Monday, August 30, 2010

Salam Kemerdekaan ke 53

atas semangat kemerdekaan ini, sy ingin mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan ke 53 buat negara Malaysia yg tercinta. semoga ulang tahun ke 53 ini akan mematangkan lagi semua rakyat2 jelata dan pemimpin2 negara khususnya. Amin!!

so, ayuh kibarkan jalur gemilang....tanda kebanggaan anda sebagai rakyat Malaysia.



amacam?? korang ado? haha.....org lain sibuk kibar jalur gemilang kat kete, kat luar rumah....aku kat dlm rumah lagi. hebat tak? makan hati rais yatim kan kalau tgk...huhu.

seperti kebiasaan, sy ingin membuat permintaan demi kecemerlangan Malaysia...

  • semua ahli politik muhasabah diri dan bersatu demi penyatuan kaum dan membina negara bangsa yg hebat. lupakan segala sengketa, bermaaf- maafan... hentikan segala tohmahan dan prasangka buruk. ketepikan segala kepentingan individu yg tidak membawa manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
  • hadkan tahap kekayaan setiap individu....boleh ke macam tu? tak pun, mana yg kaya raya tu, diwajibkan untuk membantu mereka yang fakir miskin. ini untuk memastikan perhubungan sosial yang seimbang.
  • dlm apa2 jua keputusan yg melibatkan projek besar berjuta or berbillion, perlu la ditimbang sebaiknya dan mengutamakan rakyat yg susah. bak kata tok jib, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. br la cakap serupa bikin kan......
  • hapuskan rasuah!!! dari gejala rasuah ni la, benda2 yg negatif boleh muncul, mula la belambak PATI2....betul tak abg2 imigresen??
  • bersederhana la wahai pemimpin2 negara....jgn ingat hangpa ada duit, ada harta, ada kuasa....dunia ini bukan milik anda!! ingat Tuhan tu Maha Berkuasa. tak payah la buat apa2 majlis grand2, buat bazir duit je....apa kata sebelum sign proposal tu, ingat la pd fakir2 miskin yg kat hulu2 yg makan pun susah, hidup sehelai sepinggang...huhu.
  • banteras aktiviti2 yg boleh mengundang gejala2 sosial yg negatif. hentikan la konsert2 kat tmpt awam smpai larut malam....sana hiburan, sini hiburan. ni la yg mempengaruhi anak2 muda skrg ni. dah pi berhibur.....pastu touching2, pastu kissing2, pastu ****ing2, dan akhirnya bunting!! sapa nak jawap?? mereka dan keluarga mereka......

ok...setakat itu je la harapan saya semperna merdeka thn ni. saya doakan agar Malaysia akan kekal harmoni, sejahtera dan yg paling penting diberkati Allah...


"1 Malaysia, Menjana Transformasi"
(betulke tema hari merdeka thn ni??)


p/s: lagi 9 hari nak balik "Malaysia" sambut raya....yahooo!!!!


















No comments:

Post a Comment