Wednesday, January 13, 2010

Cinta Amir & Amira : Plot 7

Kerja...kerja..kerja

Bosannya hidup aku sejak kebelakangan ni. Rasa tak semangat nak bekerja. Mungkin disebabkan oleh bebanan kerja yang semakin hari semakin hebat. Bos yang tahu....nak cepat saja. Kita yang membanting tulang membuat kerja langsung tak dihargai.

Lusa aku akan berangkat ke Jakarta untuk berjumpa dengan klien atas urusan kerja. Kalau ikutkan hati memang aku malas nak pergi. Tetapi disebabkan Leo ada hal kecemasan, terpaksa lah aku menggantikan Leo.

Aku akan berada di Jakarta untuk empat hari. Dua hari untuk bekerja dan lagi dua hari untuk berlibur. Sempat jugak la nak pusing- pusing kota Jakarta nanti.

Sebenarnya aku ni tak gemar melawat negara orang. Aku macam tak betah bila berada kat tempat orang. Negara sendiri jugak yang dekat dihati.

Flight aku akan bertolak pagi jam 10.15. Mama dan Daddy akan hantar aku ke KLIA. Macam- macam yang Mama pesan kat aku, siap bagi senarai lagi. Letih aku nak mencari barang- barang yang dipesan nanti.

"Kamu tak bagi tahu Amira yang kamu ke Jakarta?" soal Mama sebelum aku menjejakkan kaki ke pintu masuk KLIA.

"Tak payah la Ma, dia sibuk tu. Kalau dia datang cari Mir, Ma bagi tau je yang Mir outstation." ujar ku.

"Baiklah, kalau dah itu kata kamu. Jaga diri baik- baik kat tempat orang. Kalau ada apa- apa jangan lupa call kami." pesan Mama.

"Baiklah Ma, Daddy. Mir pergi dulu."

"Jangan lupa ole- ole buat Mama!" kata- kata terakhir dari Mama yang membuatkan aku hampir- hampir tergelak besar di pintu masuk.

Sampai di kota Jakarta, aku menginap di JW Marriot.

Letih betul badan aku, dah lama aku tak berjalan jauh. Masuk je bilik hotel, sempat jugak aku melelapkan mata seketika.

Sedar dari tidur aku melihat jam di tangan dan ia menunjukkan jam 4.30 petang. Patutlah perut aku berbunyi dari tadi. Rupa- rupanya aku tak makan tengahari lagi.

Aku mandi kejap, lepas tu aku terus turun bawah untuk mencari makanan untuk alas perut. Lain macam je makanan kat Jakarta ni. Macam tak boleh masuk je tekak aku. Mula la aku rindu masakan Mama.

Selesai makan, aku terus naik ke bilik. Tak sempat nak merayau- rayau lagi sebab aku kena sediakan perbentangan untuk esok. Mintak- mintak la klien ni tak cerewet. Sebelum ni Leo yang berurusan dengan klien ni, aku ni dah macam bidan terjun. Tengoklah macam mana esok.

Tepat jam 11 malam baru aku mula melelapkan mata.

Keesokan pagi...

Aku bangun awal pagi ni. Entah kenapa malam tadi aku sering termimpikan Amira. Seperti ada sesuatu peristiwa buruk yang akan berlaku.

Mimpi tersebut membuatkan aku risau dan bimbang dengan keselamatan Amira.

"Hello Ma, Mir ni. Amira ada call atau datang rumah?" soal ku pada Mama.

"Takda pula Mir. Kenapa?"

"Tak Ma, malam tadi Mir termimpikan sesuatu yang buruk menimpa Amira." ujar ku lanjut.

"Isk kamu ni, mimpi tu kan mainan tidur. Usah percaya sangat. Mir jangan terlalu risau sangat. Fokus pada kerja tu. Kalau ada apa- apa berita Ma call Mir."

"Ok Ma, jangan lupa ya. Bye." aku mengakhiri perbualan tersebut.

