Monday, June 20, 2011

Today is my birthday!

selamat ulangtahun yang ke 23 tahun!! hehehe... bnyk gile yg wish birthday, tak menang tangan and dah rs mcm selebriti plak arini. hahaha. tp mmg thn ni lain mcm sikit. entah la kenapa..... mlm smlm aku tak blh tidur. masuk bilik then dah baring atas katil dlm jam 11pm. pusing kanan, pusing kiri, tak lelap2 gak. pastu ambik keputusan tidur kat ruang tamu je. same thing! tetap tak boleh tiduq. alih2 dlm jam 3.25am aku pi bukak lappy then online la. siap leh layan film korea......abis gak tgk. hehe.

dlm jam 4.30am siap masak air bagai & goreng telur 2 butir. kapit dgn roti. hidangan utk sahur. mmg dah niat dr minggu lepas nak puasa arini. buat puasa nazar sbb lulus cemerlang utk final exam yg lepas. hahaha...korang percaya je la. tp serius mmg dah niat utk bernazar kalau lulus sume paper sem lps. alhamdulillah.

lps subuh sume, nak cube tiduq sat. tu pun tiduq2 ayam je takut terlajak nnti, tak pasal2 aku EL arini. dan kesan dr tak tidur semalaman, arini mcm mayat hidup kat opis tu. terpelosok dlm bilik. dgn separuh sedar. nak drive pun takut sbb mcm dialam fantasi ms drive. tp aku tahan gak dgn on radio pastu nyanyi2 sekuat hati.

knapa la aku punye tidur ni. myb sbb ms aku lahir dulu jam 2.25 pagi. tu yg rs mcm kelahiran semula. hahha. skrg ni yg jam dah menunjukkan jam 11.40 pm pun aku tak rs nak tiduq lagi. adakah aku akan cipta rekod utk tidak tidur melebihi 48 jam??? oh tidak!

td nak buka beli kat luar je. pg td mak aku call bg tau adik aku yg pompuan tu masuk wad mlm smlm. patut la aku tak leh tidur, sbb dah dpt tau. tu yg risau. kemarin depa blk melaka tgk nenek yg tak sihat. smlm nak blk ke puchong dia pi singgah la putrajaya nak pi makan. alih2 seluar dia basah......air ketumban dah pecah! omg! risau gile aku. dah la br je masuk 6 bulan. tak paham aku camane leh pecah air ketumban tu. ni skrg kad hospital serdang, doc tgh pantau. tp mak aku ckp doc dah check baby ok. jantung sume ok. insyallah takde apa2. kalau ada apa2, mmg aku seligi kepala ketua jabatan dia. dah tau org preggy, suruh buat itu, buat ini, naik turun. mmg bengong punye ketua jabatan. pompuan plak tu!

selang 2 jam pastu, mak aku call blk & wish happy birthday....huhu. touching lagi. pastu dia siap pesan pi celebrate. hahaha. aku nak celebrate dgn sapa?? dah la awek2 aku kat opis sume cuti arini. alih2 sbb tak nak derhaka, pi la secret recepi beli kek black forest cheese. satu slice je, buat syarat celebrate besday sorang2. huhu.



hancur dah kek nye. pastu kek SR kat kepala batas ni mcm tak sedap. aku rs mcm dah expired kot...semacam je rasanye. dah tak laku pi simpan lama2.




pastu singgah kiosk pi beli laksa johor. harga rm 4 shj. not bad la...kuah dia pekat gile. sngt sedap!!!




kerana sikap tamak, maklum la org puasa kan. on the way nak sampai rumah, singgah kedai makcik yg jual nasi lemak plak. beli la 2 bungkus je...satu Rm 1. alih2, bungkusan yg ke 2 dah tak larat..




air bandung special ni pun beli kat kiosk gak. nikmatnye dpt air sejuk utk berbuka. ni mmg dah berniat awal pagi nak buka dgn air sejuk. nikmat!!


anyway, terima kasih bnyk2 pada sesiapa yg wish birthday aku dgn diiringi doa2 yg hebat. semoga Allah akan makbulkan doa2 anda sekalian..... Amin.


p/s; bile dah mcm2 berlaku ni, aku dah tak sng duduk. kepala dok ingat nak blk Puchong je. so aku decide jumaat ni nak blk puchong. aku dah hantar borang cuti sampai senin. blh blk kampung tgk nenek. takut nanti menyesal tak sempat jumpa....huhu.

