Sunday, September 26, 2010

Menghitung hari.



yeah....4 hari lagi aku nak meninggalkan bumi kenyalang ini. mcm2 perasaan ada....gembira, suka, duka, pilu, mcm2 la. setelah bermastautin disini untuk 1 tahun 1 bulan, mcm2 benda yg aku belajar kat sini. yg paling pedih sekali bila berjauhan dengan famili (mmg poyo!!), sdgkan tiap2 bulan balik...hehehe.

anyway, bila first time aku dpt surat tawaran.....bila buka surat tu sbb nak tau posting kat mn. tgk2 Serian, Sarawak. omg!!! terkejut beruk kan....ni sume pasal mulut aku yg celupar sbb gurau2 ngan mak aku, mintak dpt posting kat Sarawak or Sabah. ambik ko!!! sejujurnya aku mmg tak tau Serian tu kat bhgn mn di sarawak ni. setakat kuching, miri, sibu..tu aku tau la. tp sumpah aku tak penah dgr nama Serian sebelum ni. dlm otak dah dok terbayang yg Serian ni kat hulu pedalaman....kena naik rakit (hahaha). ada lg ke org naik rakit?? suka hati je aku ni..zaman dah moden kan...of course la naik bot. paling cikai pun naik sampan.

esok nye tu, terus pi kedai buku popular semata2 nak cari map sarawak. punye la semangat. balik umah aku tebar map tu, alih2 tak jumpa pun Serian!! berdebar ok... setiap sudut map sarawak tu aku tinjau...last2 jumpa la serian, sebesar zarah je kedudukannya....huhu. lagi lah bertambah seram aku.

tapi aku kuatkan semangat gak nak pegi. ms tu tak terpikir nak buat rayuan ke kat kementerian. sbb aku tak depa cop aku mengada2! aku nekad je pi. so, on 31 july 2009....aku ngan mak bapak aku bertolak ke sarawak. of course parents aku mmg akan ikut. nak pi penang next week pun depa ikut. even aku pi london pun depa nak ikut hantar sekali kot...hehe. finally bile jejak kat bumi kenyalang ni...biasa2 je perasaan tu. rupe2 nya, serian ngan kuching, jarak perjalanan 1 jam je. lega ko!!! ok la tu kan, walau pun bandar koboi je. at least boleh la hidup....



so, aku nak coretkan serba sikit kehidupan kat bumi Serian ni...

  1. takde kesesakan lalu lintas....aman la dr bingit2 kenderaan. tenteram je rasa nye. kdg2 bile aku blk puchong & drive pi kelas...dgn jam nye, tension giler!! tu la keistimewaan serian.
  2. kat serian ni aku boleh hidup tanpa brg2 elekrik yg amat penting seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk.....sempoi tak?? lama- kelamaan dah terbiasa. tiap2 hari hadap siling ngan dinding je. hahaha..
  3. pi salon gunting rambut pun baru rm 6 sahaja. service 1st class!! lps gunting siap cuci ngn syampoo biasa lagi. kat KL ade?? of course takde.... so, ptg td aku pi gunting rambut lg utk kali terakhir, walaupun rambut aku taklah pjg mn...hehehe.
  4. kedai2 kat sini, normally jam 6 dah tutup. so, malam mmg totally gelap gelita. no life!! tp tak tau la aku xtvt org2 serian ni mlm2. aku tak penah intai...
  5. satu2nya restoran fast food yg ada kat sini ialah KFC. so, mmg seminggu sekali kena pegi. janji mesti pekena tiap2 minggu. nak cr MCD mmg xdo. tp serius....ayam original kat sini sngt tak sedap mcm kat tmpt lain.


dan macam2 lagi la...kalau korang nak rasa hidup kat serian ni, amatlah dialu- alukan.






