Sunday, November 13, 2011

Anugerah Industri Muzik 2011


br abis sat td AIM 18. puas hati sbb my big bro menang... congratulation Nuar!! also Cik Yunalis. so, aku nak buat sikit coretan pasal AIM thn ni....




Persembahan Paling Best.
Of course nyanyian lagu2 lama oleh Ezad, Rahmat, AXL & Zamani! terbaek gile!!!

Dress Paling Hampeh.
Dress Salma Mentor!! Color pink meletop, pastu celah kelengkang color kuning. ayoyo! sapa la designer nye?? sila terjun KLCC esok pagi!!

Artis Paling Jimat.
Najwa (anak Tok Din), masa opening color merah, pastu color hitam plak....kalau tak silap mata memandang, mcm design sama je kan.... mesti beli 1 percuma 1. hehe. semangat 1malaysia.

Artis Paling Banyak Enterframe.
Si Jaclyn Victor...awat la si cameraman dok hala kat dia je....taste ke?? haha.

Pemenang Paling Tak Best.
Lagu Etnik Terbaik.... Adibah Nor, Lagu Joget ntah apa2...

Artis Paling Kg.com
Najwa Latif...cik pung gile! sila belajar lg. tudung standard bibik2 je.

Pengacara Paling Tolol
Si Diana Danielle ms Blue Carpet. asyik salah ckp je...gopoh plak tu. dah la Hazama & Nashrin pun tak kenal. nmpak sngt tak mengikuti....

Penyampai Anugerah Paling Poyo.
Zainal Abidin....mahal sngt la! laku ke???

Wednesday, October 12, 2011

Tutti Fruitti



(pic frm FB TF)

sapa penah makan Tutti Fruitti?? Cik Cempaka sila jgn angkat tangan!! haha. so smlm ada kes kat area Auto City Juru.......lps lunch tu singgah la Tutti Fruitti seorang diri. setelah sekian lama mendengar dan melihat kehangatan Tutti Fruitti ni, akhirnya dpt la merasa. daripada kajian yg dibuat.....cewah, harganya agak meriah jugak.

so, aku pilih dua flavour.....vanilla & banana strawberry. ambik la sikit (sikit jeee...) strawberry, longan, kiwi (masam!), m&m sikit. sekali timbangggggg.....RM 13.80! ambik ko.. mkn kfc td pun br RM 10.05 je! mak datok mahal gile.... aku rs tak berbaloi dgn harga. setakat yogurt & fruits yg tak seberapa tu.

mmg la tak dinafikan Tutti Fruitti ni mmg tgh in @ trend org2 kota skrg ni...umpama Cik Cempaka yg siang malam dok berTutti Fruitti je. hahaha. tp jgn la set harga mcm tu sngt. skrg myb product tgh meletop.....so berduyun2 manusi menuju utk mendapatkannya. bagi aku, bile depa buat mcm ni....product cycle Tutti Frutti ni akan cepat menuju ke tempoh kejatuhan.....tak sempat lg nak menuju tempoh kematangan. tu cuma andaian sy dr perspektif ekonomi je.... ye la, org2 malaysia ni lain mcm sikit.... suka mengikut trend terkini. sume dok Tutti fruitti je. tunggu la 6 bulan nanti.....aiskrim Mat Cool lagi sedap gamaknya.

ok...tu je nak komen.

Cili kering




kakak : dik, cili yg ini pedas tak?

cashier: sy tak tau plak...

nota: ada ke cili kering yang tak pedas????


situasi smlm lps keje pi singgah kedai nak beli santan dgn gula melaka, tgh dok nak byr kat kaunter...terdengar la plak perbualan kat atas tu.... smbil memandang kakak itu dengan muka penuh kekeliruan....

Monday, October 10, 2011

Anak Buah ke - 9




Name : Nur Maira Sara

Weight : 3.3 kg

D.O.B : 5 Oktober 2011

Thursday, September 22, 2011

Anak Buah ke - 8



Name : Nur Jannah Amani

Weight : 3.6 kg

D.O.B : 20 September 2011


p/s: tak sabaq nak blk next week, nak cium2 pipi dia!!!!