Sunday, June 19, 2011

Terima kasih abah


selamat hari abah! especially to my dad Mr Mohamad B. Salam. kami adik beradik panggil abah. bulan satu thn ni dah pencen. thn ni 58 tahun. actually abah ni mmg garang....tp ms kami kecil2 dulu la. tp skrg ni dah kurang, myb sbb anak2 dah besar. tp kalau dia marah skrg, dia akan senyap je. so, paham2 la.

tp kami adik beradik lelaki mmg kurang rapat dgn abah. maksudnya mcm kurang mesra. kalau di tanya sepatah, sepatah je la jawab. dunno why? tp mmg kalau tgk anak2 lelaki mmg kurang rapat dgn ayah, sebaliknya lebih senang berkongsi apa2 dgn ibu. betul tak? kalau anak perempuan baru blh masuk dgn ayah. mmg hukum alam kot. ada sapa2 penah buat research ttg perkara ni?

bagi aku sejujurnya tak pernah nak peluk or cium pipi abah. ntah la, maybe perkara tu nampak janggal. sbb tu tak pernah buat. sampai satu tahap tu aku pernah terpikir kenapa susah sngt kita nak tunjukkan kasih sayang terhadap seorang bapa? so, raya thn lepas aku berani kan utk peluk abah ms sesi bersalaman di pagi raya. for sure satu perasaan yg puas lps tu. pastu semua ikut peluk, sampai kan abah cium pipi cucunye ms bersalaman. kenapa aku buat mcm tu? sbb aku rasa sementara abah masih ada kat dunia ni....aku kena ambil kesempatan ni. aku tak mau menyesal nnti terutamanya bile abah dah takde. omg!!! i'm touching right now.....huhu.

sepanjang hidup ni mmg bnyk yg abah buat utk aku dan sangat hargainya. sampaikan nak buat cermin mata pun abah yang bawakkan. dia la yg deal dgn tauke kedai. aku cuma angguk je. sampai kan sampai ke hari ini aku tak tau berapa power cermin mata aku! hahha.

sama gak utk kereta. dia la yg pi show room, dia yg pilih itu ini, dia yg keluarkan down payment (pastu byr blk la), dia la yg ambik kete. sume abah yg buat. aku cuma sign perjanjian je. seingat aku, hanya sekali je aku sendiri yg pi hantar servis kete. tu pun ms dok penang ni. selama ini abah yg pi. tp FYI, bukan aku yg suruh...abah dgn sendirinya yg bantu nak buat. sbb tu sampai skrg aku tak tau nak check kereta.

kdg2 tu bile blk Puchong then nak blk Penang blk, abah akan tanya ada duit tak? siap nak bg duit belanja. haha. nasib baik la aku ni anak yg baik tak mau nyusahkan mak bpk. hehe. bile abah dtg Penang plak, asal rumput dah tinggi....dia la yg dok pagi2 dah mencabut rumput sampai bersih halaman rumah ni. ni pun aku tak suruh pun, tp abah dgn rela hati. dah larang pun ttp nak buat jugak.

anyway, terima kasih abah sbb membesarkan aku, memberi didikan yang secukupnya. mungkin aku tak mampu nak membalas jasa abah selama ini. semoga abah dirahmati dan bahagia di dunia dan akhirat nnti. amin.

p/s; nenek kat melaka tak sihat sejak kebelakangan ni. aritu mak call bg tau abah kat kampung dok jaga nenek. semoga nenek cepat sembuh.