Friday, February 18, 2011

Libur @ Kota Kinabalu, Sabah - Part 1







finally, perancangan cuti bersama keluarga yg dirancang sejak 3 bulan lps terlaksana jua. kami pergi KK dgn Firefly. actually booked tiket utk 19 org, tp kakak sulung & 3 anak2 dia tak jadi ikut. so, yg pergi 14 org shj.

flight on 17 feb jam 6.55am dan berlepas kat KLIA. kami semua berlepas pagi tu kecuali adik ipar aku terpisah, sbb flight dia srg jam 1.05 pm. merasa la dia lepak kat KLIA tu sampai tengahari. try gak tanya kaunter sama ada leh tukar waktu penerbangan, lps dihitung harga tiket pg tu dgn penalti.. RM 800+!! mmg giler la depa ni.



mlm sebelum berlepas tu mmg dah tak blh lelap la. aku pun lelap 1 @ 2 jam je. dlm jam 3 pagi, kami bertolak dari rumah ke KLIA, buat 2 trip...tu yg kena keluar umah awal. pagi tu breakfast pun kat MCD je. kedai lain tak bukak lagi.

penerbangan dr KLIA- KK ambil masa lbh kurang 2 jam 30 minit. selamat sampai di KKIA dan disambut oleh pihak tour ejen dgn 2 buah van.



tour ejen tu terus bawa ke tempat penginapan kami di Marina Court Condominium. Condo ni terletak kat lorong Api- Api, Kota Kinabalu. kami booked 2 unit kondo. setiap unit ada 3 bilik, dapur, ruang tamu, etc. ok sngt dan cukup selesa. depa ada sediakan peralatan dapur spt pinggan mangkuk, pisau, senduk, periuk nasi, cerek air, peti sejuk, etc. so kalau nak memasak yg mudah2, blh sngt la.

FYI, pihak kondo ni pun sediakan breakfast juga (free) sepanjang kami duduk kat sini. ni pic condo tersebut....






lps sampai tu, kami berehat sekejap... lps tu perut pun sudah lapaq. pi turun cari kedai makan utk alas perut. nak cr makan mmg tak payah risau sbb kondo ni berada di tengah2 bandar KK ni. korang blh jalan kaki je. giant pun ade gak kat plaza wawasan. pasar pun dekat, tp kena menapak gak la.

nak habaq, air kat sabah ni mmg kurang manis. bkn sikit, malah kurang manis teramat sngt. org sabah mmg kurang guna gula ke? air sume tawar2. tp redha je la kan..



so, hari pertama sampai KK tak kemana lagi. sbb aktiviti yang dirancang bermula esok. tengahari tu, aku, mak & adik laki merayau2 ke pasar utk mencari bahan2 utk masak makan malam. pi la menapak kami kesana.....sederhana jauh la. bagi aku, no hal la nak menapak pi pasar tu. mcm2 pasar ada, sngt menarik. so kami beli bhn2 utk masak paprik spt sotong, udang, sayur2, kicap, cili boh. beli beras gak!



itu je la yg kami buat utk hari pertama di KK. hari kedua nanti, ikut perancangan ke Kinabalu National Park & Poring Hot Spring. So, tungguuuu.....

to be continued.....

























2 comments:

  1. wah..apartment tu nampak selesa betul lah..

    ReplyDelete
  2. yup makcik. sngt selesa. pic master bedroom tak ambik ngan dapur. tiap2 hari depa dtg kemas. so berbaloi la RM 250++ sehari.

    ReplyDelete