Monday, August 15, 2011

Bonda Cake's House













sesiapa yg berminat untuk order kek dan tart yg sedap2 ini, sila berhubung dengan nombor ini;

Bonda Cake's House
Nurul: 017-2068305
Hakem: 012-3488254
Daniel: 012-6558058


Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan
Jadikan amalan puasa di bulan Ramadhan ini sebagai IBADAT, bukan ADAT.

Monday, July 25, 2011

Hangpa pi jua.

akhirnya, aku kehilangan dua bof (best opismate forever). lps ni dah tak dpt nak berjimba2, melalak2, jalan2 cari makan bersama2 lagi. minggu ni minggu terakhir depa kat opis. selamat tinggal cik lulu cinta a.k.a LC & cik yati omar a.k.a HO. sedihnya bile yang pergi sekali dua. pasni terpaksa la dok ngan org tua2. huhu. LC akan blk kmpg halaman di Taiping. seronoknya opis dkt umah pasni. HO pun dpt blk kmpg halaman gak di Johor Bahru. AKU SANGAT DENGKI!! sok aku nak buat surat mintak transfer gak. lala~~~ [hi boss!!!]

so, to both of u.....good luck girls! may u success always. kalau rs2 nak wat kenduri kendara, jgn lupa jemput cheq ok!

bye- bye.. :((((((





LC & HO: cheq pinjam gambo hangpa ek. nnti cheq byr royalti.

Cenderahati







hari ni aku cuti sbb minggu ni ada kuliah. penat giler! dah la subjek sem ni mcm mencabar sikit. insyallah ok. sem ni kena disiplin kaw2. hehe.

actually this week dapat 2 cenderahati drpd my bff. first dari Cik Yati a.k.a HO. dia pi Sabah aritu. tak lupa membeli cenderahati utk aku. tqvm HO!!! nak tau dpat apa?




dpt butang baju melayu bertakhta mutiara sabah. hehe. mcm tau2 je kan. aritu mmg ingat nak cari butang baju melayu utk raya nanti. tiap2 tahun beli butang baju melayu, asal dah guna lps raya mesti dah hilang entah kemana. tu yg tiap2 thn kena beli butang baju melayu. alih2 HO dah belikan. suke nye hati ni. hehe. lagi satu....dia bg kuih cincin. siap terus simpan dlm beg sandang aku. alih2 lps 2 hari baru perasan ada sebungkus kuih cincin dlm beg tu. huhu. sngt nakal kamu!!

yg kedua plak dari makcik ku, Cik Melati. dia pi Korea aritu. dia ni pi mana2 mesti ada cenderahati. tak penah tak de. hehe. tq bnyk2 cik melati. kali ni dia bagi magnet peti ais. gambo pakaian traditional korea. cute gile!


Wednesday, July 20, 2011

On air @ Mutiara FM










untuk kali kedua cheq on air kat Mutiara Fm. ketaq giler! huhu. dah la jawapan panjang2....tak sempat tak ambik nafas. dah lah kelam kabut smlm. sbb ada delegasi dari Indonesia dtg. so ganggu la slot kami. so, wawancara smlm mcm kelam kabut la. hehe.

tp yg siul smlm waktu DJ tu pasang lagu Katy Perry. aku pun dok goyang2 la. ali2 DJ tu leh ckp ms on air "smpai En Amerrul tergoyang2 dgr lagu tu". malu saya :))

nak habaq tu je.

Monday, June 20, 2011

Today is my birthday!

selamat ulangtahun yang ke 23 tahun!! hehehe... bnyk gile yg wish birthday, tak menang tangan and dah rs mcm selebriti plak arini. hahaha. tp mmg thn ni lain mcm sikit. entah la kenapa..... mlm smlm aku tak blh tidur. masuk bilik then dah baring atas katil dlm jam 11pm. pusing kanan, pusing kiri, tak lelap2 gak. pastu ambik keputusan tidur kat ruang tamu je. same thing! tetap tak boleh tiduq. alih2 dlm jam 3.25am aku pi bukak lappy then online la. siap leh layan film korea......abis gak tgk. hehe.

