Saturday, June 26, 2010

Ramalan karut..

AMARAN!

"post ini bkn lah perkara serius yg perlu dipercayai 100% mahupun 0.01%...sama ada oleh saya atau pun anda! anggap la ini sbg hiburan dimasa lapang......hehe"



ni ada satu lagi aplikasi bodoh yg aku try...pasal kita ni jenis laki camane? benda alah ni suruh masukkan tarikh lahir dan keluarlah analisis bodoh ini.....

"Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik, adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.(menarik kah aku?? biasa2 je...wink*) Dia seorang yang bijak berfikir, ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.(ye...sy sngt berdikari tp tak la bijak sngt....tp sy seorang yg analytical...) Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruhi orang lain.(sy bukan seorang jurujual...huhu) Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri, yang tidak pendiam dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamannya.(aik...suka ati je...sy suka pd kecantikan ok!! cantik no. 1...juga pada yg berfikiran matang dan cerdik) Dia suka kepada luahan emosi, kerana ia anggap kebudakan dan remeh dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta, dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya dan kerana itu pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal, bukan hati.(sy tak suka pd luahan emosi ok!! geli ar...tp mmg sy bermasalah tuk jatuh cinta..oh tidakkk!!) Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin, dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan. (ayoyo statement!! suka ati je kan...sy No COMMENT! hehe)Dia mengetahui hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan kerana dari rasa berahi. Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh, kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya, yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya. (hahaha..sialan je...tp mmg sy jenis yg tak bersungguh...huhu...dan kemungkinan akan berkahwin lmbat...dan mmg sy suke kpd pasangan yg tua dr sy....dan takde kena mengena dgn nafsu ok!!)Wanita yang ideal ialah yang banyak harta, lebih tua, tetapi dia juga boleh memlilih wanita muda yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya." (sngt ideal....haha..pandai pak nujum ni..mcm tau2 je kan...tp kalau yg tua tu...biar la HOT mcm rozita che wan ke...hehe. apa2 pun aku mmg kurengg ngan yg muda2 ni...gedikk sngt...pikiran pun tak matang...)

nota: statement color ungu itu adalah komentar aku...




*amacam?? sesuai tak?? hehe


p/s: rasa2 nya mak aku leh terima tak kalau dapat menantu camni?? hehee...;p

1 comment:

  1. sori sebab selalu beri luahan emosi yg x membina....
    yg pasti aku LAGI TUA, aku CERDIK, aku CANTIK, aku TALKATIVE dll ciri menarik utk di buat bini.
    Adakah aku dalam senarai utk menanding Rozita Che Wan?
    wakakaka...
    aku rasa aku memang gilo.!
    sengal !

    -cik su-

    ReplyDelete