Sunday, February 6, 2011

Cuti Tahun Baru Cina






Xinnian kuaile uols...gong xi fa cai!! seronok gile cuti raya cina tahun ni. sbb nye jatuh pada hari khamis dan jumaat....terus cuti 4 hari berturut2!! so my family dah rancang nak balik kampung di Melaka. lagi pun dah lama aku tak balik kampung, last balik masa raya puasa thn lepas.

so bertolak hari khamis tu, dlm jam 10 am lebih bertolak dari puchong. sampai jasin, melaka lebih kurang jam 12 pm lebih. certain area yang jam sikit. RnR kat Seremban jgn cerita la...punye sesak dgn lautan manusia. kat tol alor gajah pun sesak gak.

mlm hari tu pi Alai, Melaka utk pekena ikan bakar & seafood yg lain. tmpt ni aku tak penah pi lg, sbb biasanya kalau nak makan seafood biasa pi kat Umbai. dekat2 je antara Alai ngan Umbai. Kami pergi lebih kurang 7 org dewasa dan 2 org kanak2. antara hidangan yg dipilih ikan bakar (siakap & jenahak), kupang masak cili, sotong goreng tepung, udang bakar, sayur kailan ikan masin, otak2, nasi lemak. bagai disyurga ok!! harga makanan sume dgn 2 jug jus tembikai & oren lebih kurang RM 190 sahaja. ok la tu kan...makan mcm nak gile! alih2 tak larat nak bangun ko...nak bernafas pun susah sbb kekenyangan tahap maksima!! kat Alai tu mmg la sngt sesak, nak cr parking pun susah gak...myb time cuti kot. tp mmg ok la sngt..pic pun tak ambik sbb tersngt taksub tgk makanan2 itu!!

ikut perancangan nak blk puchong semula hari jumaat. alih2 perancangan ditukar ke hari sabtu. so, ptg jumaat tu lps solat jumaat, bersiap2 ke Pengkalan Balak. pantai u ols. dekat2 area Tanjung Bidara gak. mak oiii....ramai gile org. even ms kami nak blk dekat2 maghrib tu pun org makin ramai yg dtg. best gak la berendam dan berjemur. gelap kulit aku...menci!! huhu.

anyway nak cerita pasal naik Banana Boat. mula2 mcm tak nak naik....sbb takut mati kelemasan kat tgh laut tu. tp hati ini ingin juga mencuba...alih nak gak la kami bertujuh. depa charge RM 5/ kepala. ok la tu kan...3 kali jatuh. kalau setakat naik banana boat tp pusing2 je mcm tak adventure je kan...huhu. cuak ok! ms jatuhan pertama, sngt mendebarkan...siap pegang benda pemegang tu tak lepas walau dah jatuh. seram ok!! mengucap bnyk2.. dgn terkapai2 tgh laut tu mencari pertolongan...hahaha. padahal pakai jaket keselamatan!! drama sngt! apa2 pun sngt seronok!!

pic ihsan dr mr google


so, hari ni nak balik penang dgn bus ekspress Mayang Sari. smlm singgah bukit jalil pi beli tiket. sold out ok!!! dgn sesak nye.KL- butterworth sampai RM 50 depa tekan!! mcm sial je. last2 aku dpt gak tiket balik hari ahad RM 45 jam 1.30pm.aritu aku balik mlm raya cina naik bus Konsortium Bus Ekspres baru RM 31 tiketnye. nanti aku pi nak mengadu kat jabatan yg berkaitan pasal harga tiket ni. mmg ambil kesempatan mereka ini! aritu kwn aku book tiket utk JB- Butterworth sampai RM 100 depa tekan, sedangkan tiket biasa baru RM65 je.

ok. nak chow dulu...nak kemas barang2 apa yg patut. next week blk puchong semula sbb ade kelas dan terus cuti pjg sampai 22hb. hehe

1 comment:

  1. Amacam? Bas delay?
    rileks la, sedangkan flight pun SELALU delay inikan plak bas atas DARAT....
    hehehe..

    ReplyDelete