Tuesday, February 22, 2011

Dinner @ Port View Seafood Village, Kota Kinabalu







malam terakhir kami di KK.... teringin makan seafood. mmg bnyk pilihan restoran seafood kat KK ni. tp kami decide pegi Port View Seafood Village. Kami pegi jalan kaki ramai2 dari Marina Condo tu., dekat je. Aku yg pilih lauk2 apa yg nak makan...hehe. So, pilih 2 ekor ikan siakap (sederhana), ketam (bunga & suri) 2 kg, udang laut 2kg, sotong 2 kilo dan sayur sabah (sederhana). tu je kot, takut ambik bnyk2 tak terbayar. hehe.

udang masak mentega (basah)

ikan siakap masak masam manis

ikan siakap steam ala thai

sotong goreng tepung

ketam goreng cili dan udang kering (pic kabur)

sayur sabah goreng sambal belacan

ketam masak sos cili

ada persembahan sebelum makan....excited gile! hehe

overall, not bad la makanannye. sampai abis licin kami bedal. service pun cepat, tak tunggu lama utk dpt makanan. hehe. jom aku bg bintang... harga utk semua makanan termasuk jus tembikai 2 jug, teh cina 2 jug, tisu basah, nasi, kacang.........dlm RM 500+. (tq my bro selaku main sponsor!)

makanan : 4/5
persekitaran : 3.5/5
perkhidmatan : 4/5
harga : 3.5/5


Libur @ Kota Kinabalu, Sabah - Part 4






hari yang berikutnya kami ke Gaya Street Sunday Market & Pasar Tamu Kota Belud & Pasar Filipina. Tgk gambar je la ek, tak larat nak mengarang....huhu.

Monday, February 21, 2011

Libur @ Kota Kinabalu, Sabah - Part 3







hari yang ke4 di KK. setakat ini berjalan lancar & sngt enjoy! hehe. perancangan hari ni nak naik bot ke pulau2. so, kami decide ke 2 pulau shj iaitu Pulau Manukan & Pulau Sapi. Kami ambik pakej utk aktiviti hari ni dan dlm RM 92.00 sekepala. harga ni termasuk duit bot, snorkeling, makan & charge lain. kira ok la kan...

so, lepas breakfast pihak ejen ambik dan hantar ke jetty. jom tgk pic2 kat jetty.....;p



destinasi yg dituju ialah Pulau Manukan dulu. sangat taksub dgn pulau ni, cantik giler air nya. penat giler main air & snorkeling. sampai dah gelap kulit ini + terbakar. menci!! around 11.30am mcm tu, kami gerak pi Pulau Sapi plak.



masa yg diberi kat Pulau Sapi sampai jam 3.30 pm. tapi, perkara pertama yg dibuat ialah makan! semua dah lapaq. makanan ni ade dlm pakej, lebih kurang RM 40 sekepala utk makan. mcm2 adelah, nasi goreng, mee hoon, udang, ketam, ikan, sate, sayur, buah2an, fishball, ubi, etc. dia akan top up seafood kalau abis. nikmat sngt!!



Pulau Sapi ni tak lah sehebat Manukan, tp ttp indah gak. ikan2 kat dasar laut pun leh nampak ngan jelas. seronok giler bile tgk ikan2 tu keliling kita. dlm jam 3 pm lbh, kami bertolak pulang ke kondo. badan mmg penat + letih gile!



so, nantikan Part 4 pula ye!!

Sunday, February 20, 2011

Libur @ Kota Kinabalu, Sabah - Part 2






hari kedua di KK. ikut perancangan nak pegi Kinabalu National Park & Poring Hot Spring. Perjalanan bermula jam 8am slps sarapan. Ambik masa dalam 1 jam 30 minit (lbh kurang) utk sampai ke destinasi. Jalan menuju ke destinasi mmg bahaya sikit la, mcm nak naik genting or fraser hill, melalui Ranau. secara kebetulan, program ditukar oleh encik drebar.

sebelum sampai ke atas, ada tempat persinggahan yg sngt cantik. ada kedai2 jual kraftangan dan juga tmpt utk lihat pemandangan gunung kinabalu. cantik dan nyaman sekali...


so, destinasi pertama adalah ke Tagal Sg. Moroli di kmpg Luanti Baru, Ranau. tiket masuk utk dewasa adalah RM 5 shj. tak silap ikan2 yg ade tu ikan kelah. ada yg besar gile! aku mmg tak berani nak masukkan kaki, geli wei! tmpt ni mmg dijaga oleh pihak2 tertentu, sbb tu sngt bersih. stp group akan diberi masa 15 minit utk terapi & bermesra dgn ikan2 itu.



lps tu, kami bergerak ke Sabah Tea Garden. masuk tak kena tiket, tp ladang teh ni tak sehebat di cameron highland. tak besar mana pun. kami just pusing2 kejap pastu pi beli teh beberapa bungkus.




destinasi seterusnya ialah Poring Hot Sping. dah lama bebenar nak mandi air panas...hehe. tp sebelum masuk, kami pi makan tengahari kat kedai2 dpn tu. sngt la tak sedap...air xde rasa. makanan tak sedap. kami order la nasi ayam, begini la rupanye...dgn nasi putih je. lagi satu, kalau hangpa pi Sabah, jgn la ambik kuah cili kat atas meja2 kat restoran, masam nauzubillah. cuka bnyk sngt, smpai masamnye munusuk hidung dan otak!



lps mkn kami masuk ke Poring Hot Sping. tiket masuk utk dewasa RM 3, warga emas RM 1 & kanak2 percuma. FYI, tiket ni blh digunakan utk masuk ke Kinabalu National Park jugak. tp blh guna utk hari yang sama shj!




dalam jam 3 pm, kami bergerak ke Kinabalu National Park pulak. tempat ni utk org beristirehat sambil menghirup udara nyaman & tmpt utk jungle tracking. keluar je van, masyallah....sngt sejuk ok. seolah2 kat tmpat tu ada air-cond bergerak. mmg sejuk gile!!




selesai sudah ke destinasi2 utk hari pertama. dalam jam 6.30pm kami tiba kat kondo. sngt penat, tp seronok giler...hehe.

apa destinasi keesokkannya? nantikan Libur @ Kota Kinabalu, Sabah- Part 3.

to be continued........