Friday, September 24, 2010

Nurhayati Taib


anda kenal makcik ini? atau lebih dikenali dgn nama makcik karaoke, makcik merrry, makcik petir, etc. she's rock!!! aku suke gile ngan makcik ni.....diva gile!!

so, dr smlm aku dok abiskan tgk drama Syurgamu Ramadhan. bulan pose aritu tak berkesempatan nak menonton. dr smlm dok hadap youtube tgk cite tu smpai abis.....kelakar betul makcik merry ni. tp kan...series dia tak sesuai pegang watak datin2 ni. mcm janggal....hehe. tp dia ttp kelakar.... bile part skrip dia.....meletop!! dgn suara dia yg mcm petir....hahaha.

tp kan, dia ni selalu berlakon drama2 radius one, yg pasti dibwh arahan shahrulezad tu. mcm sinderella, tari tirana, dottie, etc. makcik merry ni demand ke? atau dia ade kontrak dgn radius one je?? confius tau......

anyway...i luv u makcik merry!!! sngt best.. teringin gak nak tgk makcik merry pegang watak mak ayam. hahaha...pasti box office!!



ni part yg plg aku suke dlm drama syurgamu ramadan. tp series aku nak gelak, walaupun dia tgh marah...hehehe..




Rumah Oh Rumah!!

pergghh!!! susah betul nak cr umah sewa kat kepala batas ni. setakat minggu ni ade 5 info pasal umah sewa. call 2, dah ade org sewa. email 1, dah ade org sewa gak. ni tinggal 2 lagi, dua-dua tu akan bg latest info by ptg ni. hopefully dpt la umah sewa by this week. mls nak pening2 kan kepala. so, next week pikir nak pack barang je.....

plz la tuan umah di area jln bertam, kepala batas.....tlg sewakan umah anda!! saya akan menjaga dengan baik. sy juga seorang pembersih dan membayar sewa tepat pada masanya. bil2 juga akan dibyr sebelum due date. saya janji!!!

kan.....letih nak cr2 umah ni. hampir sume org dok tlg carikan......tq so much!!! harap2 minggu ni ade la berita baik.

td ada dok google opis baru....hehe.

jeng....jeng...jeng....


tq tuan punye blog..lupe nama.



Thursday, September 23, 2010

Buaya??


focus pd papan tanda itu!! gambar ini merupakan tasik a.k.a tempat rekreasi di serian. tak silap aku, papan tanda tu baru pasang last month. korang nampak tak binatang apa tu?? buaya ok!! aku tak sure la mmg wujud ke tak buaya kat tasik ni. tp kalau tak wujud manakan depa dok pasang papan tanda AMARAN ni.... tak gitu??

tp org2 serian ni mmg hebat, tasik ada buaya pun selamba je. ada korang nmpk benteng kat tasik tu? nan ado..... sekali buaya tu menyelinap, sekali ngap je. tak dapat nya ko nak lari kemana.

siap ada bangku lg disediakan tepi tasik tu, sapa yg berniat nak merendek kat tepi tasik ni.....lupakanlah hasrat korang tu. tak pasal2 jd arwah nnti.

tapi, buat masa ni takde kes org kena baham buaya lagi kat tasik tu......hehe.

aritu ade buat inspection kat kebun durian.....sngt cantik pemandangannya...;p







tapi tak berbuah lg.....tauke tu kata cuaca tak menentu sekarang ni. tu yg lambat sikit tahun ni. selalu dlm bulan 10 or 11 dah musim durian kat sini. tak merasa aku durian serian sebelum berambus nnti. huhuhu....






The Amazing Race Asia 4



yeahh.....TARA kembali lagi. smlm aku dah tgk first episode TARA 4 kat web axn-asia. superbbbbb, tak silap aku mlm ni start ditayangkan kat axn.....kali ni race bermula kat malaysia. and of course team malaysia mng utk first episode ni. maklumlah tuan rumah....setakat area batu caves ngan georgetown je.

musim 4 ni, malaysia dgn 2 team...Ethan & Hairie (friend) dan Ivan & Hilda (married). tp aku sokong Ethan & Hairie, sbb depa ada harapan nak mng. menurut observation aku, sejak musim pertama hingga ketiga TARA, sume yg menang mesti FRIEND. tak pernah plak yg ada hubungan kekeluargaan or kekasih or laki bini yg menang. myb sbb bile ade hubungan2 mcm tu mereka sngt EMOSIONAL. betul tak?? time race tu la nak gaduh2, nak merajuk2..... baik tak yah race. so, itulah punca kekalahan mereka.



tema malaysia barisan atas, plg hujung ke kanan (Ivan & Hilda), dan barisan bawah, yg first (Ethan & Hairie).

so, berharap sngt tema malaysia akan mengembalikan kegemilangan juara musim pertama, Zoe & Zabrina. beat the Indonesian!!! hahaha.