dlm jam 4.30am siap masak air bagai & goreng telur 2 butir. kapit dgn roti. hidangan utk sahur. mmg dah niat dr minggu lepas nak puasa arini. buat puasa nazar sbb lulus cemerlang utk final exam yg lepas. hahaha...korang percaya je la. tp serius mmg dah niat utk bernazar kalau lulus sume paper sem lps. alhamdulillah.

lps subuh sume, nak cube tiduq sat. tu pun tiduq2 ayam je takut terlajak nnti, tak pasal2 aku EL arini. dan kesan dr tak tidur semalaman, arini mcm mayat hidup kat opis tu. terpelosok dlm bilik. dgn separuh sedar. nak drive pun takut sbb mcm dialam fantasi ms drive. tp aku tahan gak dgn on radio pastu nyanyi2 sekuat hati.

knapa la aku punye tidur ni. myb sbb ms aku lahir dulu jam 2.25 pagi. tu yg rs mcm kelahiran semula. hahha. skrg ni yg jam dah menunjukkan jam 11.40 pm pun aku tak rs nak tiduq lagi. adakah aku akan cipta rekod utk tidak tidur melebihi 48 jam??? oh tidak!

td nak buka beli kat luar je. pg td mak aku call bg tau adik aku yg pompuan tu masuk wad mlm smlm. patut la aku tak leh tidur, sbb dah dpt tau. tu yg risau. kemarin depa blk melaka tgk nenek yg tak sihat. smlm nak blk ke puchong dia pi singgah la putrajaya nak pi makan. alih2 seluar dia basah......air ketumban dah pecah! omg! risau gile aku. dah la br je masuk 6 bulan. tak paham aku camane leh pecah air ketumban tu. ni skrg kad hospital serdang, doc tgh pantau. tp mak aku ckp doc dah check baby ok. jantung sume ok. insyallah takde apa2. kalau ada apa2, mmg aku seligi kepala ketua jabatan dia. dah tau org preggy, suruh buat itu, buat ini, naik turun. mmg bengong punye ketua jabatan. pompuan plak tu!

selang 2 jam pastu, mak aku call blk & wish happy birthday....huhu. touching lagi. pastu dia siap pesan pi celebrate. hahaha. aku nak celebrate dgn sapa?? dah la awek2 aku kat opis sume cuti arini. alih2 sbb tak nak derhaka, pi la secret recepi beli kek black forest cheese. satu slice je, buat syarat celebrate besday sorang2. huhu.



hancur dah kek nye. pastu kek SR kat kepala batas ni mcm tak sedap. aku rs mcm dah expired kot...semacam je rasanye. dah tak laku pi simpan lama2.




pastu singgah kiosk pi beli laksa johor. harga rm 4 shj. not bad la...kuah dia pekat gile. sngt sedap!!!




kerana sikap tamak, maklum la org puasa kan. on the way nak sampai rumah, singgah kedai makcik yg jual nasi lemak plak. beli la 2 bungkus je...satu Rm 1. alih2, bungkusan yg ke 2 dah tak larat..




air bandung special ni pun beli kat kiosk gak. nikmatnye dpt air sejuk utk berbuka. ni mmg dah berniat awal pagi nak buka dgn air sejuk. nikmat!!


anyway, terima kasih bnyk2 pada sesiapa yg wish birthday aku dgn diiringi doa2 yg hebat. semoga Allah akan makbulkan doa2 anda sekalian..... Amin.


p/s; bile dah mcm2 berlaku ni, aku dah tak sng duduk. kepala dok ingat nak blk Puchong je. so aku decide jumaat ni nak blk puchong. aku dah hantar borang cuti sampai senin. blh blk kampung tgk nenek. takut nanti menyesal tak sempat jumpa....huhu.