Apa- apa pun aku perlu fokus pada pembentangan aku pada pagi ini. Harap- harap berjalan lancar.

Betelah bersiap aku terus menuju ke bilik pembentangan dan aku datang awal setengah jam bagi membuat persiapan.

Sesi pembentangan berjalan lancar, cuma klien minta ending iklan itu diubah sikit. Jadi malam ni aku ada kerja lagi yang hendak dibereskan demi memuaskan hati klien tersebut.

Alhamdulillah...akhirnya klien tersebut berpuas hati dengan cadangan iklan tersebut. Aku amat gembira sekali kerana berjaya melakukan tugas ini dengan jayanya.

Setelah selesai urusan kerja ku di Jakarta, aku terus bergegas ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur. Aku sendiri bingung dengan perasaan ku ketika ini. Entah kenapa aku ingin segera pulang walaupun aku sedar mimpi yang aku alami kelmarin hanya mainan tidur.

Setelah sampai di Kuala Lumpur...

Kini perasaan ku amat lega sekali tatkala kaki ku menjejak bumi Kuala Lumpur. Lantas aku menggapai telefon bimbit ku serta merta mendail nombor Amira.

"Hello Mira." aku memulakan bicara.

"Ya Mir, kenapa ni?" kedengan suara Amira di talian.

"Mira sihat ke, takde apa- apa yang terjadi pada Mira?"

"Kenapa Mir ni? Mira sihat la." jawab Amira.

"Alhamdulillah, saya risau sangat. Boleh kita jumpa malam ini?" pinta ku.

"Jumpa? Tapi...." Mira terdiam seketika.

"Please Mira, saya benar- benar berharap agar kita boleh berjumpa malam ini. Penting sangat Mira!" rayu ku lagi.

"Ok. Mira cuba. Nak jumpa kat mana?" soal Amira.

Jumpa kat Paya Serai, PJ Hilton jam 8 malam. Ok, see you later. Bye."

Perasaan ku begitu bergelora ketika ini. Semua yang ku buat tidak menentu. Aku telah memberitahu Mama tentang pertemuan ku dengan Amira malam ini. Mama menyokong sepenuhnya dengan apa yang akan aku lakukan. Kata Mama, sudah tiba masanya aku berterus terang dengan Amira tentang perasaan ku.

Aku menunjukkan Mama cincin yang telah ku beli siang tadi di Habib Jewel untuk melamar Amira malam ini. Inilah tanda cintaku yang agung buat seorang insan yang bernama Amira.

Malam ini menjadi penentuan buat dua orang insan yang bernama Amir dan Amira. Apakah masih ada harapan buatku?

Di Paya Serai, PJ Hilton...

Ketika kaki ku melangkah masuk Paya Serai, mataku terpaku dengan kejelitaan seorang insan yang cukup aku cintai. Amira cukup anggun malam ini. Aku cukup terpesona dengan kecantikannya.

Tapi aku lewat sedikit tiba kerana hati ku bercampur baur dengan perasaan gembira dan takut.

"Assalamualaikum" aku memberi salam.

"Waalaikumussalam. ingatkan tak datang tadi," balas Mira.

"Takkan la saya tak datang. Demi Mira, Mir sanggup buat apa saja."

"Apa- apa la Mir ni. Kenapa sejak kebelakangan ni Mir lain macam je?" soal Mira.

"Lain macam? Mana ada, mungkin rindukan Mira agaknya. Hahaha." aku ketawa riang.

Mungkin Amira perasan dengan perubahan tingkah laku ku sejak kebelakangan ini. Inilah penangan keagungan cinta yang selama ini bisa membunuhku.

"Mira nak makan apa?"

"Apa- apa je la. Mira tak kisah."

Aku memesan makanan yang menjadi pilihan hatiku. hatiku melonjak- lonjak gembira ketika ini, namun ada terdetik perasaan gelisah yang aku sendiri tidak mampu untuk mentafsirkannya.

Tapi aku bertambah pelik dengan sikap Mira, adakah Mira tidak dapat membaca isi hatiku? Aku sendiri kebingungan.

