Tuesday, February 16, 2010

Tanda- tanda kematian....


setiap yang hidup pasti akan menemui Penciptanya semula......itu satu kenyataan yang pasti! telah didatangkan tanda- tanda kematian oleh Yang Maha Adil....

100 hari sebelum kematian....

tanda pertama dari Illahi buat hambaNya. sama ada kita sedar atau tidak.....tanda ini akan berlaku selepas Asar. seluruh anggota dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seolah2 menggigil.

40 hari sebelum kematian....

juga datang selepas Asar...bahagian pusat kita akan berdenyut2. pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita di Arash Allah S.W.T akan gugur. malaikat maut akan mengutip dan membuat persediaan.

7 hari sebelum kematian....

tanda ini diberikan kepada mereka yang ditimpa musibah akibat kesakitan dimana orang sakit yang tidak selera makan tiba2 mempunyai selera utk makan.

3 hari sebelum kematian....

ketika itu akan terasa denyutan ditengah dahi antara dahi kanan dan kiri. berpuasalah bagi mereka yang dapat mengesan supaya perut kita bersih dari sebarang kekotoran. manakala bg orang yg sakit, mata hitam tidak lagi bersinar. hidung akan perlahan2 jatuh, telinga akan layu masuk ke dalam, manakala tapak kaki akan jatuh kedepan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian....

akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan dibahagian belakang iaitu di kawasan ubun2.

tanda yang terakhir....

kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke halkum....ucapkanlah syahadah pada ketika ini. kita akan kembali kepada Yang Maha Esa.


begitu adil Illahi memberi tanda kepada hambaNya....tetapi adakah kita sedar tentang perkara ini? atau kita masih lalai dengan tanggungjawab kita..... waallahua'lam.


sejak dua menjak ni aku merasakan sesuatu kelainan......sesuatu yang sukar ditafsirkan...antaranya;

  • rasa rendah diri menerjah dan aku cuba menjadi seorang yang rasional.
  • terasa ingin mendekatkan diri pada Nya.
  • hati sayu pabila terkenangkan mengenai kehidupan duniawi.
  • ingin menjelaskan segala hutang piutang.
  • aku ingin menjadi hambaNya yang taat yang selama ini aku alpa.
  • aku teringin makan nasi himpit bersama rendang daging dan ayam masak merah. (seolah2 tiada lagi hari raya.....mmg teringin sangat)
adakah ini antara tanda2 dariNya??? Subhanallah.....


p/s: adakah aku insan yang dipilih??

1 comment:

  1. ko ni apasal bro..
    jgn buat aku cuak

    -cik su-

    ReplyDelete