Sunday, June 19, 2011

Terima kasih abah


selamat hari abah! especially to my dad Mr Mohamad B. Salam. kami adik beradik panggil abah. bulan satu thn ni dah pencen. thn ni 58 tahun. actually abah ni mmg garang....tp ms kami kecil2 dulu la. tp skrg ni dah kurang, myb sbb anak2 dah besar. tp kalau dia marah skrg, dia akan senyap je. so, paham2 la.

tp kami adik beradik lelaki mmg kurang rapat dgn abah. maksudnya mcm kurang mesra. kalau di tanya sepatah, sepatah je la jawab. dunno why? tp mmg kalau tgk anak2 lelaki mmg kurang rapat dgn ayah, sebaliknya lebih senang berkongsi apa2 dgn ibu. betul tak? kalau anak perempuan baru blh masuk dgn ayah. mmg hukum alam kot. ada sapa2 penah buat research ttg perkara ni?

bagi aku sejujurnya tak pernah nak peluk or cium pipi abah. ntah la, maybe perkara tu nampak janggal. sbb tu tak pernah buat. sampai satu tahap tu aku pernah terpikir kenapa susah sngt kita nak tunjukkan kasih sayang terhadap seorang bapa? so, raya thn lepas aku berani kan utk peluk abah ms sesi bersalaman di pagi raya. for sure satu perasaan yg puas lps tu. pastu semua ikut peluk, sampai kan abah cium pipi cucunye ms bersalaman. kenapa aku buat mcm tu? sbb aku rasa sementara abah masih ada kat dunia ni....aku kena ambil kesempatan ni. aku tak mau menyesal nnti terutamanya bile abah dah takde. omg!!! i'm touching right now.....huhu.

sepanjang hidup ni mmg bnyk yg abah buat utk aku dan sangat hargainya. sampaikan nak buat cermin mata pun abah yang bawakkan. dia la yg deal dgn tauke kedai. aku cuma angguk je. sampai kan sampai ke hari ini aku tak tau berapa power cermin mata aku! hahha.

sama gak utk kereta. dia la yg pi show room, dia yg pilih itu ini, dia yg keluarkan down payment (pastu byr blk la), dia la yg ambik kete. sume abah yg buat. aku cuma sign perjanjian je. seingat aku, hanya sekali je aku sendiri yg pi hantar servis kete. tu pun ms dok penang ni. selama ini abah yg pi. tp FYI, bukan aku yg suruh...abah dgn sendirinya yg bantu nak buat. sbb tu sampai skrg aku tak tau nak check kereta.

kdg2 tu bile blk Puchong then nak blk Penang blk, abah akan tanya ada duit tak? siap nak bg duit belanja. haha. nasib baik la aku ni anak yg baik tak mau nyusahkan mak bpk. hehe. bile abah dtg Penang plak, asal rumput dah tinggi....dia la yg dok pagi2 dah mencabut rumput sampai bersih halaman rumah ni. ni pun aku tak suruh pun, tp abah dgn rela hati. dah larang pun ttp nak buat jugak.

anyway, terima kasih abah sbb membesarkan aku, memberi didikan yang secukupnya. mungkin aku tak mampu nak membalas jasa abah selama ini. semoga abah dirahmati dan bahagia di dunia dan akhirat nnti. amin.

p/s; nenek kat melaka tak sihat sejak kebelakangan ni. aritu mak call bg tau abah kat kampung dok jaga nenek. semoga nenek cepat sembuh.

Tuesday, May 17, 2011

Mari Menonton







sudah seminggu lebih di Puchong, arini nak pulang ke Penang semula. malas nya la nak balik..huhu. last week on friday, kami ramai2 satu family pi menonton wayang. aku mmg mls nak pi sbb esoknye ada exam lg. tp setelah di paksa, layan je la. dah la nak pi tgk Kongsi. aku mmg kureng sikit citer2 mcm ni.

Kongsi - Lu Langsi Lu Mati



mengisahkan seorang pemuda Thai bernama Temulak, yg dtg ke KL utk membunuh gangster2 di KL. filem ni dok gaduh2 je memanjang. takde langsung nilai2 murni. bagi aku lakonan Sam je yg boleh dibanggakan. yang lain...hampeh! si Yana tu plak...ntah la, aku mmg tak berkenan dgn lakonan dia. mcm tak berkesan langsung. pgg watak polis tp tak fit langsung. mcm mana la blh mng FFM aritu. si Fizo tu pun sama gak. lakonan kaku gile! dah bnyk kali berlakon pun sama je prestasi nya. harap jambu je lebih...

ms aku pegi tu, mmg penuh pawagam. tak tak pahamnya....asal depa buat lawak bodoh sikit, sume dok ketawa melampau2. nasihat aku, jgn la bagi anak2 hangpa tgk citer2 mcm ni. kejam memanjang. isu gangster terlalu menonjol yg boleh mempengaruhi jiwa anak2 muda. hahaha. bak kata kawan aku... Kongsi- Lu Pergi Lu Rugi.