Thursday, September 16, 2010

Hari Raya!!


salam semua.........dah masuk raya ke 8 dah. kejap je masa berlalu....hehe. raya thn ni mcm biasa la. pulang ke kampung halaman di Jasin, Melaka. nasib baik kampung mak & abah sama kampung, cuma lain jalan je. tak yah gaduh2 nak balik raya mana.... aku ngan 3 org adik blk kmpung sehari sebelum raya. pagi tu sempat singgah jln tunku abdul rahman, nak cr baju melayu...disebabkan malas2 nak rayau2, terus pi Jakel je cr baju. rempat je baju melayu color merah...pastu terus balik kampung. jalan pun tak jam sngt aritu, dlm satu jam dah sampai tol air keroh.

thn ni tak tolong masak apa2 pun, sbb sampai ptg tu sume dah siap masak kecuali ketupat. thn ni masak rendang itik, kari daging, kuah lodeh, kuah kacang, etc. lps solat jumaat, kami pi raya ke Palong & Bukit Jalor yg terletak di N9. dan kesudahannya di raya pertama....majoriti mengalami cirit birit, myb dah mcm2 makanan yg disumbat.....perut aku dah masuk raya ke 3 br ok....minum bnyk Yakult or Vitagen.



lps blk puchong, rayau2 la umah sedara & jiran2 lama.....selebihnya menghadap TV. walaupun eosk ngan sabtu ni ada mid term exam....langsung tak menghadap buku!! ntah setan mn yg rasuk ni pun aku tak tau, mls gile nak study....ni pun buku dah bersepah atas katil, tp hampeh nak bukak....kenapa????

oh ye....ari senin aritu, bdk opis aku call bg tau, surat pertukaran dah sampai. so, secara rasmi nye....saya akan meninggalkan bumi kenyalang..yahoooooo!!!

ok...memandangkan jam hampir jam 12 tgh mlm, aku akan cube bukak buku ni....atau melelapkan mata. huhu....




Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


ni nak buat ucapan raya awal2....takut tak sempat nanti. insyallah pd 8 hb (rabu) aku akan pulang ke kampung halaman. flight nnti jam 6.30 pm...merasa la berbuka di awan biru. korang ado? walaupun ada mulot2 yg mengatakan raya hari khamis....huhu. harap2 raya hari jumaat gak. aku tak nak mcm thn lepas blk di mlm raya....seksa batinku. huhu.

anyway, di hari yg mulia lagi berbahagia ini....aku nak memohon sejuta kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. andai ada tersilap kata, terkasar bahasa, terkutuk, terngumpat, termaki, terkecik hati, termakan, terminum, tersepak, dan sume yg ter...... walaupun mulot aku ni kdg2 jahat, tp hati aku baik...hehehe.

yg plg utama, memohon ampun pada Allah dulu...seterusnya buat ayahanda dan bonda tercinta, andai anakanda ada silap dan salah (confirm mmg bnyk kan..). ampun kan la anakanda ini, halal kan segala makan dan minum selama ini. huhuhu... (kalau pg raya mmg dah melalak ni, menci tau!!) tak lupa juga buat kaum famili tersayang.....kak long, abg long, angah, kak ina, cua, amin, ali, dan sanak saudara yg lain tak kira dimana jua anda berada.

juga buat rakan2 yg dikasihi....dari zaman sekolah rendah dulu, SRK (L) Bukit Bintang (1) (1990-1995), SRA Kawasan Melayu, PJ (1991-1995), SAM Hisamuddin, Sg. Berteh, Klang (1996-200), Kolej Universiti Islam Antarabangsa S'gor (KUIS) (2001-2004), UUM (PLK) Kuala Lumpur. juga yg dihormati guru2, dan pensyarah2 sekali...rindu kamu!!

