Tuesday, February 23, 2010

Akhirnya...

ceritera 1

syukur Alhamdulillah..... setelah menanti akhirnya doaku dimakbulkan..
setelah bercuti smlm, arini br masuk opis....jejak je kaki, bdk opis aku dah tersengih2.....mcm ada berita baik punye...aku ingat ada gosip panas!! hehe.

dia cakap PTD di HQ ada call bos aku smlm........and bg tau rayuan aku tuk transfer ke semenanjung DILULUSKAN!! cuma tak tau kat mana lagi....tunggu memo dari kementerian je.

aku sngt2 gembira.....tak terkata!! syukur Ya Rabbi... harap2 dpt area KL, Selangor @ Putrajaya.

gud bye Serian, Sarawak!!!


ceritera 2

setelah 26 tahun aku menetap di Petaling Jaya (sngt best....) akhirnya, famili aku akan berpindah ke Bdr Bukit Puchong 2 hujung bulan ni.... sedih nak tinggalkan PJ... bnyk kenangan kat PJ.

so, semalam aku ngan Ncup keluar pi Amcorp Mall n old Town buat kali terakhir...huhuuhu. sngt penat mendukung Ncup....berlari sana sini....arini lengan aku br merasa lenguh yg amat sngt...

gud bye Petaling Jaya!!


p/s: perasana yg bercampur baur!!

Tuesday, February 16, 2010

Tanda- tanda kematian....


setiap yang hidup pasti akan menemui Penciptanya semula......itu satu kenyataan yang pasti! telah didatangkan tanda- tanda kematian oleh Yang Maha Adil....

100 hari sebelum kematian....

tanda pertama dari Illahi buat hambaNya. sama ada kita sedar atau tidak.....tanda ini akan berlaku selepas Asar. seluruh anggota dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seolah2 menggigil.

40 hari sebelum kematian....

juga datang selepas Asar...bahagian pusat kita akan berdenyut2. pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita di Arash Allah S.W.T akan gugur. malaikat maut akan mengutip dan membuat persediaan.

7 hari sebelum kematian....

tanda ini diberikan kepada mereka yang ditimpa musibah akibat kesakitan dimana orang sakit yang tidak selera makan tiba2 mempunyai selera utk makan.

3 hari sebelum kematian....

ketika itu akan terasa denyutan ditengah dahi antara dahi kanan dan kiri. berpuasalah bagi mereka yang dapat mengesan supaya perut kita bersih dari sebarang kekotoran. manakala bg orang yg sakit, mata hitam tidak lagi bersinar. hidung akan perlahan2 jatuh, telinga akan layu masuk ke dalam, manakala tapak kaki akan jatuh kedepan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian....

akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan dibahagian belakang iaitu di kawasan ubun2.

tanda yang terakhir....

kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke halkum....ucapkanlah syahadah pada ketika ini. kita akan kembali kepada Yang Maha Esa.


begitu adil Illahi memberi tanda kepada hambaNya....tetapi adakah kita sedar tentang perkara ini? atau kita masih lalai dengan tanggungjawab kita..... waallahua'lam.


sejak dua menjak ni aku merasakan sesuatu kelainan......sesuatu yang sukar ditafsirkan...antaranya;

  • rasa rendah diri menerjah dan aku cuba menjadi seorang yang rasional.
  • terasa ingin mendekatkan diri pada Nya.
  • hati sayu pabila terkenangkan mengenai kehidupan duniawi.
  • ingin menjelaskan segala hutang piutang.
  • aku ingin menjadi hambaNya yang taat yang selama ini aku alpa.
  • aku teringin makan nasi himpit bersama rendang daging dan ayam masak merah. (seolah2 tiada lagi hari raya.....mmg teringin sangat)
adakah ini antara tanda2 dariNya??? Subhanallah.....


p/s: adakah aku insan yang dipilih??

Monday, February 15, 2010

Semalam, Hari Ini & Esok......

semalam......
aku gembira dengan hal duniawi,
aku lupa dengan amanahMu,
aku alpa dengan tanggungjawabku,
aku tewas dengan bisikan sang iblis,
aku buta dengan cahayaMu,
aku hampa dengan takdirMu,
aku keliru dengan jalanMu,
aku bosan dengan ketentuanMu,
aku hidup dengan jiwa yang kosong,
aku seorang yang berdosa padaMu.....


hari ini........

Kau berikan aku kekuatan,
Kau sinari cahaya hidayahMu,
Kau bukakan pintu hatiku,
Kau tunjukan aku jalanMu,
Kau bimbing aku ke arah kebaikan,
Kau redhai kehidupanku,
Kau perkenankan doaku,
Kau lindungi aku dari syaitan durjana,
Kau kukuhkan Iman didadaku,
Kau ampuni segala keterlanjuranku.........


esok........

masihkah ada sisa- sisa kehidupan buatku,
Kau Maha Mengetahui,
masihkah Kau terima amalan ku,
Kau Maha Adil,
masihkah diri ini berguna pada Mu,
Kau Maha Mengasihani,
masihkah ada ruang taubat buatku,
Kau Maha Pengampun,
masihkah mata ini bisa melihat dunia,
Kau Maha Pencipta,
Hanya pada Mu aku berserah......