Bingtang : 3/10


Pirates of Caribbean- On Stranger Tides



citer ni aku br tgk semalam...tayangan premier. actually filem ni keluar panggung khamis ni. tp aku dpt tgk dulu. even U.S pun tak keluar lagi. aku sebenarnya mmg kureng gak tgk citer2 yg mengarut2 ni. not my taste! pegi ni pun sbb org ajak. then siap guna 3D lagi. aku mmg tak penah tgk sekuel2 pirates of caribbean sebelum ni. hahaha.

ok, misi si lanun kali ni nak pergi ke telaga awet muda. air dari telaga & air mata duyung dpt memanjangkan umur org yg minum air tu. cite ni yg menarik bagi aku, ms babak2 ikan duyung je. dan di pertengahan film ni, aku layan tidur sat. time ikan dyung kuar br segar blk. so, bg korang peminat Kapten Jack Sparrow, blh la pi tgk di panggung berdekatan.

Bintang : 6/10

Monday, May 9, 2011

Sambutan Hari Ibu








sambutan yg dirancang oleh adik beradik ku. kami celebrate kat umah kak long ku kat Rawang. so, pagi sabtu tu aku bertolak dr Penang, terus singgah Rawang. kami dok sana sampai ahad ptg. siang tu depa pi cari bahan2 mentah spt daging kambing, ayam, sotong, udang, spagetti, etc.

so, mlm sabtu tu kami bakar kambing, ayam, sotong, udang, jagung. masak spagetti, sos cendawan, wedges, tembikai, air lemon asam, etc.




pastu ada juga aktiviti memotong cake. tp aku confius dgn tema cake nye. sbb gambo ultraman utk kek hari jadi, bkn hari ibu. aku pun tak tau hari jadi sapa ni...huhu. layan kan je la.



anyway, dikesempatan ini aku nak wish selamat hari ibu buat emak ku, Julita Bte. Ahmad. terima kasih atas segala- galanya. LOVE u!!!

Walimatulurus







bukan aku punye walimatulurus...huhu. ni sume dari kawan2. setakat ni dah terima 5 jemputan kawin. musin mengawan ke skrg ni? hehe. lupa plak ek....musim cuti sekolah, tu yg sume dok nak buat kenduri kawin.



yg ni majlis kawin ex classmate ms kat Sg. Bert, Klang dulu... Zaidi. majlis pd 28 mei 2011 kat Telok Gadong, Klang. congrats Eddy!!




yg ni juga dari ex classmate ms kat Sg. Bert, Klang. Majlis kawin pd 22 May 2011 kat seksyen 18 Shah Alam. tahniah Mai!!


yg ni pun dari ex classmate ms kat Sg. Bert, Klang. Majlis pd 5 Jun 2011 kat Kg. Tengah, Puchong. congrats atok!!



yg ni plak kad kawin Fathi, ex classmate masa kat KUIS dulu. dah kawin ko....majlis pd 21 May 2011 kat Ampang, Selangor. tahniah bro!!



yg ni plak si Eina, classmate UUM (PLK). majlis pd 4 Jun 2011 kat Sg Siput, Perak. tahniah gak makcik!!


ramai kawan2 yg dah kawin....nasib la aku ni muda lg. hehe. pastu plak, bdk opis pun ade yg kawin pd 5 Jun 2011 kat Penang. Anak CC kat opis tu pun kawin gak pd ari yg sama. penuh jadual kalau mcm ni gayanya....haha.

tp kan.....sume undangan aku tak dapat hadir. huhu. rindu nak jumpa kwn2 lama. tapi apa kan daya, aku ade induksi dari 20 Mei - 3 Jun 2011 kat Terengganu. blh pegi kenduri bdk opis je kot. insyallah kalau tak penat. hehe.

anyway, nak ambik kesempatan nak ucapkan selamat pengantin baharu buat teman2 sekalian, semoga kekal ke akhir hayat. amin...