yg dirindui selalu, bekas rakan2 sekerja....semua staff SYABAS PJ. selamat hari raya, maaf zahir batin. nnti aku singgah opis ye!! juga buat rakan2 di JTK Sarawak....mintak maaf banyak2. raya nnti dtg la opis...hehe.

siapa lagi??? ok, buat semua yang mengenali diriku ini (mcm glamour je!!), selamat hari raya ek. raya nnti dtg la umah.

sapa yg nak dtg rumah tu, sila buat appointment ek...takut xde rumah. raya pertama, aku balik melaka. tak tau sampai bile, kena ikut boss besar. 20hb br balik sarawak semula...

so, akhir kata....selamat hari raya, maaf zahir batin. berhati2 di jalan raya, ingatlah org tersayang.







Friday, September 3, 2010

Persiapan raya

aku yakin hangpa semua dah berkobar2 nak raya. mesti dah siap sume persiapan. aku satu pun tak siap lagi. dah tua2 ni dah tak semangat mcm zaman muda belia dulu...huhu. baju melayu pun dah lama tak berganti. aku rasa lebih dari 3 tahun tak penah beli baju raya. mls ok...setakat pakai sekali dua je, mcm tak berbaloi nak beli. siul je kan. selalu aku rembat je baju2 melayu adik2 aku. nasib baik saiz lebih kurang je.

so, thn ni aku nekad (cewahh..) nak beli baju melayu. color merah lagi!! hahaha. itu pun kalau sempat pi beli. ye la...hari terakhir puasa je sempat pi shopping. ingat nak pi jalan masjid india. gamaknya bukak lagi ke kedai Den Wahab tu?? atau agak2 depa sume dah tutup kedai? kalau kedai2 kat masjid india tu dah tutup, nmpknye kena la pi Gulatis ke cr baju melayu. harap2 ada la. lagi satu nak beli songkok. walaupun aku ni tak gemar pakai songkok, nak beli gak thn ni sbb dah bertahun2 tak pernah beli songkok...rasa2 lebih 5 thn kot.

kasut2 sume tak payah....beraya pakai selipar je. bukan org nak tgk pun kalau pi beraya berkasut bagai. t-shirt ngan jeans pun mcm mls nak beli. pakai je la yang ada. tp kalau sempat pi Topshop, nak gak rembat satu @ dua helai t-shirt...hehee.

sempat ke gamaknya nak cr barang2 ni sume sehari sebelum raya? harap2 sempat la... bukannya tak nak pi shopping kat Kuching, tp aku tak berkenan.....mcm tak bnyk pilihan kat sini. tak menarik la sng citer. kat sini cuma beli brg2 makanan je. arini dah kirim member beli barang2 ni:-

ikan terubuk masin. yg ni mak aku dah pesan dr last week. aku pun tak paham dia nak buat apa dgn ikan terubuk masin ni di hari raya yg mulia. gamaknya nak makan ketupat ngan ikan terubuk kot..hahaha. so, aku beli 6 ekor yg sederhana besar je. mls nak beli bnyk2, berat!




aku tak tau org srwk panggil kuih ni nama apa? kalau ikut pic ni kuih cincin. tp yg jual kat pasar satok dlm bungkusan. aku pun tak penah rasa kuih ni. so, aku beli 10 bungkus je...




mak aku pesan last week, tok sah beli kek lapis. tp dia ckp kalau nak beli tak usah bnyk2. bukan best sngt pun...hehe. so, aku beli 5 ketul je. beli bnyk2 nnti takut berkulat. sapa yg pi srwk jgn beli kek lapis yg dijual kat kaki lima kedai, sbb cepat berkulat. myb yg dah nak expired depa jual murah.....pegi je kedai2 kek lapis.




Filem Bodoh

marek kamek naggar filem Paper Man & Vampires Suck. mmg suck gilak!! buang ms kamek ja mendownload filem tu. mmg sengal filem2 tok. so, sik mau buang duit & masa kitak org naggar filem tok.