aku ingat ada gosip panas!! hehe.

dia cakap PTD di HQ ada call bos aku smlm........and bg tau rayuan aku tuk transfer ke semenanjung DILULUSKAN!! cuma tak tau kat mana lagi....tunggu memo dari kementerian je.

aku sngt2 gembira.....tak terkata!! syukur Ya Rabbi... harap2 dpt area KL, Selangor @ Putrajaya.

gud bye Serian, Sarawak!!!


ceritera 2

setelah 26 tahun aku menetap di Petaling Jaya (sngt best....) akhirnya, famili aku akan berpindah ke Bdr Bukit Puchong 2 hujung bulan ni.... sedih nak tinggalkan PJ... bnyk kenangan kat PJ.

so, semalam aku ngan Ncup keluar pi Amcorp Mall n old Town buat kali terakhir...huhuuhu. sngt penat mendukung Ncup....berlari sana sini....arini lengan aku br merasa lenguh yg amat sngt...

gud bye Petaling Jaya!!


p/s: perasana yg bercampur baur!!

Tuesday, February 16, 2010

Tanda- tanda kematian....


setiap yang hidup pasti akan menemui Penciptanya semula......itu satu kenyataan yang pasti! telah didatangkan tanda- tanda kematian oleh Yang Maha Adil....

100 hari sebelum kematian....

tanda pertama dari Illahi buat hambaNya. sama ada kita sedar atau tidak.....tanda ini akan berlaku selepas Asar. seluruh anggota dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seolah2 menggigil.

40 hari sebelum kematian....

juga datang selepas Asar...bahagian pusat kita akan berdenyut2. pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita di Arash Allah S.W.T akan gugur. malaikat maut akan mengutip dan membuat persediaan.

7 hari sebelum kematian....

tanda ini diberikan kepada mereka yang ditimpa musibah akibat kesakitan dimana orang sakit yang tidak selera makan tiba2 mempunyai selera utk makan.

3 hari sebelum kematian....

ketika itu akan terasa denyutan ditengah dahi antara dahi kanan dan kiri. berpuasalah bagi mereka yang dapat mengesan supaya perut kita bersih dari sebarang kekotoran. manakala bg orang yg sakit, mata hitam tidak lagi bersinar. hidung akan perlahan2 jatuh, telinga akan layu masuk ke dalam, manakala tapak kaki akan jatuh kedepan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian....

akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan dibahagian belakang iaitu di kawasan ubun2.

tanda yang terakhir....

kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke halkum....ucapkanlah syahadah pada ketika ini. kita akan kembali kepada Yang Maha Esa.


begitu adil Illahi memberi tanda kepada hambaNya....tetapi adakah kita sedar tentang perkara ini? atau kita masih lalai dengan tanggungjawab kita..... waallahua'lam.


sejak dua menjak ni aku merasakan sesuatu kelainan......sesuatu yang sukar ditafsirkan...antaranya;

  • rasa rendah diri menerjah dan aku cuba menjadi seorang yang rasional.
  • terasa ingin mendekatkan diri pada Nya.
  • hati sayu pabila terkenangkan mengenai kehidupan duniawi.
  • ingin menjelaskan segala hutang piutang.
  • aku ingin menjadi hambaNya yang taat yang selama ini aku alpa.
  • aku teringin makan nasi himpit bersama rendang daging dan ayam masak merah. (seolah2 tiada lagi hari raya.....mmg teringin sangat)
adakah ini antara tanda2 dariNya??? Subhanallah.....


p/s: adakah aku insan yang dipilih??

Monday, February 15, 2010

Semalam, Hari Ini & Esok......

semalam......
aku gembira dengan hal duniawi,
aku lupa dengan amanahMu,
aku alpa dengan tanggungjawabku,
aku tewas dengan bisikan sang iblis,
aku buta dengan cahayaMu,
aku hampa dengan takdirMu,
aku keliru dengan jalanMu,
aku bosan dengan ketentuanMu,
aku hidup dengan jiwa yang kosong,
aku seorang yang berdosa padaMu.....


hari ini........

Kau berikan aku kekuatan,
Kau sinari cahaya hidayahMu,
Kau bukakan pintu hatiku,
Kau tunjukan aku jalanMu,
Kau bimbing aku ke arah kebaikan,
Kau redhai kehidupanku,
Kau perkenankan doaku,
Kau lindungi aku dari syaitan durjana,
Kau kukuhkan Iman didadaku,
Kau ampuni segala keterlanjuranku.........


esok........

masihkah ada sisa- sisa kehidupan buatku,
Kau Maha Mengetahui,
masihkah Kau terima amalan ku,
Kau Maha Adil,
masihkah diri ini berguna pada Mu,
Kau Maha Mengasihani,
masihkah ada ruang taubat buatku,
Kau Maha Pengampun,
masihkah mata ini bisa melihat dunia,
Kau Maha Pencipta,
Hanya pada Mu aku berserah......


Semalam, Hari Ini & Esok.......
ingin ku abdikan diriku pada Mu sehingga akhir hayatku......


nukilan.....
Amerrul Anuar Mohamad
15/2/2010 12 malam

Kantoi........tapi

sumber: akhbar Kosmo!

pagi ni belek kosmo online...ada satu berita kat ruangan Negara - Operasi maksiat Hari Kekasih. berita ni mengenai sepasang pelajar IPTA berumur 19 tahun kantoi di hotel murah di Jalan Changkat Thambi Dollah....

operasi yg dilakukan oleh Jab. Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan DBKL...tahniah guyz!!

TETAPI!!!

kenapa gambar seperti ini perlu disiarkan kepada umum?? adakah utk pengajaran?? bukan kah kita perlu menjaga aib gadis ini walaupun dia benar2 bersalah......

mengapa pegawai lelaki (seperti di gambar atas) boleh berada di depan tandas ini dan menunggu gadis yg separuh bogel ini??? adakah ini prosedur yg ditetapkan oleh JAWI???

kalau ini la yg mmg diamalkan....tlg kaji semula.... terlalu bnyk kontra nye...

fikir- fikirkanlah......


p/s: buat sesuatu guna akal yg rasional.....