Sunday, April 24, 2011

Pabila Makcik Membuat Pilihan..

tajuk mcm filem2 gitu! tak tau mcm nak nak cakap, dari mana nak mula.........

begini la, opis aku ni ada bg kain suruh buat baju utk pakai hari Khamis. dah lama dpt kain ni...tp dok perap sbb tak berkenan la sngt. sampai kan nak hantar pi tailor pun rasa mcm hina sangat. korang mmg takan paham perasan aku. bkn aku je, kwn2 opis yg lain juga. kecuali yg kaki bodek + kipas. memanjang cantik je.

mmg hangin jugak la kami ni. kalau ye nak bg kain, bagi la yg elok2 sikit. pilih la corak abstrak yg sumer org blh pakai. tak yah pening2. tak pun, kalau tak reti pilih kan atau dgn kata sebenar, takde taste! bwk la aku yg high taste ni pegi. dah la semeter sampai RM 10++, mmg membazir. kalau bg Jaafar Onn pun dia tak nak pakai gamaknya!

so, bln lepas ms nak tempah blazer, hantar la sekali kain ni buat baju batik. boleh je kalau nak protes, buat je alas kaki! tp mls nak nak pikir2. sbb aku ni mmg dah dicop jahat kat opis ni. hahaha. ada aku kesah?

ada srg opismate aku ni, dia pakai sekali aritu. tp kena gelak....aku pun gelak sekali. alih2 dah tak pakai. hahha. korang just imagine betapa hinanya kain itu. mmg tak sesuai org jantan memakainya. aku rs tukang jahit yg dok menjahit baju tu mesti ketawa terbahak2 sambil menjahit kan...huhu.

korang nak tgk tak baju nye???

tapi janji, jangan ketawa!

janji tau............

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



cam sial kan? tgk la bunga besar gabak! dah ala2 bunga matahari plak tu. ms first time aku pakai last thursday....aku kuar rumah jam 6:55am. bayangkan masuk keje jam 8am, opis yg sekangkang kera...sanggup kuar umah ms org tak dtg lagi. tp mmg rasa hina gile ari tu!

ok. mmg tak mau pakai lagi.....kecuali satu opis pakai. br aku akan pakai.

Selamat hari minggu!

dah lama rasanya tak mencoret apa2 di lembaran blog ini....cewah!! poyo! ari minggu yg damai arini saya rajin2 kan diri utk bekerja. gitu kan! last week pun saturday & sunday aku keje. ada je program2 merepek. tp ok je kan....aku tak kisah punye kena keje ari minggu. yg penting dpt cuti gantian! kalau takde cuti gantian ni, tak kuasanya aku nak keje. baik tidur sampai matahari mencanak atas kepala!! so kenalah rajin2 kan...sampai pi habaq satu opis, sapa2 yg tak leh keje ari sabtu & ahad.....pass saje pd saya! haha...so, bnyk la yg booking aku! cit! tp kalau aku nak kuar dating...sorry la ye kengkawan (percaya je la...;p)

last week ms event kat tapak ekspo seberang jaya, jab. kesihatan pun ade join sama. so, apa lagi kan... menyibukkan la diri menghadap misi2 utk pemeriksaan kesihatan. sakit gile masa ambik darah....huhu. nasib baik tak pitam! hahaha. dan hasilnya.....



nmpk tak? tentunya tak nmpk kan...sbb kabur. harap maaf la. ni aku kasi tulis..