Semalam, Hari Ini & Esok.......
ingin ku abdikan diriku pada Mu sehingga akhir hayatku......


nukilan.....
Amerrul Anuar Mohamad
15/2/2010 12 malam

Kantoi........tapi

sumber: akhbar Kosmo!

pagi ni belek kosmo online...ada satu berita kat ruangan Negara - Operasi maksiat Hari Kekasih. berita ni mengenai sepasang pelajar IPTA berumur 19 tahun kantoi di hotel murah di Jalan Changkat Thambi Dollah....

operasi yg dilakukan oleh Jab. Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan DBKL...tahniah guyz!!

TETAPI!!!

kenapa gambar seperti ini perlu disiarkan kepada umum?? adakah utk pengajaran?? bukan kah kita perlu menjaga aib gadis ini walaupun dia benar2 bersalah......

mengapa pegawai lelaki (seperti di gambar atas) boleh berada di depan tandas ini dan menunggu gadis yg separuh bogel ini??? adakah ini prosedur yg ditetapkan oleh JAWI???

kalau ini la yg mmg diamalkan....tlg kaji semula.... terlalu bnyk kontra nye...

fikir- fikirkanlah......


p/s: buat sesuatu guna akal yg rasional.....

Sunday, February 14, 2010

Pemikiran sempit??

arini kawan aku ada post satu topic kat FB...

"Valentine Day: mengapa masih ramai antara kita masih menyambutnya walaupun sudah tahu asal usul budaya ini? tiada kasih sayangkah kita pada hari2 lain? let's diskas.."


so, aku just join diskusi ini....tp ade seorang Hamba Allah ni, myb dia berfikiran sempit atau misunderstanding...ni antara diskusi kami...


(boleh baca x? cube besarkan....blh tak?)


dalam komen aku yg pertama, aku ada cakap terpulang pada nawaitu masing2..tak salah kita berkasih sayang pada V day ini...tp jgn la menyambut disebabkan si Valentine ni...tetapkan hati pada-Nya.....so, maksud aku islam itu menggalakan umatnya berkasih sayang.....and aku ade mention awal..pada ikatan yg SAH!!

aku langsung tak suruh sambut V-Day dengan konsep asal..... tp tak pasal2 plak this women berdiskusi secara emosional (sila refer pada keratan FB itu)... aku pun malas nak layan org berfikiran sempit begini.....

seperti yg aku ckp di akhir komen aku... "Islam itu indah, mudah & syumul".. so renung2 kan lah...

p/s: last komen dia ckp aku tak leh terima pendapat org...WTF!! korang cuba tgk komen2 tu...aku rasa aku berdiskusi secara ilmiah....bkn emosional.... lantak pi la dia.....myb dia tak dapat kasih sayang yg cukup kot hari ini....that's why sensitif dengan perkataan kasih sayang...wawawawa!!

p/s: kenapa wanita terlalu emosi?? bercakap tidak menggunakan minda yg waras??

Friday, February 12, 2010

Gong Xi Fa Cai


xinnian kuaile.

gong xi! gong xi! gong xi!

selamat tahun baru cina buat semua masyarakat cina...... semoga tahun harimau akan lebih meriah....aummm....;p

(semangat 1Malaysia sngt!! hehe)


minggu ni dok melantak limau je...smpi yg kuar tu pun dah mcm limau...huhu... cuti sampai selasa minggu depan.... bosannye....tak tau nak wat apa??



p/s: rasanya ada tak sedara mara aku kat China? or myb Taiwan? huhu...

Friday, February 5, 2010

Bonus from Hotlink

mesej yang aku terima dari Hotlink pada 3 Februari 2010 jam 11.29 pm (aku dah lelap...tp tersedar lps bunyi msg.....kacau dowh!!)

"25 SMS PERCUMA telah dikreditkan ke dalam akaun anda sebagai tanda penghargaan kami. Ini adalah sebagai tanda penghargaan kami. Ini adalah hadiah istimewa untuk meraikan ulang tahun anda bersama Hotlink"

kesimpulannye:

1) nan ado pun 25 sms itu!! propa je Hotlink a.k.a Hotling ini... bile check *122* Baki 31.36, Tarikh luput: 13.02.2010. SMS bonus: 0 (FYI: aku langsung tak hadap SMS itu!!! tp jgn la smpai nak menipu pengguna....huhu)

2) aku dah guna line ni dari tahun 2002- kini (hampir 8 tahun...) aku mmg jenis setia ok!! hahaha.... kalau la kesetiaan aku selama hampir 8 tahun ni....hanya 25 SMS... tak payah la oiiiiiiiii... simpan je la!!

3) aku sejak dok "luar negara" ni..... mmg dah berniat nak tukar ke CELCOM... sbb la ni...sume family aku dah guna CELCOM.... cuma kesempatan masa je tak mengizinkan.... tunggu!!


p/s: minggu ni amat bz mentelaah perakaunan perniagaan.... berpinau mata dan otak ini... setelah 7 tahun meninggalkan "dunia perakaunan".... sakit jiwa dengan term2 'terakru, prabayar, imbangan duga tak terlaras, hasil belum terperoleh, etc' ;(