"Mira....." lidah ku kelu untuk meneruskan bicara.

"Kenapa ni? Cakap saja la. Ada apa- apa ke?" soal Mira.

"Amira, sebenarnya saya......" kata- kata ku tiba- tiba terhenti.

Dengan tidak semena- mena kami didatangi oleh seorang lelaki yang aku sendiri tidak kenali dan tiba- tiba menerjah ke arah kami lantas mengherdik Amira.

"Kat sini rupanya kau. Aku ajak keluar kau bagi macam- macam alasan. Rupa- rupanya kau keluar dengan jantan lain!" jerit lelaki itu yang aku seakan pernah lihat wajahnya.

"Maaf encik, saya rasa encik ni salah orang." aku cuba mententeramkan keadaan.

"Apa yang salah orang! Amira ni tunang aku dan aku ada hak ke atas nya. Kau tu siapa? Tak sedar diri!" lelaki tersebut semakin bengis.

Tunang? aku mat terkejut dengan jawapan lelaki tersebut. Ku lihat Amira hanya menerkupkan wajah dengan tangannya.

"Betul ke Mira?" soal ku untuk kepastian.

Amira tidak menjawab walau sepatah, dia hanya mengangguk tanda mengiyakan persolaan yang ditujukan. Aku amat hampa. Episod cinta ku yang malang kini terjadi lagi.

"Sampai hati Mira tak bagi tahu saya! Kenapa Mira rahsiakan semua ini?" aku geram dengan apa yang terjadi sekarang. Aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya permainan Amira.

"Mira cintakan Mir!"

"Kau sedar tak yang kau tu tunangan orang. Kenapa kau permainkan perasaan orang? Aku betul- betul kecewa dengan kau. Mulai saat ini, aku minta kau jangan berhubung dengan aku lagi." aku telah hilang sabar.

"Aku benci tengok muka kau!" jerit ku lantas meninggalkan hotel tersebut dengan perasaan yang cukup kecewa.

Ya Allah, kenapa Kau duga aku sebegini rupa. Kau berilah kekuatan buat hambamu ini unutk menempuh hari- hari mendatang.

Aku terus memandu malam itu tanpa mempedulikan arah destinasi ku. Fikiran ku buntu dan tidak mampu untuk berfikir dengan waras.

Setelah puas aku berpusing- pusing satu Petaling Jaya, aku membuat keputusan untuk mengabdikan diri sementara di Bukit Gasing. Keheningan malam membuatkan aku sedikit tenang, namun air mata ku tidak henti- henti mengalir pabila mengenangkan episod duka yang berlaku malam ini.

Aku melihat jauh diruang angkasa dan berfikir sejenak, mengapa nasib ku malang seperti bulan yang tidak berteman. Hanya keseorangan melihat bintang- bintang yang asyik berkerlipan sesama sendiri dengan girang. Tapi aku dapat merasakan betapa bahagianya bulan dapat menyinari malam biarpun seorang diri.

Aku sedih....

Aku hampa....

Aku kecewa....

Aku keseorangan....

Tepat jam 2.15 tengah malam aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Mampukah aku berhadapan dengan Mama dan Daddy? Fikiran ku runsing memikirkannya.

Setelah tiba di rumah...

"Mana Mir pergi? Puas Ma call, tapi tak berjawab. Kenapa ni Mir?" Mama menyoal ku tatkala aku menjejakkan kaki di rumah.

"Ma, Mir penat ni. Biar Mir rehat dulu. Please...." aku merayu sambil berjalan menuju ke kamar tidur ku.

Mata ku enggan tertutup. Fikiran ku yang runsing membuatkan mata ku tidak lena untuk tidur. Ku biarkan minda ini berlegar- legar tanpa sebarang tujuan.

Namun begitu, mataku hanya tewas menjelang subuh hari. Aku hanya membiarkan jasad dan minda ku berehat seketika setelah melalui tragedi yang amat memilukan.

bersambung....

No comments:

Post a Comment