Berat : 74 kg
Tinggi : 172 cm
BMI : 25.1
Tekanan darah/BP: 120 /70
Darah/RBS : 7.4

ms dpt result....OMG!!!!!!!! buat2 terkejut la. huhu. sebenarnye dah tau pun. terutama tang berat tu. tak leh nak buat apa dah...penat berdiet (tipu je), tp mcm tu jugak hasilnya. puan misi suruh turunkan berat badan. sbb BMI ideal ialah 18-25. so, BMI aku lebih 0.1!! siul je. yg lain ok. darah pun ok sbb kurang dari 12. tak tau la mcm mn lg nak turunkan berat badan ni...walaupun keje yg stress, tp mkn ttp berselera! tu la padahnye duduk kat penang ni....menci!!

note: bos, saya nak mintak transfer!!!

matila kan...baru 6 bulan ko transfer nak transfer lg! tak pasal2 kena buang je jang. hahaa. ok. tok sah citer pasal keje.....nyampah!!

baik citer pasal justin bieber...hehe. aku teringin benor nak tgk wayang citer Never Say Never. haha...cam sial je kan. sapa nak teman kan aku???? sila tinggal msg ek. sy belanja pop corn nnti.

ok...ni citer siang td. ada la sumber2 ni citer pasal satu kes orang gaji. identiti negara asal pembantu rumah tu terpaksa dirahsiakan. haha. ok serius! begini kisahnye.......

aku lakon semula la ek. pada suatu hari.....

Madam : Kris Dayante (bkn nama sebenar) , bikin apa kamu?
Kris Dayante: ada dirumah ibu bersama anak2, sebentar lagi mau masak.
Madam : mau masak apa kamu?
Kris Dayante: masak daging bu...
Madam : ok, bye.

begitu la perbualan pembantu rumah dan madam besar. selepas meletak ganggang telefon, madam terasa pelik kerana selama ini Kris Dayante tidak pernah masak dan bila pula madam mahupun tuan besar ada beli daging. sngt musykil madam........lantas menelefon tuan besar dipejabatnya. setelah diceritakan tentang kegundahan hatinya, tuan besar mengambil keputusan utk pulang ke rumah dlm keadaan segera....

korang pikir apa? cecite...cecite...

sesudah sampai nya tuan besar di rumah, alangkah terkejutnya tuan besar apabila daging yg hendak dimasak oleh pembantu rumahnya adalah anak kecilnya!! nauzubillah.... anak kecil itu sudah dilumurkan dengan rempah ratus, garam, kunyit dan telah bersedia utk digrill...

omg... aku yg dok dgr cite ni, terlopong abis! nasib baik la naluri keibuan dan kepantasan bapa telah menyelamatkan anak kecil. kalau tidak...jd hidangan lunch sekeluarga la gamaknya.

setelah disiasat rupenya si pembantu rumah ni kurang waras! seram gile.... ni kisah benar ok! bkn rekaan, tak caya sudah!

ok, nak pi bersenam sat. bye!!

Wednesday, March 9, 2011

Merayau di Penang Island

sejak dok K.B ni br first time merayau2 kat pulau ni. busy katanya!! haha. ni pun setelah dipujuk rayu oleh 2 awek idaman malaya Miss LC & Miss HO. org dah ajak....follow je la. yg penting takde berjemur2 kat tepi pantai ok! kulit aku dah cukup hitam ni.


malam minggu tu kami dinner kat Teluk Tempoyak. dun ask me kat area mn. tak tau aku nak explain. sila google ek! so, kami order ikan siakap masam manis, kerang bakar, udang masak butter, tom yam campur, kerabu mangga.


air kelapa


kerang bakar. [3.5/5 ]


kerabu mangga. [2/5]


ikan siakap masam manis [2.5/5]

tom yam campur [4/5]

udang masak butter [2/5]

secara keseluruhannya, aku leh bg 2.5/5 bintang! so, sngt tidak direcommend kpd tuan2 dan puan2. mcm kerabu mangga tu, depa campur ngan sos tiram. kembang tekak aku. ikan masam manis tu plak...manis nye 80%. pastu ikan overcooked! udang masak butter plak...lagi kembang tekak. udang doh ok. tp ntah fesyen apa masak butternye.

so, 2 hari 1 malam di penang tu mmg dok merayau je la. mlm lps makan tu...pi night market kat feringgi plak. penat berjalan. huhu. siang tu plak....pi la merayau kat sume mall..perangin mall, gurney plaza, first avenue, mcm2 la.

bg aku la, Png tak best mn pun.. panas! hahaha.